The Witty Witch Shop

The Witty Witch Shop We sell various type of chocojar such as Mellow Crunch, Mellow Cookies, Frunchie & Viscoff. We also

26/01/2021

✨ Sumbangan ikhlas dialu-alukan!✨

Kelab Frisbee UUM (KFUUM) akan melancarkan Tabung Peduli Covid-19 untuk Asnaf dengan Kolaborasi bersama Taiping Cares (TCS) selama seminggu bermula:

🗓️ Tarikh kutipan sumbangan: 26 Januari 2021 (Selasa) - 1 Februari 2021 (Isnin)

‼️ Sasaran kutipan sumbangan: RM1,000 ‼️

📌 Tujuan kutipan sumbangan: Untuk meringankan beban pihak Taiping Cares dalam mengumpul dana untuk disumbangkan kepada golongan asnaf yang memerlukan yang tinggal di kawasan daerah Larut Matang & Selama sewaktu Ziarah Bulanan Taiping Cares

👉🏻Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Akaun Rasmi Taiping Cares:
ONE TCS SOLUTION
8603321630
CIMB ISLAMIC
Ref: Tabung Peduli Covid-19

🔊 MERIT DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR UUM YANG MENDERMA❗
Sila imbas QR code yang dipaparkan di dalam poster atau klik link dibawah untuk memuatnaik resit sebagai bukti sumbangan dan rujukan untuk menerima MERIT.

📍Link: bit.ly/tabungpedulicovid-19

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

📲 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
wa.me/601139448194 (Izzah Rosman)
wa.me/60129518457 (Setiausaha Taiping Cares - Pn Suri)
wa.me/60143676096 (Wakil Taiping Cares - En Kholil)

ℹ️ Sebarang perkembangan semasa tentang Ziarah Bulanan Taiping Cares akan dimuatnaik di FB Page Taiping Cares.
FB Page: http://bit.ly/FBPageTaipingCares

29/12/2020

Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai sikap keperihatinan dalam diri mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang membuang pelitup muka yang telah digunakan di merata tempat. Sikap ini akan menyebabkan orang ramai terdedah kepada risiko wabak COVID-19.

Masyarakat perlulah mempunyai sikap prihatin terhadap orang lain juga. Mereka tidak patut membuang pelitup muka yang telah digunakan di merata tempat. Ia sangat berisiko dan mudah menyebabkan orang lain menghadapi wabak COVID-19. Masyarakat perlulah bersama-sama prihatin dalam menjaga kesihatan.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nasib-si-topeng-muka-sesudah-dipakai-dibuang-merata-245594

Ditulis oleh : SHARMINEY A/P KUMARAN (277782)

24/12/2020

Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini, dengan penghantaran pertama sebanyak satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan.Ini menunjukkan malaysia sangat prihatin dan pantas dalam membuat keputusan untuk membasmi gejala covid 19 yang telah berlarutan selama setahun pada tahun ini .

Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan kerajaan juga akan memastikan vaksin yang diberikan kepada rakyat ini akan melepasi syarat syarat ketat yang ditetapkan oleh NPRA demi menjaga keselamatan setiap rakyatnya yang akan menerima vaksin covid 19 tersebut .

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga masih giat meneruskan rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin di seluruh dunia untuk mendapatkan akses kepada vaksin Covid-19 yang secukupnya bagi rakyat Malaysia.Ini adalah antara usaha usaha yang dibuat untuk memastikan bekalan vaksin yang cukup untuk membasmi keseluruhan wabak covid 19 di dalam Malaysia .

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/646736/64-juta-rakyat-malaysia-bakal-terima-suntikan-vaksin-covid-19

Ditulis oleh : IQBAL SHAUQI B MOHD SHUKRI (273717)

22/12/2020

Skim i-sinar melalui KWSP yang diwujudkan oleh kerajaan membuktikan keprihatinan mereka dalam usaha membantu rakyat keluar dari kemelut kewangan yang melanda sejak berlakunya wabak COvid-19. Skim ini membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sedikit wang yang dicarum mereka bagi menampung keperluan semasa dan harian.

Skim ini disambut baik oleh masyarakat kerana ia sedikit sebanyak meringakan beban mereka dalam menempuh kehidupan seharian berikutan ramai yang menerima potongan gaji, dibuang kerja dan kemerosotan dalam perniagaan. Rakyat rata-ratanya mengucapkan syukur atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan kepada mereka.

Kerajaan dalam satu kenyataan menegaskan mereka tahu akan kesan membenarkan rakyat mengeluarkan sebahagian dari caruman mereka dari KWSP kerana ia adalah wang simpanan mereka pada hari tua kelak, namun ianya adalah cara terbaik untuk membantu rakyat tika ini. Oleh itu had pengeluaran diwujudkan kerana kerajaan juga masih prihatin akan nasib mereka di masa hadapan yang juga memerlukan wang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/767483/pejabat-kwsp-diserbu-pencarum

Ditulis oleh:Abdurrahman Bin Zulkupli(273693)

11/12/2020

Tanpa kita sedari, terdapat banyak kes keganasan domestik yang berlaku di sekeliling kita. Menurut Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Bukit Aman, Superintendan Siti Kamsiah Hassan mengatakan jumlah kes keganasan rumah tangga telah meningkat secara drastik sepanjang PKP yang bermula pada 18 Mac. Oleh itu, terdapat banyak pihak yang sedia memberi bantuan bagi mangsa-mangsa keganasan rumah tangga seperti Kementrian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menyediakan talian kasih untuk para mangsa menghubungi atau pertubuhan bukan kerajaan seperti Love Yourself Association.

Demikian ini, kita boleh melaksanakan beberapa tindakan untuk membantu golongan mangsa keganasan domestik. Antaranya adalah jika kita terdengar jiran kerap bergaduh atau menggunakan keganasan dalam keadaan yang serious, cepat2 tekan loceng atau memberi salam. Tujuan melakukan itu adalah untuk memberitahu bahawa mereka sedang diperhatikan oleh jiran tetangga dan akan membuat penyalahguna kekerasan berhenti melakukan. Selain itu, kita juga boleh menghubungi talian yang khas untuk kes-kes sebegini iaitu:

Talian Kasih: 15999

MyCareCov19: 03-887 0519 / 7752 / 7528

Befrienders KL: 03-7627 2929 / Skype: BefKL Skype 1

WAO: 03-79563488 / WhatsApp: 018-988 8058

Ataupun kita boleh menghubungi NGO yang berada berdekatan kita. Kesimpulannya,marilah kita menjadi seorang yang prihatin dan peka dengan keadaan sekeliling walaupun tindakan ini kecil akan tetapi mungkin dapat menyelamatkan mangsa-mangsa keganasan yang berada di sekeliling kita.

Ditulis oleh : Nur Iman Syuhada (273741)
Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/84327

02/12/2020
Zoo Negara - Adopt Our Animals

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, kehidupan rakyat Malaysia sering terjejas dari segi cara hidup dan kewangan. Mana tidaknya, kebanyakkan SME mengalami kerugian dan terpaksa menutup kedai dan rakyat kehilagan kerja. Namun, manusia bukan satu-satunya mahkluk yang terjejas, haiwan yang ditempatkan di zoo juga mengalami perkara yang sama.

Zoo Negara yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) terpaksa ditutup sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan ancaman virus sepanjang tempoh pkp ini. Dilaporkan sebanyak RM 1 juta diperlukan untuk menampung belanja makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo. Disebabkan servis zoo tidak dapat digunakan, mereka mengambil alternatif untuk berkempen bagi meraih sumbangan daripada rakyat Malaysia menerusi kempen Adopt An Animal yang bermula daripada RM 25 sahaja. Sumbangan dari rakyat Malaysia amatlah diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup haiwan-haiwan di Zoo Negara kita. Masyarakat juga perlulah prihatin terhadap kehidupan haiwan lain untuk mengekalkan keseimbangan.

Ditulis oleh: Afiq Izzuddin Bin Hisham (273806)
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kempen-haiwan-angkat-bantu-dana-berterusan-zoo-negara-235836 dan https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html

Zoo Negara Malaysia has partnered with Ticket2u to create a new way for people to donate, allowing donors to support ‘Adopt An Animal’ initiatives and Zoo Negara will be getting the financial support needed to take care of our animals family.

26/11/2020
INSIGHT: Malaysia’s Economic Stimulus Package 2020—Tax Measures

Pandemik global yang disebabkan oleh COVID-19 telah banyak mempengaruhi dunia dan Malaysia. Bagi rakyat Malaysia biasa, pendapatan isi rumah juga menurun, menyebabkan peningkatan tahap kemiskinan. Wabak ini juga telah mengancam kesihatan mental barisan hadapan; dan menimbulkan banyak cabaran kepada banyak perniagaan, termasuk SME. Sehingga kini, pelbagai pakej rangsangan ekonomi berjumlah lebih dari RM 300 bilion telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk memperbaiki risiko ekonomi yang timbul dari pandemik Covid-19

Pakej rangsangan ekonomi adalah pakej besar dan komprehensif yang menolong mereka yang memerlukan. Objektif pakej ini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan boleh guna untuk rakyat, kerana ini akan meningkatkan penggunaan domestik daripada penggunaan import. Ekonomi dipacu dengan meningkatkan peredaran dana di negara ini, karena ketika rakyat memiliki wang, mereka dapat menggunakannya untuk keperluan makanan dan perubatan Pakej itu memberi kesan sebaik sahaja pakej itu dilaksanakan melalui pemberian, terutama kepada barisan depan, pesara dan penjawat awam, selain memberi manfaat kepada majikan yang mungkin mempertimbangkan untuk memberhentikan pekerja.

Kerajaan kita telahpun cuba untuk mengurangkan beban rakyat sejak pandemik covid-19 telah melanda negara kita. Oleh itu kita sebagai rakyat perlu prihatin dan bersatu padu dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 supaya negara kita boleh teruskan dengan economy yang sihat.

Ditulis oleh: Mohammad Eddie Loh bin Suffian Loh (273779)
Kredit artikle: News.Bloombergtax.com

To date, three Economic Stimulus Packages totaling 280 billion ringgit ($63 billion) have been announced by the Malaysian government to improve the economic risks arising from the Covid-19 pandemic, as Irene Yong, of Shearn Delamore & Co, discusses.

20/11/2020
Jabatan Penerangan Malaysia

Bagi tahun 2020, lagu 'Malaysia Prihatin' iaitu lagu hasil ciptaan dan gubahan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail, lirik oleh El Sol Akhmad, dan dinyanyikan oleh Siti Sarah, Alif Satar, Syamel dan Aina Abdul telah dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.

Tajuk lagu ini juga, bersesuaian dan bertepatan dengan slogan patriotik bagi sambutan tahun ini juga iaitu 'Malaysia Prihatin'. Lagu ini juga membawa konteks yang sesuai dengan situasi negara yang sedang bersama-sama memerangi wabak Covid-19. Dengan kehadiran logo 'Malaysia Prihatin' yang berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, tema 'Malaysia Prihatin' ini sememangnya melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Semangat Malaysia Prihatin ini dizahirkan bukan saja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan, malah rakyat daripada pelbagai laporan masyarakat yang juga wira tidak didendangkan.
Jadi, ayuhlah sama-sama kita menghayati dan mengamati setiap bait-bait lirik lagu 'Malaysia Prihatin' versi simfoni yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri ini kerana lagu ini bakal menyuntik semangat keprihatin kita bersama untuk terus sama-sama berjuang memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Ditulis oleh: Nurul Izzah binti Rosman, 273719

Lagu Malaysia Prihatin dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾

Lagu ini bertepatan dengan slogan sambutan tahun ini yang juga ‘Malaysia Prihatin’ dan sesuai dengan konteks negara yang sedang memerangi wabak Covid-19.

Lagu ini adalah hasil ciptaan dan gubahan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad. Versi Simfoni ini dinyanyikan oleh Ernie Zakri.






17/11/2020

Slogan 'Malaysia Prihatin' amatlah bererti pada tahun 2020. Perkataan 'Prihatin' ini telah diguna pakai untuk tema Hari Kebangsaan Malaysia 2020 dan juga pada pakej rangsangan ekonomi bantuan sara diri iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di mana kedua dua perkara ini amatlah bermakna kepada rakyat Malaysia kerana Sambutan Kemerdekaan ke-63 telah diadakan dengan norma baharu dan pakej rangsangan ekonomi yang banyak membantu rakyat yang ditimpa kesusahan akibat pandemik COVID-19.

Rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya jika dilihat dari segi keprihatinan masing-masing antara satu sama lain. Perkara ini tidak dapat disangkal apabila terdapat pelbagai bentuk sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia ketika pandemik COVID-19 ini kian membara. Antara sumbangan tersebut berbentuk sumbangan dari segi kewangan, makanan dan yang paling bermakna apabila rakyat Malaysia berganding bahu untuk menyediakan kelengkapan PPE kepada petugas barisan hadapan.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang individu yang telah mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai yang telah banyak membantu rakyat Malaysia dalam pelbagai bentuk. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Ebit Lew. Sumbangan beliau sememangnya memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk terus membantu golongan yang memerlukan dan memberi nafas baru kepada penerima sumbangan. Terima Kasih Ustaz atas keprihatinan dan semoga semuanya diberkati.

Tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersatu padu dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Teruskan usaha kita sehingga kita menang! Kita Jaga Kita!

Credit gambar: FB Ebit Lew

Di tulis oleh : Nur Hafizah binti Khairuddin (273714)

06/11/2020

Dalam mengharungi wabak Covid-19, jangan kita lupa untuk menjaga kesihatan mental kita dan orang sekeliling. Hargai orang tersayang anda dan sentiasa ambil kisah tentang perihal kesihatan mereka dalam waktu-waktu meruncingkan begini. Antara tip yang boleh diamalkan seperti yang disarankan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kredit Gambar: Twitter KKM Putrajaya
Ditulis oleh: Sarah Binti Kamarun Nisham (273850)

30/10/2020

MALAYSIA PRIHATIN satu slogan yang sering bermain di minda semua. Satu slogan yang dipilih sebagai tema bagi Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Walau bagaimanapun, Hari Kemerdekaan tahun ini kita dilanda wabak Covid-19 yang kian mendadak hingga kini, dek kerana itu ramai yang hilang pekerjaan, ramai yang makin susah dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, dengan tema Malaysia Prihatin kita dapat lihat bahawa dikala Covid-19 sedang menyerang negara, pelbagai NGO juga aktivis yang bergiat aktif dalam membantu golongan yang memerlukan.

Jika kita lihat gambar di bawah, itulah contoh amalan PRIHATIN masyarakat kita. Alhamdulilah Gerakan Belia 4B Malaysia, sebuah Badan Pertubuhan Belia Berdaftar bernaung dibawah ROY, KBS Malaysia telah bergiat aktif dalam membantu masyarat majmuk yang memerlukan.

Anak muda pada hari ini lebih menunjukkan sifat PRIHATIN itu sendiri sejak Covid-19 melanda. Semangat kesukarelawan belia pada hari ini makin membuak dalam mengumpul amal dan pahala.

Ditulis oleh: Nur Zawani Binti Bahari (273845)

Official Gerakan Belia 4B Malaysia

Gerakan Belia 4B Malaysia yang diwakili oleh Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Setiausaha Agung dijemput oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk bersama-sama membantu mengedarkan sumbangan YBK Prihatin kepada para gelandangan di sekitar Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur.

!

20/10/2020

Penghayatan Etika dan Peradaban Group C
Kumpulan 13
Tema Malaysia Prihatin

20/10/2020

Prihatin Bersama, Kasih Sayang Untuk Semua

20/10/2020

Disiplin Dipertingkat, Ekonomi Mapan

20/10/2020

Bersama Prihatin Memacu Masa Depan Negara

20/10/2020

Selagi kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah wira!

19/10/2020

Bersatu dalam menghadapi cabaran!

18/10/2020

MALAYSIA
Jatuh Bangkit, Kekal Bersama.

18/10/2020

Amalan PRIHATIN Sebagai RUTIN

18/10/2020

Prihatin Sesama Kita, Kita Bangkit Bersama!

18/10/2020

Negara Prihatin, Rakyat Sejahtera

18/10/2020

Bangsa Tegas,
Negara Teguh!

18/10/2020

Budaya Prihatin, Budaya Kita

Address

Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Witty Witch Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Witty Witch Shop:

Share