Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia. Group FB: https://www.faceb 1.

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) merupakan sebuah persatuan yang berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah ditubuhkan pada 7 Disember 1975 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan mahasiswa anak Johor di UKM.

2. PERMAJ UKM lebih menumpukan program-program bersifat kemasyarakatan dan perpaduan, kepimpinan dan latihan kendiri, motivasi dan ilmi

ah, akademik dan kerjaya serta kreativiti dan inovasi, sama ada untuk para ahli iaitu seluruh mahasiswa Johor di UKM dan juga demi kepentingan masyarakat Johor amnya.

3. PERMAJ UKM sentiasa komited untuk menyatu dan menghimpunkan seluruh mahasiswa, kakitangan dan pensyarah di UKM yang berasal dari Negeri Johor Darul Ta’zim, serta seluruh mahasiswa dari semua IPTA.

4. PERMAJ UKM juga bergerak aktif melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai sebuah persatuan yang menerajui seluruh mahasiswa Johor bukan sahaja di UKM, malah di seluruh IPTA.

:: CEMERLANG BERSAMA JOHOR :: PERMAJ adalah Kita, Kita adalah PERMAJ ::

[ SEKALUNG PENGHARGAAN]Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan Persatuan Mahasisw...
15/08/2023

[ SEKALUNG PENGHARGAAN]

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM sesi 2022/2023 di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Segala khidmat sepanjang sesi 2022/2023 amat dihargai dan jelas memberi manfaat kepada semua mahasiswa anak Johor di UKM.

Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan kalian dalam menjaga kebajikan pelajar dan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program yang menarik sepanjang sesi berlangsung.

Jasa dan bakti yang dicurahkan akan dikenang selamanya.



[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR UKM KE-47]Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.Sukacitanya dimak...
03/07/2023

[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR UKM KE-47]

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membuat pembentangan laporan aktiviti tahunan dan laporan kewangan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) sepanjang sesi 2022/2023 serta membuat perlantikan ahli jawatankuasa bagi sesi seterusnya.

Mesyuarat ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Julai 2023
Masa: 8.30 Malam
Hari: Isnin
Tempat: Zoom

Link Zoom akan diberikan kemudian.

Dijemput semua barisan exco PERMAJ untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiwa Anak Johor kali ke-47 ini.

Sekian, Terima Kasih.

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2022/2023

‼️ VARSITY SKILL ENHANCEMENT: PROTOKOL UKM‼️Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) akan mengadakan Bengkel Pr...
14/06/2023

‼️ VARSITY SKILL ENHANCEMENT: PROTOKOL UKM‼️

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) akan mengadakan Bengkel Protokol yang akan disampaikan oleh Encik Saipulizam, Timbalan Pengarah Pengurusan & Khidmat Korporat.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah dapat sama sama kita ketahui tatacara dan prosedur mengendalikan program-program di UKM.

📍 Hari: Sabtu
📆 Tarikh: 17 Jun 2023
⏰ Masa: 10:00 am -1:30pm
🏫 Tempat: Dewan Kuliah 5, FEP

Peserta yang sertai program ini bakal diberikan :
✅ Merit Istar
✅ E-Sijil

🔗Link pendaftaran:
https://forms.gle/ygkmtBb521qSNyM56

Jumpa kalian semua di masa dan tempat yang sama! Terima kasih 🙌

Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Sesi 2022/2023
Universiti Kebangsaan Malaysia

[PROGRAM BICARA ALUMNI PERMAJ]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM akan mengadakan seb...
31/05/2023

[PROGRAM BICARA ALUMNI PERMAJ]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM akan mengadakan sebuah program Bicara Alumni, yang bertujuan untuk mewujudkan medium perkongsian ilmu kepada warga UKM & masyarakat, di samping mengukuhkan jaringan bersama para alumni melalui penglibatan bersama.

Panel Jemputan: Prof Madya Dr Zaizul Ab Rahman

📌 Topik : Ibadah Korban, Suatu
Perjuangan
📌 Tarikh: 2 Jun 2022 (Jumaat)
📌 Masa: 8:30PM - 10:30PM
📌 Tempat: Google Meet

Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/pChimPGVD4KahHJfA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:

Natasya :https://wa.me/60104208014
Ismahani:https://wa.me/601119139368

Sekian, Terima Kasih.

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2022/2023
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



[MALAM TELUK BELANGA]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Berikut merupakan sedutan gambar di Majlis Malam Teluk Belanga ...
23/05/2023

[MALAM TELUK BELANGA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut merupakan sedutan gambar di Majlis Malam Teluk Belanga Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ).

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Malam Teluk Belanga Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ).

Hadir sama, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah silaturahim antara kita.



[ Majlis Rumah Terbuka YPJ]Berikut merupakan sedutan gambar  di Majlis Rumah Terbuka Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Se...
17/05/2023

[ Majlis Rumah Terbuka YPJ]

Berikut merupakan sedutan gambar di Majlis Rumah Terbuka Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Seberguna Johor Bahru pada 16 Mei 2023.

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Pelajaran Johor di atas jemputan yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah silaturahim antara kita.



  I Syarat & Format PertandinganAssalamualaikum dan Salam Maju Johor,Berikut merupakan syarat serta format yang digunaka...
09/05/2023

I Syarat & Format Pertandingan

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor,

Berikut merupakan syarat serta format yang digunakan bagi Kejohanan Badminton Anak Negeri bagi tahun 2023. Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan peserta daripada 12 Persatuan Anak Negeri di UKM dan bakal menghimpunkan para Atlet Badminton seluruh UKM.

📌 Tarikh : 13 Mei - 14 Mei 2023
📌 Hari : Sabtu - Ahad
📌 Tempat : Dewan Besar, Kolej Keris Mas

Serta tidak dilupakan juga, hadiah lumayan menanti para pemenang:

Johan : RM 350.00
Naib Johan : RM250.00
Ketiga : RM 150.00

“ Smash Your Way To The Top”

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Syed Hadi : 011-2311 4540
Aiman : 011-2381 3029




[KEJOHANAN BADMINTON ANAK NEGERI 2023]Assalamualaikum dan Salam Maju Johor,Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM julung kal...
09/05/2023

[KEJOHANAN BADMINTON ANAK NEGERI 2023]

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor,

Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM julung kalinya akan mengadakan Kejohanan Badminton Anak Negeri yang berformatkan Piala Sudirman. Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan peserta daripada 12 Persatuan Anak Negeri di UKM.

Info kejohanan adalah seperti berikut :

📌 Tarikh : 13 Mei - 14 Mei 2023
📌 Hari : Sabtu - Ahad
📌 Tempat : Dewan Besar, Kolej Keris Mas

Ayuh bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing serta meraikan kegemilangan temasya sukan ini.

" Smash Your Way To The Top "

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Syed Hadi : 011-2311 4540
Aiman : 011-2381 3029




[PEMENANG PERTANDINGAN OOTD RAYA]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin ...
08/05/2023

[PEMENANG PERTANDINGAN OOTD RAYA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang melibatkan diri dalam menjayakan Pertandingan Ootd Raya..

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang berikut.

Johan : .__
Naib Johan :
Ketiga:
Keempat :
Kelima:

Jangan lupa untuk terus ikuti kami di media sosial rasmi PERMAJ untuk mendapatkan semua info terkini berkaitan pertandingan serta program-program yang akan datang.

Terima kasih sekali lagi,
Kepada semua yang turut serta,
OOTD Raya yang memukau hati,
Cantik sekali tidak terkata.




[ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK ] Kami daripada Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak 2...
04/05/2023

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK ]

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak 2023 kepada semua rakyat Malaysia yang menganut agama Buddha khususnya warga Buddha UKM.

Semoga hari perayaan pada tahun ini menjadi penuh bermakna untuk semuanya.



[ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA]Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari P...
01/05/2023

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA]

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023 kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga kerja UKM.

Semoga hak serta kebajikan pekerja di negara ini terus terpelihara selaras dengan konsep Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan.

" Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani"



[HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR] Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Ma...
23/03/2023

[HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR]

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H.

Sembah Takzim daripada kami Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM (PERMAJ) sesi 2022/2023.

Allah Peliharakan Sultan



[ PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena Ramadhan pada tahun ini, kami dari Persatuan Ma...
23/03/2023

[ PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Ramadhan pada tahun ini, kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin menjemput anda semua Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersama-sama meraikan bulan keberkatan ini dengan program-program yang bermanfaat.

1. Poster Sunat Apa Hari Ini (23/3-21/4 2023)
2. Tadarus Al Quran (23/3-7/4/2023)
3. Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jamaie (14/4/2023)

Program Ramadhan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i UKM. Insyaallah banyak manfaat akan diberikan dalam program-program ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di media sosial rasmi untuk mendapatkan semua info terkini berkaitan program-program sepanjang ramadhan pada kali ini.

Instagram : https://instagram.com/permaj.ukm?igshid=ZDdkNTZiNTM=

Facebook : https://www.facebook.com/seindahmemori.permaj?mibextid=ZbWKwL




[ Salam Ramadhan 1444H ]Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh u...
22/03/2023

[ Salam Ramadhan 1444H ]

Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam khususnya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya .Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

Akhir kata,Indah malam kerana bintang. Indah taman kerana bunga. Indah cinta kerana kasih sayang. Indah hidup kerana silaturahim. Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan beribadah.




[1HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ] Daripada Abu Said Al-Kudhri R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapun yang berpuas...
22/03/2023

[1HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ]

Daripada Abu Said Al-Kudhri R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapun yang berpuasa selama satu hari demi Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka dengan jarak tempuh selama tujuh tahun.

( Hadith Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)



[ 2 HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ] Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila sampai bulan rama...
21/03/2023

[ 2 HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ]

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila sampai bulan ramadhan semua pintu syurga dibuga dan pintu-pintu neraka p**a ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

( Hadith Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)



[ 3 HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ] “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah S.W.T., serta me...
20/03/2023

[ 3 HARI LAGI SEBELUM RAMADHAN ]

“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah S.W.T., serta mengharapkan keredhaanNya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.”

( Hadith Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)



[Program Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadan✨]Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ UKM) amat berbesar hati untuk me...
19/03/2023

[Program Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadan✨]

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ UKM) amat berbesar hati untuk mengajak mahasiswa/i UKM menyertai program tadarus yang akan diadakan secara hybrid sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Berikut merupakan perincian Program Tadarus Al-Quran yang bakal dijalankan:

Tarikh 🗓️ : 23 Mac - 7 April 2023
Platform 📱: atas talian / masjid

Link google form pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeJbjv6bWmBZeV9XqxDC3DvERv9Xo5Zcg_pKpykbOXK3awzDA/viewform?usp=sf_link

“Bacalah ayat-ayat Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat akan datang memberi syafaat yang baik kepada pembacanya,” (HR. Muslim)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Wawa 🧕🏼- https://wa.me/60108039678
Ismahani 🧕🏻 - https://wa.me/601119139368

Exco Kebajikan dan Kerohanian
Persatuan Mahasiswa Anak Johor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Address

Aras 3, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ):

Videos

Share