LalaLuna205

LalaLuna205 i like, i share

05/02/2025
Salam...selamat pagi ๐ŸŒท
04/02/2025

Salam...selamat pagi ๐ŸŒท

31/01/2025

Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital..Sebelum keluar dr hospital bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm p**ang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita p**ang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita
โ€œBila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!" April 19, 2017
Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.
Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.
KES SATU*1โƒฃ
Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ***** ******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.
Di hujung p**a, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.
Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak p**a menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.
Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.
KES DUA*2โƒฃ
Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.
Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh.Matanya tepatmemandang ke arah aku.
Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.
โ€œLaa, pasaipa abang pi hembus?
Sat lagi kecoh wad,โ€
Tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.
KES TIGA*3โƒฃ
Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki,rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut.
Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.
Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.
Bukan kita tengok dan kata pada ayah,โ€œAyah, mengucap ayah. Mengucapโ€ฆโ€sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini.
Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.
Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.
Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.
KES EMPAT*4โƒฃ
Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.
KES LIMA*5โƒฃ
Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit.
Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang.
Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut.Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.
Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum p**ang ke rumah. Amalkanlah.
Kita tak tahu apa yang mengikut kita p**ang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.
kredit : Ariff Budiman Zainal Abidin .

Salam 1 Sya'ban ๐ŸŒท
31/01/2025

Salam 1 Sya'ban ๐ŸŒท

30/01/2025

Hari ini bermula malam kutub di Alaska! Mereka tidak akan melihat cahaya matahari sehingga 23 Januari 2025.
Ini kerana matahari tidak naik ke utara Bulatan Artik kerana kecondongan Bumi.
Sebanyak 67 hari akan berlalu tanpa matahari

29/01/2025

Salam, Jawapan agak panjang dan sukar diringkaskan, begini. Antara dalil paling utama dalam hal persoalan sdr adalah hadis

ู„ูŽุนูŽู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ุฎูŽู…ู’ุฑูŽุŒ ูˆูŽุดูŽุงุฑูุจูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุณูŽุงู‚ููŠูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฆูุนูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู…ูุจู’ุชูŽุงุนูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุนูŽุงุตูุฑูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู…ูุนู’ุชูŽุตูุฑูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุญูŽุงู…ูู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุงู„ู…ูŽุญู’ู…ููˆู„ูŽุฉูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุขูƒูู„ูŽ ุซูŽู…ูŽู†ูู‡ูŽุง

Ertinya : โ€œRasulullah SAW melaknat arak itu sendiri, orang yang meminumnya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang membelinya, yang memerahnya, yang minta diperahkan, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, serta orang yang memakan keuntungannya. (Riwayat Abu Dawud, no. 3674; Ibnu Majah, no. 3380)

Hadis ini jelas memperluas pengharaman bukan sekadar meminum arak, tetapi meliputi semua pihak yang terlibat secara langsung dalam rantaian aktiviti penghasilan, pengedaran, promosi, dan penjualan arak.

Hadis lain adalah :
ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุซูŽู…ูŽู†ูŽู‡ู
Ertinya: โ€œSesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan (keuntungan) daripada hasil tersebut.โ€ (Riwayat Abu Dawud, no. 3488)

Justeru, apa sahaja urus niaga atau pendapatan daripada barang haram (termasuk babi dan arak) turut diharamkan. Maka, membantu atau memperoleh upah hasil menjayakan transaksi haram juga terlarang.

PANDANGAN ULAMA KONTEMPORARI

Secara umumnya, ulama kontemporari mengekalkan prinsip-prinsip larangan sama seperti ulama silam. Penegasan mereka:
1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Halal wa Haram fil Islam menegaskan:
- Segala bentuk urus niaga atau perkhidmatan yang secara langsung mempromosi barang haram adalah dilarang.
- Apabila sudah jelas pengharaman sesuatu (arak, babi, riba dsb.), tiada kompromi untuk menjauhi kerjasama dalam penyebarannya.

2. Majmaโ€˜ Fiqh Islami (Kesatuan Akademi Fiqh Islam) juga memberikan penekanan bahawa aktiviti yang tergolong dalam taโ€˜ฤwun โ€˜alฤ al-ithm (membantu dosa) termasuklah penyediaan, pengiklanan, pengangkutan, pengurusan kewangan untuk barangan haram.

3. Fatwa Kontemporari di pelbagai negara majoriti Muslim (seperti di Malaysia melalui Muzakarah Fatwa Kebangsaan, dan lain-lain) secara konsisten menegaskan:
- Bekerja secara langsung di bahagian menjual/mempromosi arak atau khinzir adalah dilarang.
- Jika pekerjaan utama adalah harus, tetapi ada sedikit tugas mengurus benda haram, maka wajib berusaha mengelaknya atau meminta pengecualian.

PERBINCANGAN HUKUM BAGI SOALAN

1. Majoriti vs Minoriti Tugasan

Jika majoriti tugas (lebih 90%) anda halal dan hanya 2-5% melibatkan babi/wine, maka berusaha untuk mengurangkan atau menghapuskan bahagian tugas yang haram mellaui teknik pembersihan peratusan tersebut dari gaji anda.

Menurut sebahagian ulama kontemporari, jika penglibatan itu sangat kecil dan anda tiada alternatif lain, serta sedang berusaha cari jalan keluar, ada ruang rukhsah bersifat sementara โ€” dengan syarat sdr benar-benar mahu menghilangkan tugas haram itu.

2. Sifat Urus Niaga โ€˜Langsungโ€™

- Mempromosi harga wine/babi atau receive stok haram secara langsung dianggap membantu transaksi haram.
- Namun, jika boleh dibincangkan dengan majikan dan diserahkan tugasan itu kepada pekerja bukan Muslim atau bahagian lain, maka anda seharusnya berbuat demikian.
- Rundingan dengan Majikan, terangkan sensitiviti agama, minta pengecualian daripada mengurus babi/wine. Mohon agar ada pekerja lain (bukan Muslim) ditugaskan secara khusus.

Jika GAGAL Rundingan
- Tinjau peluang pekerjaan lain yang tiada unsur haram, lebih-lebih lagi jika anda berkemahiran dan mempunyai opsyen. Usaha ini penting demi memelihara keberkatan rezeki dan ketenangan jiwa.

KESIMPULAN

1. Hukum Asas: Terlibat secara langsung dengan arak atau babi (mempromosi, menjual, menerima stok, dsb.) adalah dilarang kerana tergolong dalam taโ€˜ฤwun โ€˜alฤ al-ithm wa al-โ€˜udwฤn.

2. Cadangan: Berusahalah berunding dengan majikan agar mengecualikan tugas tersebut. Jika tidak berjaya, sebaiknya mencari pekerjaan lain yang bebas daripada unsur haram.

3. Sekiranya sukar dan hanya sedikit: Ada pandangan ulama kontemporari bahawa seseorang boleh bertahan sementara waktu, dengan syarat:

- Nilai tugas haram itu sangat kecil (contoh: 2-5%) berbanding tugas keseluruhan dan dilaksanakan pembersihan peartusan haram tersebut dari gaji.

- Tiada pekerjaan alternatif buat masa terdekat dan memang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari kerjaya itu untuk nafqah wajib keluarga.

- Anda benar-benar tidak redha dan sedang ikhtiar untuk keluar dari keadaan ini.

Akhirnya, Jagalah ketakwaan kepada Allah. Seseorang yang menjaga diri daripada perkara syubhat dan haram, insya-Allah akan dibukakan pintu rezeki yang lebih luas dan berkat. Allah SWT berfirman :

ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽู‚ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุฎู’ุฑูŽุฌู‹ุง โ€ข ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุฒูู‚ู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ุญูŽูŠู’ุซู ู„ูŽุง ูŠูŽุญู’ุชูŽุณูุจู
Ertinya: โ€œBarangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.โ€(Surah al-แนฌalฤq, 65:2-3)

Semoga Allah memudahkan urusan anda, memelihara keberkatan rezeki, dan memberikan petunjuk terbaik dalam menentukan keputusan. Wallฤhu aโ€˜lam.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Selamat bercuti semua. Hati2 walau dimana jua berada ok? ๐Ÿ’
29/01/2025

Selamat bercuti semua. Hati2 walau dimana jua berada ok? ๐Ÿ’

28/01/2025

๐ŸŒท

26/01/2025

OKU yang kena pukul tu adalah anak murid mak saya ex Shams (Sheikh Abdul Malek School). Super senior saya juga. Antara best student suatu masa dahulu cerita emak.

Beliau sangat rapat dengan mak. Selalu datang dan luahkan perasaan, bercerita tentang ketidak warasan, masalah peribadi beliau. Emak cuba menasihati dan berpesan tentang kebaikan dan jaga diri yang kadang-kadang memang tidak dapat dikawal.

Beliau pernah datang ke rumah di Kuala Nerus dengan mengayuh basikal dari Kemaman yang jaraknya beratus km semata-mata ingin bertemu dengan emak dan cikgu-cikgu lain.

Rapatnya beliau dengan keluarga kami sampai boleh datang rumah, makan nasi dan berbaring di ruang tamu hingga senja berlabuh. Kemudian p**ang di rumah saudaranya di sekitar Manir jika tidak silap.

Antara kata-kata beliau yang mengesankan emak adalah,

โ€œCikgu, saya sayang cikgu. Cikgu pesan ke anak cikgu, kalau cikgu mati nanti, minta mereka kabo (bagitahu) pada saya dan saya akan datang di kubur cikgu untuk menjadi orang terakhir yang akan meninggalkan cikgu dari sana. Cikgu jangan bimbang. Saya teman cikgu.โ€

Mengalir air mata emak bercerita tentang itu.

Beberapa hari lepas, kami sekeluarga terkejut melihat beliau dipukul tanpa belas kasihan di sebuah pasar di Kemaman.

Apa sekalipun kesilapan beliau, kami harapkan semoga ada jalan penyelesaian dan perbicaraan yang waras oleh kita.

Semoga Paijang diberikan kesembuhan dan kebaikan atas segala kebaikan yang telah dibuat.

Lutfi Lokman,
Kuala Lumpur.

  ๐Ÿ˜‡
14/01/2025

๐Ÿ˜‡

14/01/2025

BATAM: Sebuah kandang buaya yang menjadi pusat pembiakan di Pulau Bulan, Batam, Kep**auan Riau, Indonesia didapati bolos semalam, sekali gus mencetuskan kegusaran kerana sejumlah reptilia itu kini terlepas ke perairan berdekatan.

Address

KM205
Ayer Keroh

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LalaLuna205 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LalaLuna205:

Videos

Share