Al Haddad Mart Kemaman

Al Haddad Mart Kemaman Membekalkan produk keperluan asas keluaran Muslim yang mengutamakan ciri-ciri halal, bersih dan suci
(1)

19/10/2021
26/09/2021
14/12/2020

ESOK. ISNIN // 14.12.2020 // 8.45 PAGI
Saksikan esok, para pelajar TVETPRENEUR dibawah bimbingan Al Haddad Group akan bersiaran secara di slot Assalamualaikum.
Tonton, record & viral.
Yang penting bukan live tu, tapi bila viral selepasnya. Baru orng kenal. Baru orng beli. Baru orang support.

10/11/2020

Burger Ayam Klasik.
𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘤𝘪𝘵𝘢𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘭𝘢𝘴𝘪𝘬.
90.25% isi ayam, bukan isi bayam. Diadun dengan secubit kasih sayang, para dayang. Ditambah p**a lagi dengan ektrak kurma, si teruna.
Tanpa MSG 👍
Dibuka untuk preorder. Nyatakan hasrat anda pada distributor terdekat, jika hati sudah terpikat. 😁

Salam Maulidur Rasul 1442H❤️
29/10/2020

Salam Maulidur Rasul 1442H❤️

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal 1442H

○ ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ ○

07/09/2020

Siapa kata bos kita tak pandai masak?
Haaa. Mesti terkejut kan? Bos sendiri pun terkejut sebenarnya. Dah meniaga sardin kan, kena la tunjuk kepakaran masak sardin sikit. Kita tengok nanti apa bos kita nak masak.
Nantikan nanti 9.9.2020. rabu jam 12.30 tengah hari. Bos kita beraksi dari dapur office, live ke kaca skrin ada.
Diikuti sejurus selepasnya ialah 15 minit flash sales. Ya 15 minit sahaja harga sardin akan runtuh seruntuh runtuhnya sempena masak sardin dan sempena Merdeka.
Dan yang terakhir ialah launching video iklan Aminah. Kualiti mcm kat tv tuuuu~~~
Save the date. !
Pentadbiran Alhadmsb Rahmah Rahmat

10/06/2020

*Program Galakan Mempromosikan Barangan Al Haddad Mart*
Makcik kiah ialah ejen Al Haddad Mart yang baru sahaja mendapatkan barangan dari distributor terdekat. Tanpa berlengah lagi, beliau terus menceritakan kepada sahabat handai termasuklah kedai2 runcit yang ada berdekatan rumahnya. Beliau kemudian meletakkan barangan Al Haddad Mart di kedai-kedai tersebut.

10/06/2020

akan keluar tidak lama lagi. Boleh didapatkan dari distributor terdekat...

Pre-order dibuka sekarang.!

14/01/2020

Selamat Tahun Baru 2020 Masehi, Daripada kami, pengurusan & warga AL HADDAD GROUP

~ Al Haddad Marketing
~ Al Haddad Manufacturing
~ Al Haddad Mart
~ Al Haddad Logistics
~ Al Haddad Care

"Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan p**a kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201)

13/01/2020
07/01/2020

Apa kata kita buka Franchise? Al Haddad Mart. .
Pagi ini kami sempat ber 'shark tank' dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), diketuai oleh Ketua Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Francais PNS, Tuan Md Nazid Mohd Noor dan Ketua Bahagia Utara Tuan Rizal Azwan Ismail.
Siapa yang tidak tahu mengenai shark tank- ia adalah satu rancangan tv yang mana pihak enterprise / company harus meyakinkan pelabur untuk melabur di syarikatnya. Cuma dalam kes ini, PNS melihat potensi AL HADDAD GROUP untuk didaftarkan di bawah PNS sebagai salah satu Franchisor berdaftar di bawah Minister of Finance.
Kalau diikutkan, masyarakat kita agak ke belakang dalam retail industri ini. Kedai runcit, gerai dan kiosk kami tak nafikan tumbuh bagai minyak yang penuh. Tapi secepat dia datang, cepat juga ia pergi. Apa yang kami mahukan adalah Al Haddad Mart menjadi salah satu dari sebahagan kecil industri peruncitan di Malaysia ( uhuk2 -batuk) bukan hanya di monopoli oleh syarikat hijau dan oren.
Progress sedikit demi sedikit. Yang penting jalan terus- tidak guntar meredah badai.


Pentadbiran Alhadmsb, Rahmah Rahmat Mohd Ariffin Karim, Syarifah Nur Safiyah,

27/11/2019

Nantikan detik kelahirannya sedikit masa lagi...

اللهم بارك لنا في التجارة
~ Ya Allah Berkatilah Perniagaan ini ~



24/11/2019

"Fuh berpeluh juga menunggu tarikh ini"
Debaran menanti hari.... Ahad- 24 November 2019 - 8 pagi
InsyaAllah. Nantikan kemunculan kami dari Al Haddad Group di slot Assalamulaikum Tv Al Hijrah pada hari Ahad ini, jam 8.00 pagi. Sediakan telefon bimbit masing-masing. Record / snap gambar dan send ke admin untuk kami reshare & repost.
Semua dijemput untuk mendengar sedikit sebanyak penerangan mengenai Al Haddad dan produk- produk terbaru syarikat. Rahmah Rahmat, Hussain Jamalullail, Pentadbiran Alhadmsb


02/11/2019

Si isteri, sambil melipat kain melihat suaminya bergegas keluar rumah. Jam menunjukkan pukul 2.30. Selesai makan tengah hari, solat, si isteri berehat2 di ruang tamu.

"Bang! ooo Bang! Nak pergi mana tu tengah-tengah hari ni?" Tanya si isteri kepada suaminya.

"Abang nak pergi ambik Aminah sekejap nii. , nak bawak pi pasar. Satgi abang balik la. kejap je" jawab suaminya selambe. Dalam hati, si suami tertawa sendirian.

Si isteri mula berkerut muka. "HAIH BANG! AMINAH? AMINAH MANA P**AK TU? ABANG CAKAP BETUL2 BANG! AMINAH MANA P**A! SAYA DAH AGAK DAH. ABANG SELALU KELUAR MESTI CARI P_R_ _ _ AN LAIN!

Si isteri tidak memberi peluang kepada suaminya untuk menjawab. Si suami terus menyarungkan kasutnya sambil tersenyum simpul. Kalut benar nampaknya.

ABANG! SAYA TENGAH TANYA NI! AMINAH MANA? terus si isteri menyarungkan tudung instan-nya yang tersedia terselit di tepi sofa dan berlari ke tepi pintu.

Si suami terus menaiki motonya. Sebelum berlalu pergi, si suami sempat pusing sambil mengangkat sebotol minyak masak berjenama Aminah. Kecik biji mata si isteri melihat. Dalam hati menahan malu. Si suami terus tersenyum sinis dan meneruskan perjalannyaaa...

P.s.: agaknya kalau masuk iklan radio macam ni dialog minyak masak aminah ni. :D

23/10/2019

Close shot of our crispy, crunchy- spiced chicken.

Using ayam segar tempatan Al Haddad. Washed and cleaned for your ease. 😋

22/10/2019

Ayam dan kesihatan.

Begitu banyak ayam diluar sana yang tidak dihirau akan kebersihannya, kehalalannya, dan dari aspek kesihatannya. Kaji dahulu sebelum membeli.

Biar yang mahal sedikit, asalkan keluarga dapat makan yang halal lagi baik.

22/10/2019

💯 Milik melayu Muslim. AYAM SEGAR TEMPATAN AL HADDAD

Ladang ayam diusahakan oleh peladang di sekitar Perlis dan Kedah. Ada pertanyaan mengenai pemakanannya ?

Sila ajukan kepada kami. InsyaAllah akan dijawab tanpa selindung.

17/10/2019

Tengok la tu ayam yang kami perap ni. Belum siap lagi dah rasa nak makan. Kita perap dulu ayam ni beberapa jam, nak lagi best perap semalaman baru la rempah dia meresap sampai ke dalam. Sapa boleh teka kami nak masak ayam apa ni?

Address

Lot 60172, Jalan Ketapang, Perumahan Permai Indah 6
Kemaman
24000

Telephone

+60129094657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Haddad Mart Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Haddad Mart Kemaman:

Share


Other Convenience Stores in Kemaman

Show All

You may also like