Jus Saffa - Sihat Semulajadi

  • Home
  • Jus Saffa - Sihat Semulajadi

Jus Saffa - Sihat Semulajadi Jus Saffa diformulakan secara semulajadi untuk membantu kesihatan anda

Semoga bermanfaat
10/01/2023

Semoga bermanfaat

PengenalanDi Malaysia, lebih kurang 1,200 spesies iaitu 8% daripada tumbuhan di negara ini memiliki nilai perubatan dan ...
09/01/2023

Pengenalan

Di Malaysia, lebih kurang 1,200 spesies iaitu 8% daripada tumbuhan di negara ini memiliki nilai perubatan dan telah digunakan sejak turun termurun. Kunyit hitam atau nama saintifiknya, Curcuma caesia merupakan tumbuhan herba ubatan yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia. Tumbuhan herba ubatan bermaksud tumbuhan, bahagian-bahagian tumbuhan, atau ekstrak tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Kunyit hitam atau dikenali sebagai temu hitam, ia berasal daripada spesis kunyit. Saiz daun kunyit hitam sama seperti saiz daun kunyit biasa dengan jalur ungu kehitaman di tengahnya. Rizomnya mempunyai isi berwarna putih dengan lingkaran ungu kehitaman. Kunyit hitam mempunyai bau yang menyengat dan rasa yang pahit. Kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan. Kini, terdapat beberapa penyelidikan dilakukan untuk mengkaji khasiat dan manfaat kunyit hitam kepada kesihatan manusia.

Kandungan Nutrisi

Kunyit hitam mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi kerana tumbuhan herba ubatan ini tinggi dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Kunyit hitam mengandungi fitokimia yang digunakan untuk bidang perubatan seperti terpenoid, flavonoid, alkaloid, tanin, saponin dan steroid.

Fitokimia adalah bahan biokimia semulajadi yang ditemui didalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri seperti warna, rasa, bau dan tekstur kepada tumbuh-tumbuhan tersebut. Selain itu, fitokimia juga membantu dalam pertumbuhan tumbuh-tumbuhan kerana fitokimia melindungi tumbuh-tumbuhan daripada serangan bendasing.

Terpenoid mempunyai kesan anti kulat serta mampu untuk melawan bakteria, parasit dan virus. Selain itu, terpenoid membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah, mempunyai sifat anti keradangan dan meningkatkan imuniti badan. Manakala flavonoid adalah antioksidan yang larut didalam air dan berperanan dalam melawan radikal bebas. Flavonoid menghalang kerosakan sel disebabkan oleh proses pengoksidaan dan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Alkaloid p**a membantu dalam sistem saraf, mengurangkan selera makan untuk membantu proses penurunan berat badan dan merupakan ejen diuretik iaitu bahan yang menggalakkan pengeluaran air kencing. Tanin adalah bahan yang membantu dalam merawat luka dan melawan keradangan. Seterusnya, saponin menggalakkan proses penggumpalan darah untuk mengelak daripada berlakunya kehilangan berlebihan darah. Bagi steroid p**a, steroid berperanan dalam menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan tahap imunisasi.

Komponen Berkhasiat Dalam Kunyit Hitam

1. Kurkumin

Seperti yang diketahui, kunyit hitam mempunyai bau seperti kapur terutamanya pada bahagian daun dan rizom serta mempunyai sebatian yang berfungsi sebagai antioksidan. Kunyit hitam mengandungi kurkumin iaitu bahan kimia yang memberikan warna dan bau yang khusus dan menjadikan kunyit hitam salah satu rempah yang digunakan dalam kehidupan harian.

Kunyit hitam boleh digunakan untuk menggantikan sejenis tumbuhan herba iaitu Saffron yang harganya terlalu mahal. Hal ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada Saffron juga terdapat didalam kunyit hitam.

Kurkumin yang terdapat pada bahagian rizom kunyit hitam, adalah bahan kimia yang larut didalam larutan organik tetapi tidak larut didalam air. Kurkumin mempunyai kesan antioksida, anti keradangan, menghalang saluran darah daripada tersumbat, mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, kesan anti kulat dan anti bakteria.

2. Methoxyflavon

Selain daripada itu, menurut kajian, kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon. Metoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu dalam mengurangkan dan menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Metoxyflavon membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, menghalang pembentukan sel kanser, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan risiko penyakit berkaitan saraf, menghalang aktiviti mikroorganisma dan mempunyai kesan antioksida.

Metoxyflavon juga digunakan untuk meningkatkan kadar hormon testosteron iaitu hormon reproduktif lelaki yang membantu dalam kepadatan tulang, pembahagian lemak, kepadatan dan kekuatan otot serta penghasilan sel darah merah dan s***ma. Para atlet juga menggunakan metoxyflavon untuk meningkatkan prestasi mereka.

10 Khasiat Kunyit Hitam Pada Kesihatan
Setelah mengetahui asal usul, kandungan nutrisi dan komponen berkhasiat didalam kunyit hitam, kini artikel ini akan membincangkan tentang

10 khasiat kunyit hitam pada kesihatan:

1. Kesan Antioksida

Kunyit hitam mempunyai antioksidan semulajadi yang berupaya untuk melawan radikal bebas. Aktioksidan berperanan dalam mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas adalah hasil sampingan reaktif yang terbentuk daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Radikal bebas terbentuk melalui proses pengoksidaan dan sekiranya jumlahnya adalah berlebihan, radikal bebas akan memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan.

Satu kajian telah dibuat terhadap ekstrak yang diproses daripada rizom kunyit hitam. Berdasarkan kajian tersebut, ekstrak kunyit hitam mempunyai kesan antioksida yang mampu meneutralkan proses pengoksidaan radikal bebas. Kajian ini membuktikan bahawa kunyit hitam mempunyai kesan perlindungan terhadap radiasi.

2. Mencegah Masalah Asma

Kunyit hitam juga mampu mencegah masalah asma. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, saluran pernafasan akan mengalami proses keradang iaitu saluran pernafasan mengandungi lendir, menjadi bengkak dan sempit. Otot yang berhubung dengan saluran pernafasan akan menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan menyebabkan serangan asma.
Kajian menunjukkan kunyit hitam mampu mengendurkan otot yang berhubung dengan saluran pernafasan supaya dalam keadaan relaks. Ini akan membantu salur nafas yang sempit itu menjadi lebih mudah untuk bernafas lantas dapat mengawal asma.

3. Memberi Kesan Analgesik

Selain itu, kunyit hitam memberikan kesan analgesik iaitu kesan dalam melegakan kesakitan. Satu kajian telah dijalankan terhadap model haiwan untuk membuktikan kesan analgesik kunyit hitam. Hasil kajian menunjukkan bahawa kunyit hitam mampu mengurangkan kesakitan terhadap model haiwan.

Selain itu, kajian itu menunjukkan bahawa kunyit hitam mengandungi kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan model haiwan yang tinggi.

4. Anti Depresi

Kunyit hitam dapat meningkatkan tahap dopamin supaya dapat membangkitkan perasaan yang ceria. Dopamin adalah hormon pengendali emosi yang dirembeskan semasa pengalaman positif seseorang. Tahap dopamin yang meningkat dapat memberikan perasaan bahagia dan gembira terhadap seseorang. Oleh itu, herba kunyit hitam sangat bagus untuk melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang (anxiety). Kunyit hitam juga mampu membantu untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak.

Satu kajian yang dijalankan terhadap rizom kunyit hitam menunjukkan bahawa komponen di dalam tumbuhan ini mampu melindungi fungsi otak daripada sebarang gangguan.

5. Pengaliran Darah Lebih Lancar

Selain itu, satu kajian telah menunjukkan bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah. Kunyit hitam mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat.

6. Meningkatkan Tenaga

Di samping itu, kunyit hitam mampu meningkatkan tahap tenaga. Tidak hairanlah kunyit hitam sangat pop**ar dalam kalangan atlet sukan kerana membantu dalam menambahkan tenaga semasa latihan dan juga pertandingan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penghasilan tenaga selepas 30 minit dan 60 minit pengambilan kunyit hitam.

Peningkatan penghasilan tenaga ini disebabkan oleh pengaktifan tisu adipos perang. Tisu adipos perang adalah lemak tisu yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Kadar metabolisma tubuh badan akan meningkat dan menghalang daripada peningkatan berat badan.

7. Mencegah Penyakit Berkaitan Dengan Sindrom Metabolik

Sindrom metabolik adalah penyakit yang disebabkan oleh metabolisma yang terganggu. Antara penyakit yang berkaitan dengan sindrom metabolik adalah kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tidak normal dan lemak viseral berlebihan iaitu lemak yang menyelaputi organ-organ dan penyakit jantung. Kunyit hitam membantu mencegah risiko sindrom metabolik dengan meningkatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal.

8. Mencegah Ulser Perut

Kunyit hitam juga mampu mengurangkan indeks ulser dan isipadu asid perut dalam mencegah ulser perut. Satu kajian yang dijalankan terhadap tikus albino dan kajian tersebut menunjukkan bahawa terdapat penurunan indeks ulser dan isipadu asid perut serta peningkatan rembesan mukus perut. Mukus perut penting dalam melindungi dinding perut daripada asid perut daripada menghakis dinding perut.

9. Melancarkan Haid

Selain itu, kayu hitam mengandungi bahan semulajadi untuk melancarkan haid. Kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna-warna darah haid yang tidak normal dan masalah sindrom pra-haid seperti perut kembung.

Perubatan tradisional telah menggunakan kunyit hitam untuk melancarkan haid. Kunyit hitam akan dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam periuk mengandungi air. Setelah air mendidih, air tersebut perlu diminum dan amalan ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

10. Meningkatkan Keinginan untuk melakukan hubungan intim

Kunyit hitam membantu dalam meningkatkan fungsi reproduktif untuk golongan lelaki. Satu kajian menunjukkan bahawa kunyit hitam mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki. Golongan lelaki yang mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim yang rendah menjadi lebih baik selepas menjadikan amalan memakan kunyit hitam sebagai rutin harian.

Selain itu, kajian membuktikan bahawa saiz bahagian alat sulit lelaki menjadi lebih panjang dan lebar semasa melakukan hubungan intim

Kesimp**an
Akhir sekali, kunyit hitam mempunyai pelbagai khasiat berdasarkan kajian yang telah dibuat didalam makmal dan juga beberapa kajian yang dijalankan pada manusia. Para pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor jika ingin menggunakan kunyit hitam sebagai ubat-ubatan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Pengguna juga tidak boleh menggunakan kunyit hitam untuk menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor. Jika anda sudah mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan lain-lain, anda perlulah meneruskan penggunaan ubat dan juga mendengar nasihat doktor.

Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis.Ianya pop**ar dengan gelaran Butte...
09/01/2023

Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis.

Ianya pop**ar dengan gelaran Butterfly Wing.
Habitat asal adalah di rantau Asia. Ianya berketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.

Daun pokok rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.

Pelbagai jenis dan warna daun pokok rerama :

Pokok rerama berdaun ungu
Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda
Pokok rerama berdaun merah
Pokok rerama berdaun hijau belang ungu
Pokok bunga rerama hiasan
Khasiat Daun Pokok Rerama

Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi ‘active ingredient’ yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser.
Boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.
Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.
Digunakan untuk perubatan adalah daun pokok rerama berdaun hijau sahaja.

Pokok Bunga Hiasan

Spesis pokok rerama bewarna ungu ini adalah spesis pokok bunga hiasan sahaja dan daun keringnya tidak punya nilai pun.
Spesis pokok bunga daun rerama ini juga tidak berbatang atau tumbuh meninggi seperti spesis pokok rerama perubatan.
Ianya lebih menjurus kepada spesis keladi dengan satu batang tiga daun.

Daunnya p**a hanya berkembang di siang hari dan kuncup sepanjang malam.

Pokok bunga daun rerama ini sangat cantik dijadikan pokok bunga hiasan di dalam pasu di rumah.
Pokok bunga daun rerama tidak sukar dijaga.
Paling penting, ianya tidak boleh terkena sinaran matahari secara terus kerana tidak tahan panas tetapi tetap perlukan cahaya yang cukup.

Selain itu, pokok bunga daun rerama ini perlukan siraman yang kerap dan jangan gunakan baja yang kuat atau banyak kerana daunnya mudah melecur.

Khasiat bunga cengkihCengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum, adalah pucuk bunga kering yang merupakan antara...
08/01/2023

Khasiat bunga cengkih

Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum, adalah pucuk bunga kering yang merupakan antara rempah-ratus pop**ar.

Bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional selama bertahun-tahun.

Menurut United States Department of Agriculture (USDA), 2.1 gram (g) atau 1 sudu teh cengkih mengandungi:

6 kilokalori (kcal)
0.13 g protein
0.27 g lemak
1.38 g karbohidrat
0.7 g serat
Jumlah yang sama juga membekalkan 1.263 miligram (mg) mangan, iaitu 63% daripada nilai keperluan harian untuk mineral ini.

12 khasiat bunga cengkih untuk kesihatan
Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.

1. Fungsi antibakteria
Penggunaan putik, esktrak atau minyak cengkih dipercayai cukup mujarab untuk membunuh patogen di dalam badan manusia. Antaranya patogen yang menjadi punca wabak taun.

khasiat bunga cengkih

2. Kesihatan oral
Antara manfaat bunga cengkih yang dijadikan minyak adalah ia berfungsi sebagai antiseptik dan penahan sakit berkesan untuk masalah mulut dan pergigian.

Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.

3. Bagus untuk hati berlemak
Kehadiran antioksidan yang tinggi dalam cengkih amat ideal untuk menjaga organ badan, khususnya hati.

Cengkih dengan sifat hepatoprotektifnya boleh mengatasi kesan disebabkan oleh aktiviti metabolik bebas seperti peningkatan profil lipid dan pengeluaran radikal yang mengakibatkan penurunan tahap oksidan dalam hati.

4. Masalah mulut berbau

Aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut.

Selain digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam penghasilan ubat gigi, cengkih boleh dimasukkan dalam minuman atau makanan setiap hari, untuk mengatasi masalah nafas berbau.

5. Diabetes

Pesakit diabetes biasanya akan berdepan keadaan di mana insulin yang dihasilkan badan tidak mencukupi dengan tahap diperlukan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan cengkih membawa kepada penjanaan insulin dalam badan dan mengekalkan paras glukosa darah.

6. Sifat antiradang antara khasiat cengkih

Cengkih adalah ubat penahan sakit yang sangat baik kerana ia merangsang reseptor kesakitan badan dalam proses untuk melegakan kesakitan.

Kehadiran eugenol dalam jumlah tinggi dipercayai dapat mengurangkan kesakitan berkaitan dengan edema – bengkak yang disebabkan cecair berlebihan terperangkap dalam tisu badan.

7. Kanser

Antioksidan adalah bahan kimia yang memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan sel penyebab kanser.

Berdasarkan kajian, cengkih mungkin mempunyai peranan penting dalam rawatan kanser masa hadapan kerana ia menyebabkan kematian sela dan penggandaan sel yang perlahan.

8. Bagus untuk sistem pencernaan, salah satu khasiat bunga cengkih

Minyak cengkih amat bagus dalam memastikan kelancaran pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan – untuk memastikan proses penghadaman tidak tersekat.

Ia juga sangat berkesan dalam membantu menghilangkan ketidakselesaan perut seperti cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin, sembelit dan sebagainya.

9. Penggalak imuniti

Putik cengkih turut berperanan dalam meningkatkan kiraan sel darah putih, sekali gus meningkatkan sifat imun yang hadir bersamanya.

Ia mengurangkan hipersensitiviti badan kepada agen asing punca kepada kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi tubuh.

10. Atasi masalah obesiti

Ekstrak bunga cengkih juga dipercayai berpotensi dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

11. Meningkatkan kekuatan tulang

Cengkih menghasilkan esktrak hidroalkohol sebatian fenolik seperti eugenol, flavonoid dan isoflavon.

Sebatian ini dipercayai membolehkan tubuh mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang.

12. Untuk sakit kepala

Cengkih dipercayai sebagai afrodisiak ringan dalam bidang perubatan Unani yang berkesan untuk mengurangkan sakit kepala.

Pengambilan teh berperisa cengkih dapat menghilangkan masalah tersebut dengan mudah sambil menyegarkan mood.

Hati-hati dengan kesan sampingan
Walaupun terdapat banyak khasiat bunga cengkih, namun penggunaannya haruslah secara berhati-hati.

Ini kerana penggunaan cengkih berlebihan pada bayi boleh menyebabkan sawan. Dos yang banyak juga tidak digalakkan untuk wanita hamil dan ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan iritasi.

Oleh sebab komposisi kimia yang kuat, penggunaan minyak cengkih secara berterusan untuk tempoh lama pada gusi dipercayai akan melemahkan membran mukus dan gusi.

Lebih kajian diperlukan untuk mengesahkan khasiat cengkih
Tidak dinafikan potensi bunga cengkih dalam aspek kesihatan secara keseluruhan. Namun lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya.

Seperti kebanyakan makanan sihat, ia paling berkesan apabila dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Anda juga boleh mereneh bunga cengkih dalam air selama 5-10 minit untuk mendapatkan secawan teh yang menenangkan.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakan produk herba, amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor untuk memastikan kesesuaian diri sebelum mengamalkannya.

Negara kita, Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara yang terbaik di dunia. Walaubaga...
08/01/2023

Negara kita, Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri perubatan tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba.

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya “Ficus deltoidea” dari famili “moracea” adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering, pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Di Malaysia, spesies serapat angin boleh dijumpai dengan banyaknya di bahagian pantai timur semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah p**a banyak dijumpai di negeri Kelantan. Di kawasan tengah dan selatan semenanjung boleh dijumpai spesies delima sudip, manakala di bahagian utara semenanjung dengan banyaknya terdapat spesies telinga kera.

Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya p**a disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :

a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina

Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi pokok mas cotek betina p**a mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Apakah itu Habbatus Sauda?Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuha...
08/01/2023

Apakah itu Habbatus Sauda?
Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar,

Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano.

Kandungan Nutrisi Habbatus Sauda’
Habbatus sauda telah digunakan dalam dunia kesihatan sejak berkurun lama dahulu sebagai rawatan alternatif. Sehingga kini, kebaikannya terhadap kesihatan masih dikaji. Habbatus sauda dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang mampu memberi manfaat pada kesihatan. Dibawah ini merupakan kandungan nutrisi dalam 100g Habbatussauda:

Kalori: 345kcal
Karbohidrat: 52g
Protein: 16g
Lemak: 15g
Serat: 10.5g
Kalsium: 931mg
Zat Besi: 66.4g
Kalium: 1790mg
Fosforus: 499mg
Vitamin C: 7.7mg
Vitamin B1: 0.63mg
Vitamin B3: 4.58mg
Folate: 10mcg
Karotene: 762mcg

Kompaun Penting Di Dalamnya
Apa yang membuatkan habbatus sauda dikatakan berkhasiat? Habbatus sauda mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah:
1. Mineral

Mineral yang terkandung dalam petai adalah seperti kalium, fosforus, kalsium dan banyak lagi. Jika dilihat pada kandungan nutrisi petai, ternyata sumber-sumber mineral ini agak tinggi terutamanya kalium, kalsium dan fosforus.

Kalium adalah mineral yang penting dalam penjagaan jantung dan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai komponen anti-hypertensi, iaitu merendah dan mengawal tekanan darah serta mengawal pergerakan otot. Kalsium dan fosforus berfungsi dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang untuk menampung pergerakan badan.

2. Serat

Serat larut adalah salah satu jenis serat yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan. Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20 – 30g sehari. Serat banyak terkandung dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijian termasuk lah habbatus sauda.

Serat memberi impak baik dalam penjagaan usus iaitu melancarkan penghadaman dan berfungsi dalam pengawalan gula serta kolesterol dalam darah. Kandungan serat dalam 100g habbatus sama seperti100g oat. Justeru itu, pengambilan habbatus sauda dalam diet seharian mampu untuk melengkapkan keperluan serat ini.

3. Kompaun bioaktif

Kompoun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan dan makanan tertentu seperti kekacang, sayur-sayuran, minyak dan bijirin penuh. Menurut kajian, kompaun bioaktif ini berperanan sebagai anti-hipertensi, antioksida, anti-kanser dan banyak lagi. Pendek kata, ia mampu memberi impak positif pada penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada habbatus sauda ialah pati minyak dengan beberapa komponen iaitu trans-anethole, p-cymene limonene, carvone, α-thujene, thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), dithymoquinone, carvacrol, dan β-Pin.

Khasiat Habbatus Sauda’ pada Kesihatan
Memandangkan habbatus sauda mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat habbatus sauda yang dapat dirungkaikan adalah:

1. Aktiviti antioksida

Habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol. Ini menjadikan habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.
Menurut kajian, ekstrak minyak yang diambil daripada habbatus sauda juga mampu mengurangkan tekanan oksidatif pada haiwan. Namun, banyak lagi kajian perlu dilakukan pada manusia untuk membuktikan impak secara lebih komprehensif.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Memandangkan habbatus sauda juga sejenis tumbuhan berbiji, ia turut menunjukkan kesan antihipoglisemik. Petai telah menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.Terdapat satu kajian pemberian minyak habbatus sauda sebanyak 1.5 dan 3ml/hari terhadap pesakit diabetes selama 20 hari. Keputusan yang diterima agak memberangsangkan apabila paras gula darah menurun.

3. Menurunkan paras kolesterol

Kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). Peningkatan kolesterol jahat dalam tubuh merisikokan kita untuk mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

4. Mengawal tekanan darah

Habbatus sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.

Jika dilihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik.

5. Bertindak sebagai anti-radang

Kajian menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.

Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap haiwan dan ia menunjukkan impak positif dalam mengurangkan kesan radang, lebih banyak kajian terhadap manusia yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya.

6. Aktiviti antimikrobial

Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, and Serratia marcescens.

Bakteria-bakteria ini dikategorikan sebagai bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan.

7. Anti-fungal

Habbatus sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam habbatus sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.

Menurut kajian ini lagi, habbatus sauda juga boleh dijadikan potensi sebagai bahan pengawet semula jadi pemakanan supaya tidak cepat rosak dan basi.

8. Anti-kanser

Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Menurut kajian, thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

9. Penjagaan kesihatan perut dan penghadaman

Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.

Dalam satu kajian terhadap haiwan, 20 tikus yang menghidapi ulser di perut telah dirawat dengan menggunakan habbatus sauda.

Ia menunjukkan kesan pulih sebanyak 83% terhadap tikus-tikus terbabit dan memiliki peratusan keberkesanan hampir sama seperti ubat biasa yang digunakan untuk merawat ulser.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian perlu dilakukan terutamanya ujian klinikal bagi mengkaji impaknya terhadap manusia.

10. Bertindak pada masalah kesuburan lelaki

Masalah ketidaksuburan boleh memberi implikasi besar terhadap pembinaan sesebuah keluarga. S***m yang abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Menurut kajian yang dijalankan, kaedah terbaik untuk mengatasi masalah s***m abnormal adalah dengan memberi rawatan menggunakan bahan antioksida.

Habbatus sauda dikatakan sebagai salah satu potensi herba atau kaedah tradisional yang boleh membantu dalam masalah ketidaksuburan lelaki kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.

Habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jus Saffa - Sihat Semulajadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jus Saffa - Sihat Semulajadi:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Convenience Store?

Share