22/11/2022
FOMULA UNTUK KERAJAAN STABIL - PN DAN PH PERLU BERGABUNG .
Kenapa perlu salahkan parti BN yang hanya mendapat 30 kerusi parlimen ini ?
Kenapa UMNO dan Barisan Nasional dipersalahkan atas sebab sehingga hari ini kerajaan tidak dapat ditubuhkan ? Apa agenda sebenarnya cuba fahamkan rakyat atau didiklah rakyat untuk kami faham .
Bukankah parti BN tidak mendapat mandat dari rakyat ? ..Bukan kah rakyat telah menjalankan tangunjawab meraka .
Setelah diteliti secara dekat serta mengikuti perkembangan semasa laporan media dan ulasan dari kalangan cendekiawan dan intelek yang memberikan komen di media berkaitan ekonomi dan politik, desakan terus diberikan kearah parti BN dan juga pemimpin Barisan Nasional serta UMNO. Sedangkan kita tahu parti ini tidak mempuyai kuasa untuk membentuk kerajaan selepas piliharaya umum ke 15 ini.
Kenapa tidak komen rakan media seperti Awani, TV3, media cetak. cendekiawan dan kalangan intelek yang hebat yang dijemput ke stesen tv dan media cetak tidak mendesak parti PN dan PH saja yang membentuk kerajaan daripada memberikan komen berjela-jela didalam setiap slot? Saya lihat tak bijak juga kalangan cediakiawan dan kalangan intelik yang bayak bercakap tapi gagal melihat fakta meraka . seolah ikut suara arahan membaca skrip dan dibayar untuk media dan kepentingan orang yang di belakang media. Siapa lah agakanya yang bayak sangat duit beratus juta boleh membeli slot dalam media
Bukankah gabungan 2 parti PH dan PN ini lebih baik di bentuk kerajaan dan sekali gus rakyat akan mendapat kerajaan yang stabil dengan majoriti 2/3 ? Apa susah ke pekara ini untuk pemimpin dan media faham pekara seperti ini atau masih perlu bawa konsultan dari luar negara seperti dari uk atau us untuk tunjuk ajar pekara ini ….
Bukan kah ia lebih baik dan lebih memudahkan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung serta istana tidak perlu lagi meneliti dokumen dan juga perjanjian atau sebagainya ? Atau perlu membazirkan masa untuk melayan kalangan ahli parlimen untuk mengira SD dan Pengakuan sumpah kalangan ahli parlimen mana yang bayak SD .
Bukankah ini juga boleh memudahkan rakyat ? Rakyat pun mudah dapat cuti begitu juga kalangan perniaga juga boleh kembali memberikan penumpuan pada perniagaan jika kerajaan PN dan PH dapat menubuhkan kerajaan dengan Kadar segara .
Kenapa pemimpin UMNO dan BN juga yang disalahkan dalam soal ini ? Apakah sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk cuba nak memecah belah kan orang orang parti BN dan UMNO .. khususnya perpecahan orang melayu . Elok juga orang umno dan BN semak balik kenapa kerana PN dan PH kamu bergaduh tak ada untung untuk parti dan sesama umat islam . itu pandangan ikhlas saya sebagai permerhati, tak gemar lihat melayu dalam satu bilik satu bantal boleh bergaduh . Malu pada pengundi 18 tahun yang pertama kali mengundi lihat perangai pemimpin melayu satu rumah bergaduh tuduh menuduh .
Selama ini kita tahu kedua-dua parti PH dan PN ini adalah parti yang telah memusuhi UMNO dan BN. Tapi kenapa kedua-dua parti ini p**a sekarang cuba mengajak bersama mereka bentuk kerajaan ? Sedangkan kita tahu siapa mereka selama ini .
Sebelum ini ke semua pemimpin seperti parti Bersatu, PAS, DAP ,PAN ,dan Keadilan menyerang mengajak rakyat tolak UMNO dan BN . mereka tuduh parti umno dan BN tidak bersih. Kenapa PH dan PN yang bersih saja tidak bergabung untuk kepentingan rakyat ? Kenapa ini tak berlaku ? Kenapa perlu mengajak parti yang tidak bersih bersama ? Pelik juga bila menang ajak balik bertambah pening kepala rakyat . Sebeluam ini minta kita tolak BN dan umno .
Saya sarànkan PN dan PH sajalah yang bergabung. Kerana jika kamu sayang pada rakyat dan mahukan negara stabil, kenapa tidak kamu saja yang bergabung.
Jika kamu jujur & ikhlas, kamu tidak perlulah menyusahkan rakyat, Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta pihak istana terus tertunggu-tunggu. permainan PH dan PN - teruskan hasrat kamu jaga negara dan lakukan terbaik untuk rakyat.
Saya juga sarànkan pada media media kalangan cendiakawan , intelek dan rakyat Malaysia yang sayang pada negara kita perlu segara tanya pada kedua -dua pihak pemimpin besar seperti PN dan PH kenapa meraka saja yang tidak bergabung dan membentuk kerajaan .
Dato’ Azwanddin Hamzah
Saya Rakyat Malaysia .