Puchong JOB Street

Puchong JOB Street Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puchong JOB Street, Puchong.

06/09/2021

Assalamualaikum apit minta tlg cari kan bdk kerja eletrik πŸ‘‡

Peluang pekerjaan dlm bidang elektrikal..

Minta tlg war2 kan atau viral kan seluruh negeri di mana sebuah sykt sedang mencari pekerja elektrik dgn sijil kompeten pw4
(20 kekosongan)
-------------------------
Gaji :-
rm2800 basic +
Elaun rm200 +
Komisen bulanan..
Ada potongan epf dan socso.

011 6172 04 27
hj. Mat..

**ada komisen.

Terima kasih.

16/05/2021

Memerlukan pekerja utk pemasangan pagar
-gaji hari atau lumpsum
-peralatan dan tools disediakan.
(anticlimb fencing installation)
sila call 01110827475 atau wasep
Kawasan puchong, shah alam

22/04/2021

Separuh pekerjaan di Malaysia bakal 'pupus'
Ada teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia - Foto fail Bloomberg
KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.

Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.

"Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.

"Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.

"Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit," katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk 'Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan', semalam.

Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.

Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.

"Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.

"Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

"Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

"Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.

"Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.

"Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.

"Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif," katanya

23/02/2021

Ⓜ️ LELAKI INI JANA PENDAPATAN LEBIH RM4,000 SEMINGGU HANYA DENGAN BERATUR SAHAJA

Tahukah anda di dunia ini ada yang mampu menjana pendapatan dengan cara yang unik? Antaranya beratur.

Percaya atau tidak, seorang lelaki, Robert Samuel berjaya menjana pendapatan sekitar $1,000 dalam masa seminggu dengan hanya menawarkan khidmat beratur dan menunggu.

Digelar sebagai tukang beratur profesional, Robert memberitahu beliau menunggu apa sahaja, daripada penjualan sampel hinggalah tiket dengan bayaran $25 untuk jam pertama dan $10 untuk setiap setengah jam tambahan.

Mula menceburkan diri dalam bidang ini, Robert mula menjadi tukang beratur semasa beliau kehilangan pekerjaannya sebagai agen jualan.

Pada ketika iPhone 5 keluar memasuki pasaran, Robert memasang iklan di Craiglist dengan menawarkan khidmat menunggu berbayar $100.

Namun beberapa jam sebelum beliau membeli iPhone, pelanggan Robert membatalkan pembelian namun tetap memutuskan untuk membayar beliau.

Pada awalnya Robert sudah bersedia untuk meninggalkan barisan tetapi akhirnya memutuskan untuk menjual semula tempatnya.

Menjelang jam lapan pagi keesokan harinya, Robert berjaya memperoleh $325 selepas berjaya menunggu selama 19 jam.

Malah beliau turut mengajak rakan-rakannya untuk beratur dan menjual tempat mereka selain daripada menjual peti susu kepada mereka yang bosan berdiri.

Mendapati perniagaan ini sangat menguntungkan, Robert akhirnya menubuhkan sebuah syarikat sampingan, Same Ole Line Dudes (SOLD) pada Disember 2012.

Sekiranya mereka mendapat tempahan, ianya akan diberikan kepada mana-mana rakannya yang mahukannya.

Walaupun tidak lagi digaji untuk acara-acara besar, Robert tetap akan pergi ke kawasan yang terdapatnya orang menunggu untuk mempromosikan khidmatnya.

β€œAnda panas dan letih? Tidak mahu melakukan ini lagi? Saya akan melakukannya untuk anda.”

Sumber:
Business Insider
John Mohamed

Kehidupan ini akan selalu ada peluang yang lainPeluang setelah kalah untuk menangPeluang setelah jatuh untuk bangunPelua...
11/10/2020

Kehidupan ini akan selalu ada peluang yang lain
Peluang setelah kalah untuk menang
Peluang setelah jatuh untuk bangun
Peluang setelah seseorang gagal untuk berjaya

Selalu ada peluang yang lain...
Jadi, siapa yang peduli. Itulah yang terbaik dan anda perlu membuat keputusan sekarang πŸ’ͺ Sebelum terlambat, π˜€π—Ό π˜†π—Όπ˜‚'𝗿𝗲 𝗢𝗻 !! ✨

Slot Temuduga Terbuka kini dibuka minggu ini dengan 4 majikan dari 𝗗&𝗬 π—§π—˜π—«π—§π—œπ—Ÿπ—˜ (𝗠) 𝗦𝗗𝗑 𝗕𝗛𝗗, π—˜π—”π—¦π—§ π—”π—¦π—œπ—” π—¨π—‘π—œπ—§π—˜π—— π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œπ—”π—Ÿ π—›π—’π—Ÿπ——π—œπ—‘π—šπ—¦ 𝗦𝗗𝗑 𝗕𝗛𝗗, π—žπ—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š π——π—œ π—žπ—¨π—Ÿπ—”π—œ dan π— π—”π—‘π—¨π—žπ—” π—•π—œπ—’π—§π—˜π—–π—› 𝗦𝗗𝗑 𝗕𝗛𝗗.
Tempah slot anda sekarang melalui pautan ini!
πŸ”— https://forms.gle/vTBsGU2geciezv2k8

Anda dijemput! Ingat 1 pintu ditutup 10 pintu lagi terbuka, datang dan temu ramah dengan kami! Jangan lepaskan peluang!!





Hai semua, JobsMalaysia Johor ingin menjemput semua pencari kerja untuk menghadiri temuduga terbuka anjuran kami. Sila isi maklumat di bawah jika berminat : Bagi mematuhi Proses SOP PKPP sila pastikan anda boleh hadir pada slot yang ditempah. ini untuk memberikan laluan kepada calon pencari kerja ya...

Welder di perlukan01110827475
09/10/2020

Welder di perlukan
01110827475

Rites daisis di shah alam u8 memerlukan welder Hubungi 01110827475
09/10/2020

Rites daisis di shah alam u8 memerlukan welder
Hubungi 01110827475

19/12/2019

Daisis
Memerlukan leader pemasangan mesin segera
Diploma mechatronik
Atau ijazah engineering adalah digalakkan..

17/12/2019

Syarikat kami memerlukan welder mahir
Argon dsb sila contact
01110827475

31/10/2019

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!!

Pejabat Khidmat DUN Pekan Nenas akan menganjurkan
KARNIVAL KERJAYA

πŸ”΄20 Majikan turut serta!
πŸ”΄1000 Kekosongan Jawatan!

πŸ—“Tarikh : 02 November 2019 (Sabtu)
πŸ•₯Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“Tempat : SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman Pekan Nenas, Johor

Majikan yang turut serta:

πŸ”Ά Anika Industri Konkrit Sdn Bhd
πŸ”Ά Aurum Precast Sdn Bhd
πŸ”Ά Bend Weld Engineering
πŸ”Ά Benithem Sdn Bhd
πŸ”Ά Happy Grass Products Sdn Bhd
πŸ”Ά Karex Industries Sdn Bhd
πŸ”Ά Lee Biscuits PTE LTD
πŸ”Ά Pertama Springrolls Manufacturing (M) Sdn Bhd
πŸ”Ά Port Of Tanjung Pelepas
πŸ”Ά Power Plug Busduct Sdn Bhd
πŸ”Ά Shimano Components Malaysia Sdn Bhd
πŸ”Ά Solid A’s Engineering Sdn Bhd
πŸ”Ά Stinis Malaysia Sdn Bhd
πŸ”Ά Wilmar Greenfarm Sdn Bhd
πŸ”Ά New Gay Beng Wood Produce (M) Sdn Bhd
πŸ”Ά Trid3nt Group
πŸ”Ά 99 Speedmart Sdn Bhd
πŸ”Ά Instrument Technology (Johor) Sdn Bhd
πŸ”Ά MyTech & Assembly Sdn Bhd

Checklist Pencari Kerja :
√ Berpakaian lengkap formal temuduga
√ Bawa resume
√ Bawa sijil-sijil akademik, ko-kurikulum & professional (Ori & Copy)

Selamat berjaya!

πŸ’’ VIRALKAN KE SEMUA WHATSAPP GROUP ANDA πŸ’’

11/10/2019

Mencari tukang masak
Kedai warisan
0176278716

https://www.facebook.com/1852882138056636/posts/2499058710105639/
22/04/2019

https://www.facebook.com/1852882138056636/posts/2499058710105639/

Tidak selamanya perjalanan hidup rumah tangga selalu berjalan dengan lancar. Rintangan dan tentangan yang kerap hadir itu memang hal biasa. Namun jika suami terpikat dengan wanita lain, boleh membuatkan isteri tak tidur malam, resah dan sebagainya. Untuk tidak su’udzhon, memang tidak semudah yang

Address

Puchong
03

Telephone

01110827475

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puchong JOB Street posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share