Kz Kraf Enterprise

Kz Kraf Enterprise Ceramic maker

14062024Salam jumaat.. Alhamdulillah..pagi tadi selesai buat penghantaran produk tempahan ke Taiping. Terima kasih Koper...
14/06/2024

14062024
Salam jumaat.. Alhamdulillah..pagi tadi selesai buat penghantaran produk tempahan ke Taiping. Terima kasih Koperasi Serbaguna Wanita Taiping Berhad, Perak sudi buat tempahan dengan kami, cawan labu sayong, mug labu sayong, labu lepap C with casing dan juga labu lepap D. Alhamdulillah..

PERAK ARTS & TOURISM FESTAjoomm mooh kita ke TAPAK Jalan Ampang KLCC dari 7/6 hingga 9/6 jam 3.00pm -10.00pmKita raikan ...
09/06/2024

PERAK ARTS & TOURISM FEST
Ajoomm mooh kita ke TAPAK Jalan Ampang KLCC dari 7/6 hingga 9/6 jam 3.00pm -10.00pm
Kita raikan bersama Tahun Melawat Perak 2024 ..!!!πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽβ˜•οΈ

PERAK ARTS & TOURISM FESTIVAL
TARIKH : 07- 09 June 2024
HARI : Jumaat - Ahad
Jam : 3.00petang - 10.00malam
Tempat : TAPAK Urban Street Dining @ KLCC, Jalan Ampang,Kuala Lumpur








06062024 Terima kasih kepada Cikgu Jamil, dari SK Sungai Rambai, Bukit Mertajam selaku ketua lawatan dan juga semua guru...
09/06/2024

06062024
Terima kasih kepada Cikgu Jamil, dari SK Sungai Rambai, Bukit Mertajam selaku ketua lawatan dan juga semua guru-guru, membawa murid Pendidikan Khas (PPKI) ke KZ KRAF buat aktiviti interaktif kraf . Hebat guru-guru nya bawa murid naik komuter dari pulau pinang turun ke KTM Kuala Kangsar..lepas tu sewa bas ke KZ kraf bawa murid-murid melawat sekitar Kuala Kangsar. Alhamdulillah. πŸ₯°πŸ‘

Imbas kembali 24052024-26052024Kz Kraf Enterprise menyertai Jelajah Hari Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 d...
09/06/2024

Imbas kembali 24052024-26052024
Kz Kraf Enterprise menyertai Jelajah Hari Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.
☺️ Terima kasih pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak atas jemputan menyertai program ini. 🀲


Repost dari page Kraftangan Perak

Imbas kembali 27052024Terima kasih kepada pelanggan sudi membuat tempahan labu sayong lepap D pewter (cenderahati eksklu...
09/06/2024

Imbas kembali 27052024
Terima kasih kepada pelanggan sudi membuat tempahan labu sayong lepap D pewter (cenderahati eksklusif) Alhamdulillah. Selesai penghantaran pada pelanggan. ☺️🀲

Imbas kembali 24052024Alhamdulillah..terima kasih cikgu dan tahniah diatas perkahwinan anakanda tercinta. Cikgu ni datan...
09/06/2024

Imbas kembali 24052024
Alhamdulillah..terima kasih cikgu dan tahniah diatas perkahwinan anakanda tercinta. Cikgu ni datang order 4 hari sebelum. πŸ₯°πŸ€²

Imbas kembali 23052024Terima kasih kepada pelanggan seorang ibu dan juga merupakan pendidik membuat tempahan untuk diber...
09/06/2024

Imbas kembali 23052024
Terima kasih kepada pelanggan seorang ibu dan juga merupakan pendidik membuat tempahan untuk diberi kepada guru dan juga rakan-rakan anaknya sempena mengambil result SPM pada 27052024 lepas di MRSM FELDA TROLAK. Alhamdulillah πŸ₯°

Imbas Kembali 19052024Terima kasih customer dari Terengganu sudi order cenderahati perkahwinan dari Kz Kraf Enterprise ....
09/06/2024

Imbas Kembali 19052024
Terima kasih customer dari Terengganu sudi order cenderahati perkahwinan dari Kz Kraf Enterprise . Sebanyak 200 biji selamat di hantar melalui courier dan selamat sampai ke Terengganu. Tahniah diatas perkahwinan, kekal hingga ke Jannah. InshaAllah πŸ₯°.

Imbas kembali 14052024Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar (USAS), atas jemputan menyer...
09/06/2024

Imbas kembali 14052024
Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar (USAS), atas jemputan menyertai Program Warisan Sanggar Seni Budaya bertempat di Perpustakaan Kuala Kangsar, Perak. Terima kasih juga atas tempahan produk tepak sirih kami. Alhamdulillah.

Imbas kembali 09052024Kz Kraf menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Institut Latihan Statistik Malaysia dan juga pegaw...
09/06/2024

Imbas kembali 09052024
Kz Kraf menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Institut Latihan Statistik Malaysia dan juga pegawai Statistik dari luar negara antaranya Maldives, Bhutan, Bangladesh ,Spain, Thailand, Singapore dan Myanmar sempena Program Regional Workshop on Compiling Tourism Statistics in Asia and the pacific. Mereka di beri taklimat tentang KZ kraf dan aktiviti yang dijalankan juga diusahakan disini iaitu labu sayong lepap, seramik moden selain dapat melihat dan membuat sendiri kraf batik ( Galeri batik Nabihah) dan kraf tekatan benang Emas (Frasia Creative). Mereka di jamu dengan laksa Kuala, masakan kampung seperti lempeng pisang, cekodok pisang, gulai lemak pucuk ubi, ulaman, ayam bakar, lemang juga rendang ayam (last Syawal πŸ˜€). Alhamdulillah.

Imbas kembali 06052024Penghantaran produk labu sayong lepap (hot item KZ Kraf πŸ₯°) ke Tahfiz Firdaus Alwarisi di Tapah.Pro...
09/06/2024

Imbas kembali 06052024
Penghantaran produk labu sayong lepap (hot item KZ Kraf πŸ₯°) ke Tahfiz Firdaus Alwarisi di Tapah.Produk labu sayong lepap, labu kecil, tepak sirih, cawan labu sayong, labu Gelugor, fridge magnet ke Kirana Berhad, Kuala Lumpur dan juga Cyberjaya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami Kz Kraf Labu Sayong.

Imbas kembali 26042024 -28042024Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tourism Perak menjemput menyertai Go Malaysia F...
09/06/2024

Imbas kembali 26042024 -28042024
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tourism Perak menjemput menyertai Go Malaysia Fair di Singapura. Alhamdulillah.. penerimaan yang sangat baik dari warga Singapura dengan produk kraf tradisional kita labu sayong Lepap dan tekatan benang emas. Sepanjang 4 hari di sana, kami dibawa melawat sekitar Singapura.. pengalaman yang amat berharga berkunjung ke negara jiran.

Imbas kembali 02042024Kz Kraf Enterprise dikunjungi sekumpulan warga negara Perancis yang ingin mengetahui tentang cara ...
09/06/2024

Imbas kembali 02042024
Kz Kraf Enterprise dikunjungi sekumpulan warga negara Perancis yang ingin mengetahui tentang cara hidup kita orang perak di kampung.. mereka di perkenalkan dengan warisan negara..labu sayong, diberi pendedahan kraf selain labu ada batik. Melihat rumah orang kampung, dan dijamu dengan menu orang kampung di anjung seni(bahagian atas rumah kayu KZ kraf). Mereka paling s**a dengan ulaman πŸ˜€. Sebelum makan mereka mengenakan kain pelekat bagi lelaki dan berkain batik untuk para wanita. Melawat one stop craft centre kz kraf dan pulang. Kami juga menerima banyak cenderahati dari Perancis. Terima kasih kepada agensi pelancongan yang bawa ke sini. Alhamdulillah.
πŸ˜€

09/06/2024

Alhamdulillah.. berkesempatan untuk kemaskini mukabuku.. jom tengok aktiviti kami dari April 2024. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua. πŸ₯°πŸ€²

Sabtu 08062024Cerita pagi semalam.. Terima kasih kepada Pihak UTAR menjemput KZ Kraf untuk memperkenalkan labu sayong se...
09/06/2024

Sabtu 08062024
Cerita pagi semalam.. Terima kasih kepada Pihak UTAR menjemput KZ Kraf untuk memperkenalkan labu sayong sempena program Asian Physics Olympiad Malaysia yang ramai disertai pelajar-pelajar dari pelbagai negara antaranya Jepun, India, Rusia, Thailand, Mongolia, China dan Malaysia selaku tuan rumah. Selain Kz Kraf Enterprise , ada usahawan rotan, usahawan batik clay, produk orang asal dan beberapa lagi. Alhamdulillah..terima kasih sekali lagi atas jemputan..dan mereka rata-rata teruja ketika mencuba teknik lemparan Alin dan mewarna labu sayong. Jom tengok πŸ₯°

Imbas kembali20042024Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai A...
25/04/2024

Imbas kembali
20042024
Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Ayer Tawar , Selangor sudi datang , lawatan sambil belajar beserta makan pagi di Kz Kraf Enterprise . Seawal 8.30 pagi sampai tengahari di sini..Tak puas kata-nya. Alhamdulillah.. InshaAllah berjumpa lagi di lain kali. Selamat maju jaya buat semua pelajar dan juga pensyarah yang hadir . Terima kasih atas cenderahati yang diberikan.

0703202410.00 pagi,Alhamdulillah, kami menerima kehadiran pegawai dari USM Nibong Tebal dan juga pelajar- pelajar Master...
08/03/2024

07032024
10.00 pagi,
Alhamdulillah, kami menerima kehadiran pegawai dari USM Nibong Tebal dan juga pelajar- pelajar Master dan PHD dari dalam dan luar negara seramai 25 orang untuk membuat aktiviti interaktif kraf di KZ KRAF labu sayong.
Terima kasih kerana memilih KZ kraf Labu Sayong sebagai salah satu destinasi lawatan . Terima kasih juga kepada Dr Aslina selaku ketua rombongan ☺️.

Here we go.. Alhamdulillah ITB BERLIN.. 02-09/03/2024
02/03/2024

Here we go.. Alhamdulillah
ITB BERLIN.. 02-09/03/2024


29022024 hari terakhir bulan Februari tahun ini. Jom imbas kembali aktiviti KZ kraf sepanjang Februari 2024 ni.πŸ₯°06022024...
29/02/2024

29022024 hari terakhir bulan Februari tahun ini. Jom imbas kembali aktiviti KZ kraf sepanjang Februari 2024 ni.πŸ₯°

06022024 - Terima kasih kepada Cikgu Faradilla dan pelajar dari Sek Keb King Edward II , Taiping Perak. seramai 37 orang pelajar termasuk guru pengiring juga ibu bapa yang kebanyakan anggota Polis Taiping. Lawatan sambil belajar termasuk makan tengahari di Kz Kraf.

08022024 - Menerima kunjungan daripada OBJ Kuala Kangsar ke bengkel dan galeri Kz Kraf.

12022024 - Terima kasih kepada Cikgu Shaharuddin dari Sek Men Agama Al-Khairiah, Segamat Johor. Lawatan sambil belajar beserta makan tengahari di KZ Kraf.

17022024 - YAM Sultan Pahang dan YAM Tengku Ampuan Pahang dan kerabat lalu di laluan tepi bengkel KZ Kraf Labu Sayong.

21022024 - Menerima kehadiran artisan -artisan hampir 100 orang dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Mauritius , Japan, Singapore, Philippines dan Vietnam ke bengkel kz kraf untuk lawatan dan melihat demo labu sayong secara dekat juga mereka di jamu dengan juadah kuih tradisional dan juga makanan tengahari yang bertempat di KZ Kraf. Alhamdulillah.

24022024 - Terima kehadiran seramai 30 orang dari PERKEP Maktab Teknik PDRM, Johor Baharu. Terima kasih kerana sudi melawat dan membeli barangan kraf kami. Alhamdulillah.

21022024Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua artisan -artisan daripada Negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Vietnam,...
21/02/2024

21022024
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua artisan -artisan daripada Negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Vietnam, India, Philippines , Singapore, Japan dan Mauritius yang jadikan Bengkel dan Galeri KZ Kraf sebagai tempat lawatan . Mereka juga disajikan dengan hidangan tempatan, kuih-muih tradisional dan juga hidangan barat. Terima kasih juga kepada Dato' Kamil Shafie , Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Tuan DO Kuala Kangsar Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pn Zurainah pegawai dari MPKK yang sudi hadir meraikan kedatangan mereka ke KZ Kraf melihat demonstrasi labu sayong, demonstrasi tudung saji. Terima kasih diatas kehadiran dan sokongan dari semua.

08022024Alhamdulillah.. Terima kasih OBJ (Orang Besar Jajahan) Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr Haji Khairil An...
16/02/2024

08022024
Alhamdulillah.. Terima kasih OBJ (Orang Besar Jajahan) Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr Haji Khairil Anuar Bin Arshad, Dato' Kamil Shafie dan pegawai pengiring sudi hadir melawat ke galeri dan bengkel Kz Kraf labu sayong.

Imbas kembali aktiviti Kz kraf labu sayong.16/12/2023 - Lawatan sekolah16/12/2023 - Pn Lizawati sekeluarga dari matrik G...
05/02/2024

Imbas kembali aktiviti Kz kraf labu sayong.
16/12/2023 - Lawatan sekolah
16/12/2023 - Pn Lizawati sekeluarga dari matrik Gopeng
18/12/2023 - Lawatan SMK Perempuan, Kapar Klang
21/12/2023- Lawatan sambil belajar, Days Star Child care centre Alor Setar Kedah
27/12/2023 - Customer dari Kedah
1/1/2024 - Customer dari Johor
2/1/2024 - Customer dari Pulau Pinang (Son&Dad Barbershop)
13/1/2024 - Lawatan sekolah Kebangsaan Kampung Pahang,Tapah Perak
14/1/2024 - Pottery Class di Kin Long Valley Cafe, Ipoh bersama Digital Perak
18/1/2024 - Lawatan sambil belajar dari Sek Ren Islam Tahfiz Mutmainnah, Sg. petani
23/1/2024 - Lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Convent, Muar Johor.

Alhamdulillah..Terima kasih kepada Tn Rojihan selaku pegawai yang menguruskan tempahan cenderahati buat Ketua Polis Pera...
01/02/2024

Alhamdulillah..Terima kasih kepada Tn Rojihan selaku pegawai yang menguruskan tempahan cenderahati buat Ketua Polis Perak CP Dato' Sri Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri yang buat kali keberapa. Alhamdulillah terima kasih atas sokongan yang di berikan dari dahulu hingga kini.

Alhamdulillah..selesai sudah Thai International Travel Fair TITF #29 (25-28/01/2024). Terima kasih yang tidak terhingga ...
29/01/2024

Alhamdulillah..selesai sudah Thai International Travel Fair TITF #29 (25-28/01/2024). Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tourism Perak terutamanya CEO Tourism Perak Cik Nurmalis, semua staff tourism perak, Miss Esther dan semua yang terlibat sepanjang program ini. Terima kasih kerana sudi menjemput KZ Kraf untuk demonstrasi di Thailand bersama Tourism Perak . Pengalaman yang berharga.



Alhamdulillah.Imbas kembali 15122023Terima kasih kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak memilih produk dari Kz Kraf La...
03/01/2024

Alhamdulillah.
Imbas kembali 15122023
Terima kasih kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak memilih produk dari Kz Kraf Labu Sayong iaitu tepak sirih untuk dijadikan produk cenderahati di Malam Anugerah Usahawan Perak 2022. Sebanyak 500 pcs tempahan dan design dibuat khas untuk malam tersebut. Alhamdulillah.

21122023Alhamdulillah, semalam kami  Kz Kraf Enterprise menerima kehadiran seramai 99 orang pelajar bersama 13 orang Gur...
22/12/2023

21122023
Alhamdulillah, semalam kami Kz Kraf Enterprise menerima kehadiran seramai 99 orang pelajar bersama 13 orang Guru pengiring dari Daystar Child Care Centre Alor Setar, Kedah lawatan sambil belajar(interaktif kraf) Terima kasih kepada Cikgu Lim selaku ketua lawatan semalam sudi ke tempat kami.

Imbas kembali16122023-Terima kasih kepada Guru-guru dan pelajar dari Sekolah kebangsaan Pulau Sebang Melaka lawatan samb...
20/12/2023

Imbas kembali
16122023
-Terima kasih kepada Guru-guru dan pelajar dari Sekolah kebangsaan Pulau Sebang Melaka lawatan sambil belajar seramai 65 orang.
- Pelanggan dari Kamo Homestay join interaktif kraf
18122023
- Terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar, Klang lawatan sambil belajar sekali makan tengahari seramai 38 orang.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. AlhamdulillahAktiviti sepanjang minggu akhir November dan juga 2 minggu pertama Disember...
11/12/2023

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Aktiviti sepanjang minggu akhir November dan juga 2 minggu pertama Disember 2023.. Subhanallah..terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada KZ Kraf Labu Sayong terutamanya aktiviti interaktif kraf yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat khususnya juga masyarakat luar. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada permintaan.. Let's check it out!!
25112023 Terima kasih Dato' Kamil Shafie dan juga rakan-rakan pelukisnya dari Negara Brunei Darussalam
26112023 Terima kasih Pn Fiza sekeluarga dari Seri Iskandar, join kelas interaktif kraf.
27112023 Terima kasih kepada Guru Besar dari Sek Keb Melaka. Lawatan sambil belajar seramai 75 orang
28112023 Terima kasih kepada Guru dan semua pelajar dari Sek Keb Kulim, Kedah... lawatan sambil belajar seramai 38 orang.
29/11/2023 - 1/12/2023 - Menyertai karnival Ohsem Perak anjuran MARA Perak di MARA HQ KL.
30112023 - Terima kasih En Shahril Shamsuddin dan Dr Faizal dari USAS melawat galeri kz kraf.. Insha-Allah hampir siap.
03122023 Terima kasih atas jemputan dari Digital Perak (Hub Multimedia dan Inovasi) mengadakan kelas interaktif bertempat di Mydin Mall Meru.
06122023 Terima kasih sekolah dari Melaka lawatan sambil belajar.
07122023 Terima kasih TN Hj Zainol Abidin dan isteri datang mengambil tempahan labu sayong lepap C sebanyak 60 unit.
08122023 Terima kasih Sek Keb Kulim Kedah,
09122023 Terima kasih Asian Trails company dari Kuala Lumpur..sudi hadir ke kz kraf Kuala Kangsar.
09122023 - 10122023- Menerima jemputan membuat demonstrasi labu sayong sempana program Usha Niaga bersama UDA HOLDINGS di Angsana Ipoh Mall, Perak.
10122023- Kelas Interaktif kraf, peserta dari Shah Alam, port Dickson dan Kuala-Lumpur
11122023 - Hari ini kelas interaktif kraf pelanggan dari Ipoh dan Kota Damansara.

04/12/2023
02122023 Hari ini Kz kraf dikunjungi  warga kerja dari Universiti Petronas, Seri Iskandar Perak seramai 44 orang..diikut...
02/12/2023

02122023 Hari ini Kz kraf dikunjungi warga kerja dari Universiti Petronas, Seri Iskandar Perak seramai 44 orang..diikuti lawatan juga dari Universiti Petronas membawa seramai 30 orang pelajar pertukaran dari Negara Vietnam. Rezeki mereka dapat merasa buah tempatan langsat dan rambutan. Dikatakan tempat mereka tidak terdapat buah-buahan ini termasuk buah kelapa.

Address

No 20 Kg Kepala Bendang
Kuala Kangsar
33040

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60175652164

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kz Kraf Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kz Kraf Enterprise:

Videos

Share

Category

Pembuat , pembekal dan menjual produk Labu Sayong, cenderahati dan porcelain


  • Kami di Kz Kraf juga menyediakan pakej Interaktif Kraf pembuatan asas tembikar untuk orang awam, pelajar juga pelancong luar.

  • Kz Kraf juga menerima tempahan ( custom made) produk mengikut terma dan syarat.

  • Menerima lawatan dari dalam dan luar negara.

  • Memberi perkhidmatan demonstrasi labu sayong secara tradisional dan moden.

    Other Kuala Kangsar convenience stores

    Show All

    You may also like