Salic Goat Bangi Susu Kambing

Salic Goat Bangi Susu Kambing PM, whatsapp atau SMS 012-6143080 Produk Salic goat. PM, whatsapp atau SMS 012 6143080

Satu-satunya stok salic yang tinggal Shahada Mart Bangi. Tapi jangan risau, petang ini stok baru dijangka sampai ๐Ÿ˜Š
29/02/2024

Satu-satunya stok salic yang tinggal Shahada Mart Bangi.

Tapi jangan risau, petang ini stok baru dijangka sampai ๐Ÿ˜Š




21/09/2023
Baru discuss perbezaan pure goat / susu kambing 100% asli.Antara tips yang saya dapat, utk bezakan 100% asli goat ialah ...
01/09/2023

Baru discuss perbezaan pure goat / susu kambing 100% asli.

Antara tips yang saya dapat, utk bezakan 100% asli goat ialah membuat ujian sendiri di rumah. Ambil secawan air sejuk letakkan susu ke dlmnya. Sekiranya susu terapung di permukaan air maka ia benar asli sebab susu adalah adanya lemak. Perlu di shake atau dikacau lama sedikit utk larut dlm air.
Kalau susu itu terus larut maka susu tersebut ada campuran bahan lain.

Cubalah

Ramai cari susu Salic GoatAlhamdulillah banyak stok kat kedai ini.Meh laa
25/07/2023

Ramai cari susu Salic Goat
Alhamdulillah banyak stok kat kedai ini.
Meh laa

Susu Salic goat adalah susu kambing Asli dari Kambing baka SAANEN iaitu salah satu antara Baka Kambing Susu Terbaik.โœ…Tia...
18/12/2022

Susu Salic goat adalah susu kambing Asli dari Kambing baka SAANEN iaitu salah satu antara Baka Kambing Susu Terbaik.

โœ…Tiada sebarang TAMBAHAN PENGAWET
โœ…Tiada sebarang TAMBAHAN PERASA / PEMANIS
โœ…Tiada sebarang TAMBAHAN PEWARNA
โœ…Tiada sebarang TAMBAHAN MALTODEKSTRIN

Stok Salic goat baru sampai @ shahadamart, Seksyen 9 Bangi.Siapa yang pernah cuba susu ni mesti tercari-cari.
24/07/2022

Stok Salic goat baru sampai @ shahadamart, Seksyen 9 Bangi.
Siapa yang pernah cuba susu ni mesti tercari-cari.


Salic goat menjadi pilihan mereka yang mencari susu kambing 100% asli
27/05/2022

Salic goat menjadi pilihan mereka yang mencari susu kambing 100% asli

Susu kambing besar manfaatnya!Oleh Nor โ€˜Asyikin Mat Hayinasyikin.mat@hmetro.com.my๏ฟผ๏ฟผSsusu kambing tinggi khasiat.TIDAK r...
27/04/2022

Susu kambing besar manfaatnya!

Oleh Nor โ€˜Asyikin Mat Hayin

[email protected]

๏ฟผ๏ฟผSsusu kambing tinggi khasiat.

TIDAK ramai gemar minum susu kambing kerana baunya sedikit hamis yang boleh mencetuskan rasa loya kepada individu yang sensitif terhadap bau berkenaan.

Ini menyebabkan ramai lebih cenderung memilih susu lembu atau soya bagi mendapatkan sumber kalsium penting untuk kesihatan dan mengekalkan tulang yang kuat.

Susu juga kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh bagi kanak dan orang dewasa.

Neuroversiti mendedahkan khasiat susu kambing berdasarkan kajian dilakukan penyelidik dari University of Spain, Sepanyol pada 2007.

Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, susu kambing mempunyai kalsium tinggi dan secawan susu itu membekalkan 327 miligram (mg) kalsium.

"Susu ini juga kaya dengan vitamin D iaitu satu nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

"Selain itu, ia mempunyai protein yang bertindak sebagai ejen antiosteoporosis dikenali sebagai CSN1S2.

"Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal 'Molecule' pada 2014, susu kambing dapat menghalang berlakunya penyakit tulang rapuh (osteoporosis) terhadap pesakit yang mengidap artritis rheumatoid," katanya.

Dr Rizal berkata, kandungan 'conjugate linoleic acid' pada susu kambing membantu perkembangan otak.

"Kehadiran lipid dalam susu kambing p**a dapat mengurangkan masalah kebimbangan," katanya.

Menurutnya, susu kambing turut bertindak sebagai ejen metabolik yang baik kerana mampu meningkatkan penggunaan metabolik mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus.

"Ia mempunyai 'A2 beta-casein' (protein) iaitu lebih baik daripada 'A1 beta-casein' yang terdapat dalam susu lembu.

"A2 beta-casein adalah sejenis beta-casein yang lebih selamat berbanding 'A1 beta-casein', dipercayai boleh menyebabkan penyakit kencing manis tahap satu," katanya.

Kata Dr Rizal, A2 beta-casein dalam susu kambing menyamai susu ibu yang sangat baik untuk kesihatan manusia.

Ia turut mampu mengurangkan alahan selepas habis tempoh penyusuan ibu.

Dr Rizal berkata, khasiat susu kambing sangat baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan magnesium dalam susu berkenaan.

"Ia (magnesium) seperti yang dilaporkan di dalam 'International Journal of Food Properties' tahun lalu, ia adalah mineral yang baik untuk jantung dan membantu mengekalkan denyutan normal serta menghalang pembentukan darah beku.

"Magnesium berfungsi bersama vitamin D adalah nutrisi penting untuk jantung.

"Asid lemak rantaian sederhana pada susu kambing p**a lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia membantu menurunkan tahap kolesterol dan bagus merawat penyakit koronari," katanya.

Jelas Dr Rizal, unsur kimia pada susu kambing iaitu asid lemak dan trigliserida berupaya meningkatkan kesihatan kulit.

Selain itu, ia kaya dengan vitamin A yang sangat diperlukan kulit.

"Pada masa yang sama, kandungan laktid asid dalam susu kambing dapat melembap dan mencerahkan kulit.

"Ditambah p**a penggunaan susu kambing untuk mencuci muka dapat meningkatkan kesihatan kulit," katanya.

Kata Dr Rizal lagi, istimewanya susu kambing ialah ia mencetuskan tindak balas imun adaptif dan semula jadi yang berupaya menghalang keradangan dalam tubuh manusia.

"Ini kerana komponen oligosakarida pada susu kambing yang bersifat antiradangan dapat mengurangkan keradangan penyakit usus," katanya.

Beliau berkata, kandungan laktosa yang rendah menjadikan susu kambing sebagai pilihan baik bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

"Sifatnya mudah hadam menjadikan ia sesuai diminum bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.

"Sebaik-baiknya pastikan susu kambing yang dipilih tidak dicampur bahan perasa, pewarna dan pengawet bagi mengekalkan keaslian serta khasiat susu berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 6:10am

06/03/2022

Renungnan Buat Ibu Bapa

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan celaan - dia akan belajar memaki.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan cemuhan - dia akan belajar rendah diri.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan permusuhan - dia akan belajar berdendam.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan hinaan - dia akan belajar menyesali diri.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan dorongan - dia akan belajar percaya diri.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan pujian - dia akan belajar menghargai.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan rasa aman - dia akan belajar menaruh kepercayaan.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan dorongan - dia akan belajar menyenangi diri sendiri.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan toleransi - dia akan belajar menahan diri.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan - dia belajar keadilan.

๐Ÿ’ฅJika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan - dia akan belajar menemukan cinta
dalam hidupnya.
*(Al-Hikmah)

06/03/2022

Ilmu untuk kita semua

Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.

Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.

Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN.

Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai ibu kepada anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya.

Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu bukan sekadar untuk memastikan si isteri tidak mengandung ketika suaminya meninggal dunia, tetapi juga supaya keluarga si arwah dan "semua orang" dapat bertenang dan tak perlu "gelabah beruk" dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh "kami ni nak merasa juga harta si arwah". Masa arwah masih hidup kenapa "malu-malu untuk mintak hartanya". Mengapa perlu tunggu dia mati???

Hukum ke atas Penerima Faraid menanggung balu di dalam edah dan menanggung kehidupan anak-anak yatim sehingga dewasa dan boleh berdikari sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia.

Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP, tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU.

Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu?? ๐Ÿค”

Letih laaa jadi isteri jika hadiah anniversary dari suami setiap tahun perkahwinan itu perlu dibahagi-bahagikan dengan adik-beradik suami selepas suami mati. Lebih baik suami belikan hadiah untuk adik-beradik dia sahaja setiap kali sambut anniversary dengan isteri. "Nahh Abang Long, ni jam tangan mewah harga RM 27 ribu hadiah untuk Abang Long sempena Anniversary aku dengan wife aku yang ke-1 tahun. More to come, setiap tahun Abang Long akan dapat hadiah sempena sambutan Anniversary Perkahwinan kami." Letihhhhh...

Islam itu sudah cukup sempurna. Patuhi hukum agama dan jangan berebut dengan harta dunia yang kita sangkakan harta faraid itu adalah hak kita tetapi sebenarnya adalah "penyerahan tanggungjawab memberi nafkah" kepada insan yang ditinggalkan oleh lelaki di dalam keluarga kita yang sudah meninggal dunia.

Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat s**a "acah takut" apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya "acah bimbang" si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya?

KEPADA SEMUA WANITA..

Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah.
Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita.

Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya, sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi. Hakim menetapkan semua harta yang ada di dalam rumah atas nama arwah itu dibahagi dua. Jika tiada kesepakatan dalam pembahagian, maka ianya perlu dijual dan wang diperolehi dibahagi dua.

Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka. Rakan saya mengalirkan airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka.

Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai "janda kaya tak sedar diri" kerana mahu sofa (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya.

Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut.

KEPADA ORANG LELAKI..

Pertama:
Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA "kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja". Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang "tidak pernah bekerja", "lurus bendul" itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya??

Kedua:
INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP "bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul". Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. "Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah" kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan ber-perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.

Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda mengambil 6 batang sudu hak anak anda yang menjadi anak yatim kerana adik-beradik anda sangkakan semua harta anda adalah harta faraid?? Fikir-fikirkanlah.

Dr. Kayra
Putrajaya.

Peringatan:
Saya TIDAK BENARKAN agen insurans untuk guna penulisan saya dalam apa sahaja cara sama ada dengan share atau copypaste atau apa sahaja cara untuk promosi insurans jualan anda. Harap Maklum.

Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabny...
05/03/2022

Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.

Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.

1) Doakan anak s**a solat dan baca Al Quran.

2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.

3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.

4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.

5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.

6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.

7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.

8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.

9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.

10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.

Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).

Saya berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak di Channel Telegram setiap hari ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://t.me/NotaRedzaZainol

"Kau penat, aku pun penat..."Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat ...
05/03/2022

"Kau penat, aku pun penat..."

Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat keje, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka...

Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yg larat sahaja, tak boleh buat, tinggal...jgn paksa diri, jangan nak semua perfect...
"Malam ni masak apa...?"
Wife jawab tak tahu lg, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat keje sekolah...

Terus saya jawab, "Tak payah masak, abang tapau mkn malam..."
Balik rumah, smpai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian...panggil anak, mintak dia ambik bakul...saya kutip, bawak masuk dalam rumah...lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat...

Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,"kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini..." saya dah PENAT keje kot...takkan balik rumah kena buat macam2 lagi...
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada keje dia sendiri...isteri bukan membuta dari pagi smpai ke petang...isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa...jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA2...

Larat kemas, kemas..tak larat biar bersepah...larat masak, masak...tak larat kita tapau luar...larat lipat baju, lipat...tak larat, esok kita buat...

Ada yg jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat...boleh, teruskan dan buatlah...tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nk buat macam tu...
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua2 kena rasa...kalau salah seorang sahaja yg PENAT, maka rumahtangga tu TENAT...โœŒ๏ธ

Kredit: Firdaus Shakirin

Khas untuk ibu ayah semua : Jgn pernah LETIH untuk berdoa..Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat p...
25/02/2022

Khas untuk ibu ayah semua : Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat pop**ar di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :
" Aku bersumpah demi Allah.,wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,dan aku bersumpah demi Allah,agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

Doanya:
*(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat In Shaa' Allah

Good Things take time
25/02/2022

Good Things take time

Allah....has power over all things! โคLike + Share to spread this beautiful reminder!
20/02/2022

Allah....has power over all things! โค

Like + Share to spread this beautiful reminder!

Pilihan ibu ayah yang mencari susu kambing 100% tulen tanpa bahan campuran lain
30/01/2022

Pilihan ibu ayah yang mencari susu kambing 100% tulen tanpa bahan campuran lain

Pic ini menunjukkan seseorang telah ambil bahagian dia, tetapi pada waktu yang sama dia telah merosakkan bahagian orang ...
30/01/2022

Pic ini menunjukkan seseorang telah ambil bahagian dia, tetapi pada waktu yang sama dia telah merosakkan bahagian orang lain, walhal kalau di tanya sudah tentu dia akan berkata: Saya cuma ambil bahagian saya. Hakikatnya dia telah rosakkan bahagian orang lain.

Moral cerita:
Sesiapa pun boleh tuntut dan ambil hak dia, tetapi jangan ambilnya melalui pandangan sendiri sehingga menyusahkan orang lain.

Tidak semua yang sama adalah adil.

๐“ค๐“ผ๐“ฝ ๐“๐“ฑ๐“ถ๐“ช๐“ญ ๐“ฑ๐“ณ ๐“จ๐“ช๐“ต๐“ฎ๐“ฎ
๐”ป๐•’๐•ฃ ๐”ธ๐•“๐•ฆ๐•™๐•’๐•ฅ๐•–๐•–๐•ž ๐”ธ๐• ๐•„๐•’๐•œ๐•œ๐•š
๐‘ป๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•

Salic Goat - Stokis BangiSALIC GOAT - Serbuk Susu Kambing AsliโŒ Tanpa Krimer Bukan TenusuโŒ Tanpa Perisa TambahanโŒ Tanpa ...
18/01/2022

Salic Goat - Stokis Bangi
SALIC GOAT - Serbuk Susu Kambing Asli

โŒ Tanpa Krimer Bukan Tenusu
โŒ Tanpa Perisa Tambahan
โŒ Tanpa Maltodekstrin
โŒ Tanpa Gula Tiruan
โŒ Tanpa Penstabil

WHATSAPP : www.wasap.my/60126143080/SalicGoat

Address

Salic Goat @ Shahada Mart, 35-G-1, Jalan Medan PB 1A, Seksyen 9
Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salic Goat Bangi Susu Kambing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Our Story

Kami merupakan Stokist Susu Pisang Nilofa bagi kawasan Selangor. PM, whatsapp atau SMS 012 6143080

Nearby convenience stores


Other Convenience Stores in Bangi

Show All