The Johor Collection

The Johor Collection The official Page of The Johor Collection
Identity| Pride| Exclusive
Corporate Merchandise

MAJLIS PENUTUP ASEAN TOURISM FORUM 2025 20 JANUARI 2025, JOHOR BAHRU: Setelah beberapa hari berlangsung di Pusat Konvens...
21/01/2025

MAJLIS PENUTUP ASEAN TOURISM FORUM 2025

20 JANUARI 2025, JOHOR BAHRU: Setelah beberapa hari berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Majlis Penutup dan Majlis Makan Malam ASEAN Tourism Forum 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Diiringi Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya.

ASEAN Tourism Forum 2025 yang melabuhkan tirainya hari ini, telah menjadi platform dan memberikan ruang serta peluang kepada Johor untuk mempromosi produk pelancongan unggul terdapat di negeri ini kepada keluarga besar ASEAN.

Semasa majlis ini, terdapat booth jualan dan pameran menarik yang mempamerkan produk pelancongan dan kebudayaan.Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini.






19/01/2025

PRA PELANCARAN LOGO VISIT JOHOR 2026

JOHOR BAHRU: Johor mencipta detik bersejarah hari ini apabila secara rasminya logo Visit Johor 2026 dilancarkan dengan penuh gemilang, ia disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, semasa pembukaan rasmi ASEAN Tourism Forum 2025 di Johor.

Logo ini menjadi lambang kekayaan warisan Johor dan masa depannya yang cerah, menggabungkan elemen-elemen unik yang mencerminkan identiti negeri ini.



🕋 SALAM JUMAAT 17 REJAB 1446H 🕋Setiap orang pasti akan melalui saat-saat s**ar dan jatuh, namun yang paling penting adal...
17/01/2025

🕋 SALAM JUMAAT 17 REJAB 1446H 🕋

Setiap orang pasti akan melalui saat-saat s**ar dan jatuh, namun yang paling penting adalah bagaimana kita bangkit dan belajar daripada pengalaman tersebut. Kejayaan yang sebenar terletak pada ketahanan, semangat untuk terus maju, dan kebijaksanaan dalam mengatasi cabaran, bukan hanya pada pencapaian yang kelihatan di luar.

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories





ASEAN TOURISM FORUM 2025 TRAVEL EXCHANGE ( TRAVEX )JOHOR BAHRU: Sekitar Program Asean Tourism Forum 2025 Travel Exchange...
15/01/2025

ASEAN TOURISM FORUM 2025 TRAVEL EXCHANGE ( TRAVEX )

JOHOR BAHRU: Sekitar Program Asean Tourism Forum 2025 Travel Exchange bertempat di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.

Bertemakan 'Unity in Motion: Shaping ASEAN's Tourism Tomorrow', ATF 2025 yang dianjurkan di Johor menjadi antara platform terbaik dalam melonjak imej negeri ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul selain turut mengetengahkan keunikan produk dan kepelbagaian segmen yang menjadi daya tarikan pelancong menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

ATF 2025 yang turut tampil dengan program Travel Exchange (TRAVEX) turut menarik lebih 100 pengusaha serta pempamer produk pelancongan domestik dan antarabangsa dengan lebih RM20 juta nilai jualan disasarkan oleh Tourism Malaysia selaku penganjur utama.





15/01/2025
🤲  SALAM JUMAAT 3 REJAB 1446H  🤲   Setiap hari adalah peluang untuk kita melakukan kebaikan, tidak kira sebesar atau sek...
03/01/2025

🤲 SALAM JUMAAT 3 REJAB 1446H 🤲


Setiap hari adalah peluang untuk kita melakukan kebaikan, tidak kira sebesar atau sekecil mana pun. Dengan memanfaatkan setiap kesempatan ini, kita bukan sahaja membuat hidup lebih bermakna, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat di sekeliling kita. Tindakan kecil yang kita ambil boleh membawa perubahan yang besar dan memberi kebahagiaan bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga kepada diri sendiri.


Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories





01/01/2025

🎉 SELAMAT TAHUN BARU 2025 🎉

Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini membawa peluang baru, kejayaan yang lebih gemilang, dan kebahagiaan yang tiada tandingan. Mari kita buka lembaran baru dengan semangat positif dan tekad untuk mencapai impian kita. Semoga setiap langkah yang diambil dipenuhi dengan keberkatan dan setiap cabaran yang datang memberi kita pengajaran yang berharga. Tahun baru, harapan baru!

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories




🕋  SALAM JUMAAT 25 JAMADILAKHIR 1446H  🕋    MUTIARA KATA Kegagalan yang kita hadapi pada masa kini bukanlah pengakhiran,...
27/12/2024

🕋 SALAM JUMAAT 25 JAMADILAKHIR 1446H 🕋

MUTIARA KATA

Kegagalan yang kita hadapi pada masa kini bukanlah pengakhiran, sebaliknya ia merupakan satu proses yang penting dalam perjalanan menuju kejayaan. Kegagalan memberi kita peluang untuk belajar, memperbaiki kelemahan, dan menjadi lebih matang. Setiap kesilapan atau kegagalan yang berlaku mengajar kita sesuatu yang berharga, yang akhirnya membantu kita untuk berjaya pada masa depan.

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories




‼️ The Johor Collection are currently hiring : Souvenir Centre Supervisor‼️  Join The Johor Collection Souvenir Centre, ...
24/12/2024

‼️ The Johor Collection are currently hiring : Souvenir Centre Supervisor‼️

Join The Johor Collection Souvenir Centre, where we celebrate Johor's heritage through unique and timeless souvenirs!

💼 Position: Assistant Executive, Supervisor, Sales Assistant, General Assistant, Social Media Content Creator
⏰ Type: Full-Time

📝 How to Apply:
Email your CV / Resume to [[email protected]] or contact us at 07-510 4503 / 019-540 4503

📢 If you meet the requirement as mention, we are waiting for you! Tag your friends or share this post—this could be their dream job!

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories





🕋 SALAM JUMAAT 18 JAMADILAKHIR 1446H 🕋  MUTIARA KATA  Pengalaman menghadapi kesulitan atau ujian dalam hidup dapat mengu...
20/12/2024

🕋 SALAM JUMAAT 18 JAMADILAKHIR 1446H 🕋

MUTIARA KATA

Pengalaman menghadapi kesulitan atau ujian dalam hidup dapat menguatkan jiwa dan membentuk keperibadian kita. Setiap cabaran yang dilalui memberi peluang untuk belajar, berkembang, dan meningkatkan daya tahan. Walaupun ia mungkin memberi tekanan atau kesakitan pada awalnya, ia akhirnya membantu kita untuk menjadi lebih matang, berdaya saing, dan lebih bersedia menghadapi ujian di masa hadapan.

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories




Apa Ek..?    Siapa je dekat sini s**a makan makanan pedas, saya pun s**a kalau makan pedas, kalau tak ada air masa makan...
10/12/2024

Apa Ek..?

Siapa je dekat sini s**a makan makanan pedas, saya pun s**a kalau makan pedas, kalau tak ada air masa makan nanti pijor lah tapi. Korang cuba share dekat kami makanan pedas apa yang korang s**an makan.

Jangan lupa juga follow, like dan share media sosial rasmi The Johor Collection ya korang


Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories




MAJLIS KEMUNCAK PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PRODUK LESTARI, PENGUKUHAN EKONOMI SERTA PEMERKASAN ILMU, PENDUDUK FELDA APING T...
09/12/2024

MAJLIS KEMUNCAK PROGRAM PEMINDAHAN ILMU PRODUK LESTARI, PENGUKUHAN EKONOMI SERTA PEMERKASAN ILMU, PENDUDUK FELDA APING TIMUR, PENDUDUK FELDA APING TIMUR, KOTA TINGGI, JOHOR

8/12/2024, Felda Aping Timur, Kota Tinggi, Johor

Pihak-pihak yang terlibat adalah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, melalui Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah mengadakan Majlis Kemuncak Program Pemindahan Ilmu Produk Lestari, Pengukuhan Ekonomi Serta Pemerkasaan Ilmu, Penduduk Felda Aping Timur, Kota Tinggi, Johor. Program ini umumnya bertujuan memindahkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang boleh menyumbang kepada penjanaan pendapatan sampingan dan peningkatan taraf hidup, serta peningkatan kesedaran kelestarian dan minat ke arah sains dan teknologi dari generasi ketiga di Felda Bukit Aping Timur.

Antara aktiviti yang telah berlangsung, majlis ini dianjurkan untuk mempamerkan hasil aktiviti dan produk yang dihasilkan melalui program pemindahan ilAhamu ini, yang menerima dana daripada KTP-RIG UTM serta dana padanan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi. Keempat-empat sub-projek akan diadakan serentak sebagai pameran untuk menyebarkan maklumat kepada pihak UTM dan penyumbang dana padanan.

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories





SALAM JUMAAT 4 JAMADILAKHIR 1446H  🤲   "Jangan berprasangka buruk dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai cerita...
06/12/2024

SALAM JUMAAT 4 JAMADILAKHIR 1446H 🤲

"Jangan berprasangka buruk dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai cerita dan perjuangan yang berbeza. Prasangka buruk sering kali timbul tanpa memahami sepenuhnya situasi sebenar, dan ia boleh menyebabkan salah faham, perpecahan, atau kesedihan. Sebaiknya, berikan kebaikan dan peluang kepada orang lain sebelum membuat andaian. Ingatlah, kadangkala apa yang kita lihat tidak menggambarkan keseluruhan realiti seseorang."

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories

🎉 Tahniah Aida Irdina! 🏆Anda berjaya meneka dengan tepat dalam permainan teka guli kali ini! 🤩👏Hebat betul pengetahuan d...
04/12/2024

🎉 Tahniah Aida Irdina! 🏆

Anda berjaya meneka dengan tepat dalam permainan teka guli kali ini! 🤩👏

Hebat betul pengetahuan dan naluri anda dalam teka-teki guli! Anda bukan saja berjaya, tetapi juga menunjukkan ketelitian dan ketajaman dalam berfikir. Teruskan mencabar diri dan mencipta kejayaan! 💡💥

Semoga kemenangan ini membawa lebih banyak kejayaan di masa depan! 🌟

Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories




03/12/2024

‼️ THE JOHOR COLLECTION SDN BHD
WE ARE HIRING ‼️

POSITION: SOUVENIR CENTRE SUPERVISOR

JOM SERTAI TEAM TJC SEKARANG. JIKA ANDA MEMPUNYAI KELAYAKKAN SEPERTI DI ATAS. TJC ADALAH TEMPAT NYA...!!!

SILA HUBUNGI KAMI:
07-510 4503 / 019-540 4503

HANTAR EMEL KE:
[email protected]


Identity | Pride | Exclusive
Sharing Identity, Creating Memories





The official Page of The Johor Collection
Identity| Pride| Exclusive
Corporate Merchandise

Waktu Operasi Terkini The Johor Collection Souvenir Centre, Jalan DhobyHari:Rabu - Isnin ( Buka )Selasa ( Tutup )Waktu:9...
02/12/2024

Waktu Operasi Terkini The Johor Collection Souvenir Centre, Jalan Dhoby

Hari:
Rabu - Isnin ( Buka )
Selasa ( Tutup )

Waktu:
9.00 am - 6.00 pm



Hari Ke-3: Telah berlangsung Karnival Iskandar Puteri 2024 di Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru.Karnival Iskandar Put...
24/11/2024

Hari Ke-3:
Telah berlangsung Karnival Iskandar Puteri 2024 di Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Karnival Iskandar Puteri 2024

Tarikh: 22-24 November 2024

Masa: 3:00 Petang (Jumaat)
8:00 Pagi - 11:00 Mlm
(Sabtu & Ahad)

Tempat: Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru

Jom semua hadir beramai-ramai pada 22-24 November ini. Jumpa anda di sana!




DAULAT TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Per...
22/11/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku. Pada 22 November 2024 Bersamaan 20 Jamadilawal 1446H.

Semoga Allah merahmati usia Seri Paduka Baginda Tuanku.


Identity | Pride | Exclusive

Sharing Identity, Creating Memories

Address

Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Kangkar Bahru
79503

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6075104503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Johor Collection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Johor Collection:

Videos

Share

Category