Azzainmart

Azzainmart Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Azzainmart, 25, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit, Puchong.

14/07/2024

Tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram 1446H

Kunci tarikh-tarikh ini agar kita tidak terlepas merebut ganjaran yang sangat besar daripada Allah SWT.

Puasa Tasu’a (9 Muharam 1446H) : 15 Julai 2024 – Isnin

Puasa Asyura (10 Muharam 1446H) : 16 Julai 2024 – Selasa

Puasa 13, 14, 15 Muharam (Hari Putih) : 19, 20, 21 Julai 2024 – Jumaat, Sabtu, Ahad

Berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis mengikut sunnah Nabi SAW.

Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

12/07/2024

DOA KELUAR RUMAH

Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW tidaklah keluar dari rumahku kecuali baginda menghadapkan pandangannya ke langit, lalu baginda membaca zikir:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”

HR Abu Daud (5094)

Bismillah!
08/07/2024

Bismillah!

Doa Agar Diperbaiki Diri

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.”

Riwayat An-Nasaie (10405)

06/07/2024

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Hikmah Larangan Berpuasa pada 11, 12, dan 13 ZulhijjahDalam Islam, terdapat larangan berpuasa pada 11, 12, dan 13 Zulhij...
19/06/2024

Hikmah Larangan Berpuasa pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah

Dalam Islam, terdapat larangan berpuasa pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah, yang dikenali sebagai Hari Tasyriq.

Hari-hari ini adalah hari-hari yang istimewa dan penuh hikmah, terutamanya bagi para jemaah haji yang sedang menyelesaikan ibadah mereka di Mina.

Hikmah Larangan Berpuasa pada Hari Tasyriq:

1. Hari Makan dan Minum: Hari Tasyriq adalah hari untuk menikmati rezeki yang dikurniakan Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan, minum dan berzikir kepada Allah.” (HR Muslim)

2. Hari Bersyukur: Setelah menunaikan ibadah haji dan melaksanakan ibadah korban, umat Islam disarankan untuk bersyukur dan bergembira dengan nikmat yang Allah berikan.

3. Kesihatan Fizikal: Larangan berpuasa membantu menjaga kesihatan fizikal, terutama bagi mereka yang baru selesai menjalankan ibadah haji yang memerlukan tenaga yang banyak.

4. Mengeratkan Silaturahim: Hari Tasyriq juga merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat, menikmati makanan bersama, dan mengeratkan tali silaturahim.

Marilah kita memanfaatkan Hari Tasyriq ini untuk memperbanyakkan zikir, bersyukur atas nikmat Allah, dan menikmati makanan bersama orang yang kita kasihi.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatan-Nya

16/06/2024

Senarai pemenang cabutan bertuah 2024

Pertamanya kami mohon maaf atas kelewatan memberi maklumat berkenaan ini.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyertai. Terlalu banyak ucapan yang memberi kami moral support 💪💪.

Semoga usaha kita ini diberkati Allah.

Berikut merupakan senarai pemenang.

1. Mior Yazmil
2. Rozita Sungit
3. danial nawawi ya
4. Izura Hamid
5. Fauziah Abdullah
6. Raja Zainal
7. ZAM ZARIZAL MAD ARIFIN

Kesemua pemenang akan dihubungi semula untuk pemberian hadiah.

15/06/2024

8 Zulhijjah - Hari Tarwiyah

Hari ini adalah 8 Zulhijjah, yang dikenali sebagai Hari Tarwiyah dalam kalendar Islam.

Hari Tarwiyah adalah salah satu hari yang penting dalam bulan Zulhijjah, khususnya bagi mereka yang menunaikan ibadah haji.

Pada hari ini, para jemaah haji akan bergerak dari Mekah menuju ke Mina sebagai persiapan untuk Wukuf di Arafah pada keesokan harinya, yang merupakan rukun haji yang paling utama.

Kepentingan Hari Tarwiyah:

1. Persiapan Rukun Haji: Para jemaah haji melakukan persiapan fizikal dan spiritual untuk Wukuf di Arafah.

2. Berdoa dan Bertaubat: Hari ini adalah masa yang sesuai untuk memperbanyak doa, istighfar, dan memohon keampunan Allah.

3. Pengorbanan dan Kesabaran: Mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah.

Marilah kita mengambil peluang ini untuk memperbanyak doa dan memohon keampunan Allah, sama ada kita sedang menunaikan haji atau tidak.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.

30/04/2024

Restock! Produk mana yang anda dah pernah beli?

26/04/2024

Jom dapatkan keperluan makanan dan minuman di AzZainMart!

24/04/2024

Patut la ikan bilis ni mahal. baru tau cara last tu. korang umur berapa baru tahu tu? 😁

Address

25, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60137195173

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azzainmart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share