17/12/2024
Nyamuk Aedes: Tak Kenal Maka Tak Cinta
Demam denggi disebabkan oleh virus denggi. Nyamuk Aedes p**a menjadi orang tengah yang membawa virus ini ke dalam darah manusia. Menariknya, virus yang dibawa oleh nyamuk ini diambil daripada darah manusia lain.
Bagaimana ia berlaku?
Apabila ada manusia yang dijangkiti virus dan menghidap demam denggi, darahnya mengandungi virus denggi.
Jika nyamuk Aedes betina (bukan jantan) menghisap darah orang tersebut, virus akan masuk ke dalam saluran permakanan nyamuk terbabit, seterusnya ke kelenjar air liur dalam tempoh 8 hingga 12 hari.
Selepas daripada tempoh ini, nyamuk betina tersebut boleh menjangkiti orang lain semasa menghisap darah.
Cara nak kenal nyamuk Aedes?
Pertama, lihat pada badan dan kakinya. Ia sangat mudah untuk dikenali kerana mempunyai belang hitam dan putih di badan dan kaki. Anda juga boleh memeriksa air bertakung di kawasan rumah anda. Jika terdapat jejentik, berkemungkinan besar ia adalah milik nyamuk aedes dan bukannya nyamuk biasa.
Selain itu, aedes mempunyai tabiat istimewa, iaitu ia cenderung untuk menggigit di waktu siang berbanding waktu malam yang kebiasaannya kurang aktif. Jadi, sila berhati-hati jika anda digigit nyamuk di waktu siang.
**aumelaka **aumelaka