Nazbell Resources

Nazbell Resources Kraftangan Sabak Bernam Thank you for contacting 𝓔'𝓵𝓲𝓷𝓪 𝓼𝓱𝓪𝔀𝓵𝓼! Please let us know how we can help you.
(8)

Ig : https://www.instagram.com/elina_shawls?r=nametag

Fbpage : https://www.facebook.com/Elinashawls/

Website :
www.elinashawls.com

Whatsapp : www.wasap.my/60183831065

TikTok :
https://vt.tiktok.com/ZSohgQNu/

Alamat:
AMPANG
No 29-2A, JALAN UP 1/8,TAMAN UKAY PERDANA, 68000 AMPANG, SELANGOR

PUCHONG
DESA IMPIANA CONDOMINIUM, JALAN PRIMA UTAMA 2, TAMAN PUCHONG PRIMA,47100 SELANGOR

WAJAH KEGEMBIRAAN🥰Lama tunggu boleh rentas negeri.. dapat je rentas negeri terus datang dari Johor Bahru. Boleh je nak b...
18/10/2021

WAJAH KEGEMBIRAAN🥰

Lama tunggu boleh rentas negeri.. dapat je rentas negeri terus datang dari Johor Bahru. Boleh je nak beli online kat www.elinashawls.com kan. Tapi taknak.. lebih s**a nak pilih sendiri, tengok warna sendiri, rasa dan pegang kain / materials elina shawls sendiri..💗

P/S : kalau beli online bahaya. Rasa macam nak klik semua masuk dalam cart sebab semua nampak cantik aje. Rasa ada 3 helai sangkut kalau tak kuat iman😆 so buat keputusan nak datang pilih sendiri depan mata la. Atleast boleh pilih 1 yang paling cantik la kan... Tapi tak sangka keputusan datang dan tengok sendiri tu, makan diri🤣 bukan 3 bukan 1.. Tapi 5 wakkkk....😱🥰 Memang cantik2 sangat tu...packaging pun exclusive. Sesuai dihadiahkan untuk mak ke mak mertua ke adik beradik ipar duai 🥰

Terima kasih ya puan

14/05/2021

Salam 2 Syawal 1442H..
Masak sendiri, makan sendiri, beraya pun sendiri. Jangan bersedih, kerana ada yang lagi bersedih di bumi pale.stine sana.

Semoga saudara seislam kita menang dalam pertempuran ini.

Sama-sama banyakkan berdoa buat saudara kita disana.

Al-Kahfi, jangan dilupa hari ini.
Salam Jumaat.

Selamat petang, mesti korang sibuk memasak di dapur untuk juadah raya dan berbuka kan? Selamat memasak di ucapkan.Kak Na...
12/05/2021

Selamat petang, mesti korang sibuk memasak di dapur untuk juadah raya dan berbuka kan? Selamat memasak di ucapkan.

Kak Nab nak bagi petua penting, buat korang yang selalu bertukar juadah pagi raya. Kita nak dapatkan pahala semasa bertukar juadah. Kita memasak dengan ikhlas hati. Jadi, mari sama-sama baca tip ni dan cuba amalkan ya.

Tip Bertukar Juadah Raya

1. Pastikan hantar lauk pauk yang baru di masak.

Bukannya lauk lebihan kita makan. Dan bukan juga lauk pauk atau kuih stok lama.

Ingat! Kita inginkan pahala dengan memberi, bukan menambah dosa.

2. Jangan p**a kita berharap dengan balasan.

Juadah yang bertukar tangan, jangan p**a anda mengharapkan balasan .

Sila ikhlaskan memberi.

3. Permudahkan

Kita mudahkan urusan jiran kita tadi. Hantar makanan dalam bekas yang mudah digunakan. Dan tak perlu juga di basuh.

Jadi, anda tak perlu nak sakit hati jika jiran anda tidak p**angkan bekas. Gunakan bekas pakai buang sahaja.

4. Jaga Adab

Ya, jaga hati jiran tetangga. Jangan sesekali bertanya segala persiapan raya.

Ingat! Kita masih dalam PKP, ramai yang kehilangan pekerjaan. Mood sedih. Jadi, jaga lah hati jiran anda. Bercakap hanya perlu sahaja.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Raikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

Pelakon Norish Karman pun menggunakan Let's Raya Avanda Triangle Pleated Flamingo.Warna soft begini buat wajah tampak 's...
11/05/2021

Pelakon Norish Karman pun menggunakan Let's Raya Avanda Triangle Pleated Flamingo.

Warna soft begini buat wajah tampak 'sweet'.. menggoda sungguh! Silap-silap stranger panggil 'adik'.

Sales Raya dah tak lama nak Tamat ni..

Assalamualaikum, Selamat Pagi followers kesayangan Kak Nab.Tenang-tenang sahaja okay? Insyallah. Bila kita tenang, kita ...
11/05/2021

Assalamualaikum, Selamat Pagi followers kesayangan Kak Nab.

Tenang-tenang sahaja okay? Insyallah. Bila kita tenang, kita relaks. Dan bila kita tenang , kita akan menjadi Positif. Individu yang positif, akan sentiasa berfikir secara sihat.

Bila kita sentiasa positif, fikir secara sihat. Baru lah nampak awet muda.

Seterusnya, baru lah mudah rezeki mudah nak datang kepada kita.

Okay? Ingat! Yang tenang pasti menang. Perbanyakkan istighfar dalam diri.

Salam 29 Ramadan 1442H.
E'lina Shawls.

Setiap kali raya, saya mesti GAGAL nak matching warna baju dan shawl. Sedih giler lah jawabnya. Sudahnya, nampak serabut...
10/05/2021

Setiap kali raya, saya mesti GAGAL nak matching warna baju dan shawl. Sedih giler lah jawabnya. Sudahnya, nampak serabut dan paling teruk jadi macam 'clown' banyak betul mainan warna saya guna. Uhuk~

Takpe, jangan risau akan perkara ini. Itu biasa lah. Hari ni, Kak Nab nak SHARE kombinasi warna yang sesuai untuk shawl korang ya..

#1. Baju coklat sesuai dengan tudung warna apa?

Kemudian, untuk yang s**akan pakaian bewarna coklat. Then, tak tahu nak padankan dengan warna tudung apa. Actually, based on tone warna di atas, kebanyakkannya berada pada beigetone dan exotic color combination di mana warna tudung yang boleh dipadankan dengan warna coklat adalah seperti warna cream, yellow, celery dan olive.

#2. Baju warna gold atau kuning sesuai dengan warna tudung apa?

Warna kuning atau warna emas? Mesti kita akan kaitkan dengan warna di raja kan. Ramai yang tidak menggemari warna kuning kerana warna ini mencocok mata.

Baju warna deep silver grey sesuai dengan tudung warna apa?

Warna Deep Silver Grey memberi efek mewah kepada yang memakainya, mereka yang menyukai warna ini juga sangat berfikiran jauh. Pemilihan warna Deep Silver Grey boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dusty Pink, Blue Grey, dan Soil

Brown.

#3. Baju warna biru sesuai dengan tudung warna apa?

Jika dilihat pada combination warna-warna di atas, warna biru terletak pada table colorful dan beach combination. Jadi, antara warna tudung yang boleh dipadankan dengan baju bewarna biru adalah seperti Dark green, dusty mint, putih dan meroon.

#4. Baju warna kelabu sesuai dengan tudung bewarna apa?

Manakala untuk warna kelabu, ia tergolong di dalam beigetone dan gorgeous color combination. Jadi, jika ingin menyesuaikan baju bewarna kelabu dengan tudung. Warna yang sesuai adalah seperti Dusty pink,blue grey dan coklat.

#5. Baju warna purple sesuai dengan tudung warna apa?

Untuk baju bewarna unggu p**ak, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti grey, celery dan dark blue.

Setiap kali raya, saya mesti GAGAL nak matching warna baju dan shawl. Sedih giler lah jawabnya. Sudahnya, nampak serabut...
10/05/2021

Setiap kali raya, saya mesti GAGAL nak matching warna baju dan shawl. Sedih giler lah jawabnya. Sudahnya, nampak serabut dan paling teruk jadi macam 'clown' banyak betul mainan warna saya guna. Uhuk~

Takpe, jangan risau akan perkara ini. Itu biasa lah. Hari ni, Kak Nab nak SHARE kombinasi warna yang sesuai untuk shawl korang ya..

#1. Baju hitam sesuai dengan warna tudung apa?

Jika dilihat pada kombinasi warna di atas, hitam tergolong di dalam warna yang gorgeous dan exotic. Jika memilih warna hitam untuk baju, tak kira berbunga atau plan. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan hitam adalah seperti warna plum, purple, violet, dark brown dan mustard.

#2. Warna baju emerald green sesuai dengan tudung warna apa?

Warna Emerald Green pernah viral sekitar tahun 2003. Warna ini melambangkan kemewahan, walaupun ringkas tapi sangat elegan bila digayakan. Pemilihan warna baju bewarna Emerald Green boleh dipadankan dengan warna tudung berwarna Gold, Camel Brown, dan Fern Green.

#3. Baju hijau lumut sesuai dengan tudung apa?

Manakala untuk baju bewarna hijau lumut p**a, warna yang sesuai untuk dipadankan dengannya sebagai warna tudung adalah beach color combination iaitu warna-warna lembut seperti beige, camel, copper, celery dan turquoise.

#4. Baju warna coklat lembut sesuai dengan tudung warna apa?

Warna Soft Brown sering digunakan oleh wanita bekerjaya, usahawan dan golongan professional. Warna ini kelihatan semulajadi, mereka yang memilih warna ini sering dikaitkan dengan sikap matang dari usia. Pemilihan warna tudung berwarna Dark Gold, Dark Greyish Blue, dan Black amat sesuai untuk dipadankan dengan baju coklat lembut berbunga ataupun tidak.

#5. Baju warna pink belacan sesuai dengan tudung warna apa?

Bagi yang meminati warna pakaian terutamanya baju yang bewarna pink belacan, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju pink belacan adalah warna-warna yang berada pada kelompok pinktone color combination seperti blue, green dan violet.

Bagi yang s**a kan shawl yang simple, Kak Nab cadangkan korang guna shawl Melor Ombrea.Walaupun cara guna simple, tapi h...
07/05/2021

Bagi yang s**a kan shawl yang simple, Kak Nab cadangkan korang guna shawl Melor Ombrea.

Walaupun cara guna simple, tapi hasilnya nampak anggun kan?

Kami mempunyai 12 pilihan warna untuk Melor Ombrea Shawl ni.

Sempena Sales Raya, Kak Nab nak bagi harga junam terus. 2 Helai pada harga RM 100.

Pembelian pantas > http://www.wasap.my/60183831065/MelorOmbrea

Bahaya  lisan itu amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat daripadanya melainkan dengan tutur kata yang baik sa...
07/05/2021

Bahaya lisan itu amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat daripadanya melainkan dengan tutur kata yang baik sahaja.

Sabda Nabi

لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه، ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه، ولا يدخل الجنة رجل لا يأمن

جاره بوائقه.

Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga harus p**a hatinya. Dan tidak lurus hatinya, sehingga lurusnya p**a lidahnya. Dan seseorang itu tidak akan masuk ke dalam syurga selagi tangganya belum aman daripada kejahatannya(Riwayat Imam Ahmad)

Sesungguhnya lidah itu Allah anugerahkan agar kita menggunakannya untuk membaca al-Quran, mengajar ilmu, mengucapkan zikir kepada Allah, memperkatakan perkara yang baik-baik dan sebagainya.

Dan tanda kita bersyukur kepada Allah atas pemberian nikmat lidah itu adalah dengan kita menjaganya daripada mengatakan perkataan yang keji, berdusta, mengumpat, mengadu domba, memfitnah dan sebagainya.

Salam 25 Ramadan 1442H
Salam Jumaat penghulu segala hari.

06/05/2021

Scrunchies ni antara salah satu item PERCUMA dalam Sales Raya.

Betul! Kami nak berikan secara PERCUMA sahaja dengan setiap pembelian shawl dari Sales Raya

Dengan adanya Scrunchies ni, tak ada lah rambut korang rosak bila diikat. Secara tak langsung, shawl korang akan jadi lebih kemas bila di gayakan.

Lain-lain Item PERCUMA dalam Sales Raya :

Inner silang
Box exclusive Shawl
Kad Ucapan dari E'lina Shawls
Sampul duit raya [1 set]
Ziplock [ 3 unit ]

https://www.elinashawls.com/

Macam tahu-tahu jer, ada orang nak shooting kat sini. Shooting Ngopi Style MakCun with Diva AA dan Erma Fatima. Lantas o...
05/05/2021

Macam tahu-tahu jer, ada orang nak shooting kat sini. Shooting Ngopi Style MakCun with Diva AA dan Erma Fatima.

Lantas owner Kantin Asam Pedas iaitu Puan Roslin mengenakan Avanda Halfmoon Triangle Pleated.

Cantik kan warna soft macam ni? Dah lah mudah digayakan. BONUS p**a nampak sweet 19 giteww. Mengancam!

Mempunyai 7 pilihan warna.. [ Ash, Flamingo , Olive, Peach, Plum, Salmon , Wood ]

Website > https://www.elinashawls.com/collections/hafmoon/avanda/avanda-halfmoon-triangle-pleated-sand.html

❤️Normal Price : RM125
❤️Promosi : RM95

FREE Exclusive Box

Order >> http://www.wasap.my/60183831065/trianglehalfmoon

Hari tu dah belanja tutorial menggunakan shawl Ombrea kan? Malam ni Kak Nab nak tunjukkan koleksi Melor Ombrea p**a.Ada ...
03/05/2021

Hari tu dah belanja tutorial menggunakan shawl Ombrea kan? Malam ni Kak Nab nak tunjukkan koleksi Melor Ombrea p**a.

Ada banyak pilihan warna cantik-cantik yang mampu menggegarkan 'nafsu' korang.

Kak Nab nak bagi harga junam terus lah sebab mood nak raya kan? 2 helai RM 100 je ..

Klik untuk pembelian pantas > http://www.wasap.my/60183831065/Ombreamelor

Salam 21 Ramadan 1442H.Di akhir 10 akhir ramadan kita mesti  perbanyakkan amalan, lipat gandakan. Sedekah, solat sunat ,...
03/05/2021

Salam 21 Ramadan 1442H.
Di akhir 10 akhir ramadan kita mesti perbanyakkan amalan, lipat gandakan. Sedekah, solat sunat , membaca Al-Quran dan juga qiamullail.

اللهم اجعل لى فيه إلى مرضاتك دليلاً ولا تجعل للشيطان فيه علي سبيلاً واخعل الجنة لى منزلاً ومقيلاً ياقاضي حوائج الطالبين..

Allahummaj'al li fihi ilâ mardatika dalilan wala taj'al lisy-syaitan fihi 'alayya sabiylan waj'ali al-jannata li manzilâ wa maqiyla ya qadhiya hawa "ijit talibin.

Ya Allah! Berilah daku petunjuk menuju kepada Keredhaan Mu. Dan janganlah Dikau berikan jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan beristirehat; Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.

Pssst...DAH ADA TUDUNG RAYA KE TU SIS..?WIDE SHAWL RAYA WARNA2 OMBREA YG SOFT MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN SIS SEKALIAN ...
01/05/2021

Pssst...DAH ADA TUDUNG RAYA KE TU SIS..?
WIDE SHAWL RAYA WARNA2 OMBREA YG SOFT MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN SIS SEKALIAN DIPAGI RAYA🥰

hanya pada 1 shawl je boleh dapat 2 warna..haaaa kan jimat dah camtu....ikut s**a nak pakai warna depan ke belakang ke...

Untuk order
www.wasap.my/60183831065

Salah satu jalan dalam membuka pintu kerezekian ialah dengan bersedekah. Dengan bersedekah juga dapat memudahkan kita da...
30/04/2021

Salah satu jalan dalam membuka pintu kerezekian ialah dengan bersedekah.

Dengan bersedekah juga dapat memudahkan kita dalam urusan harian. Jadi, bersedekahlah. Sedekah juga bukan di nilai dari banyaknya, tetapi keihklasan hati seseorang.

"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261

Salam Jumaat, 18 Ramadan 1442H.

Al-Quran merupakan kalamullah, yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W di dalam Bahasa Arab dimulai dengan surah al-Fati...
28/04/2021

Al-Quran merupakan kalamullah, yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W di dalam Bahasa Arab dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.

Al-Quran diturunkan selama tempoh 23 tahun secara mutawatir (beransur-ansur). Hal ini untuk memantapkan hati Rasulullah S.A.W.

Ayat-ayat al-Quran juga diturunkan berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku.

Amalan memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadan ini amatlah digalakkan. Membaca, tadabbur (menghayati) dan mengamalkannya. Al-Quran juga merupakan penawar dan menyelamatkan kita daripada pelbagai kerosakan.

Kesan al-Quran di dalam kehidupan kita adalah mendapat ketenangan di dalam hati dan menjadi syafaat bagi yang membacanya. Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya dan orang yang sentiasa melaziminya akan bertambah keberkatan di dalam kehidupannya dan kehidupan orang di sekelilinya.

Akhirnya, semoga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita sifat cintakan al-Quran dan seterusnya mengurniakan kepada kita zuriat-zuriat yang sentiasa melazimi al-Quran di dalam kehidupan kita agar al-Quran akan datang kepada kita di hari akhirat sebagai pembantu atau pemberi syafaat kepada kita.

Mari sama-sama kita memohon kepada Allah dengan membaca doa ini:

“Ya Allah, sinarilah hati kami dengan membaca al-Quran. Hiasilah akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarrus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka kerana kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dengan syafaat al-Quran. Aamiin.”

Salam Nuzul Al-Quran.
16 Ramadan 1442H.

Tips buat korang yang confius dengan bentuk muka sendiri. Rujuk entri pendek ini ya ..1. BujurWanita yang bermuka bujur ...
28/04/2021

Tips buat korang yang confius dengan bentuk muka sendiri. Rujuk entri pendek ini ya ..

1. Bujur

Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya.

Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini.

Korang bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.

Contohnya : haniszalikha

2. Lonjong

Jika korang memiliki muka yang lonjong p**a, panjang ukuran vertikal wajah korang lebih ketara berbanding kelebarannya.

Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai awning tinggi agar tidak membuatkan muka korang lebih panjang.

Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka korang kelihatan lebih seimbang.

Contohnya : Dato' Siti Nurhaliza

3. Bulat

Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang.

Gaya tudung yang sesuai dengan korang adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian p**i dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.

Contohnya : Ayda J***t

4. Petak

Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap 'bucu' wajah.

Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah korang kelihatan anggun.

Korang juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.

Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.

Cukup 4 tips petang ini, Kak Nab berikan buat korang. Jika ianya bermanfaat, silakan SHARE yea.

Selamat berbuka puasa semua~
Perbanyakkan berdoa di akhir-akhir masa sebelum berbuka ini tau.

27/04/2021

Teringat dulu masa Kak Nab zaman bujang-bujang. Bulan puasa bakal tamat, menggelupur search di YouTube 'tutorial tudung' .

Ya, Kak Nab faham. Mesti korang pun sama kan? Siang malam duk practice shawl ni. Nak belit macam mana.

Nah, malam ni sebelum tidur Kak Nab belanja korang tutorial mudah.

Model menggunakan shawl :

Melor Ombrea Shawl Indigo.

1 pc RM 69
2 pcs RM 100

Practice sampai jadi tau. Mudah betul guna shawl dari keluaran E'lina Shawls.

Link > http://www.wasap.my/60183831065/OmbreaMelorIndigo

Selamat pagi kesayangan Kak Nab. Hari ni kita sudah berpuasa hari ke - 15 .Jom baca Doa Ramadhan Hari Ke-15.اللهم ارزقني...
26/04/2021

Selamat pagi kesayangan Kak Nab. Hari ni kita sudah berpuasa hari ke - 15 .

Jom baca Doa Ramadhan Hari Ke-15.

اللهم ارزقني فيه طاعة الخاشعين واشرح فيه صدرى بإنابة المخبتين بأمانك يا أمان الخائفين

Cara bacaan : Allâhummar zuqnî fihi tâ'atul khâsyi'in wasyrah fihi sadri bi ‘inâbatil mukhbitin bi amanika ya amanal kha ifin.

Maksudnya : Ya Allah! Berilah daku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk dan lapangkanlah dadaku dengan taubat orang-orang yang menyesal; Dengan Keamanan-Mu, Wahai Ketenangan bagi orang-orang yang takut!

Address

NAZBELL COTTAGE & GARDEN, Jalan PARIT 8 1/2 TIMUR
Sungai Besar
45300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazbell Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nazbell Resources:

Videos

Share

Category


Other Sungai Besar convenience stores

Show All