Sos Fateh menjadi bahan penambah perasa dalam makanan dan masakan tempatan. Diperbuat dari cili sebenar dan resepi asli pasti memikat hati penggemar sos.
(3)
Matlamat kami berusaha membantu anda mendapatkan sos cili yang sedap dan memenuhi citarasa tempatan keluaran bumiputera, suci bersih dan halal. Kami komited dalam memastikan setiap produk yang kami hasilkan adalah dalam kualiti yang terbaik, bahan yang berkualiti, bersih dan sihat untuk anda. Dengan Sos Cili FATEH, kami memastikan produk kami mempunyai keunikan seperti berikut:
- Kuantiti cili ya
ng tinggi dalam sos untuk memastikan kepedasan yang sesuai dengan citarasa tempatan
- Mudah digunakan dan sesuai untuk semua peringkat umur
- Keluaran bumiputera, bersih, suci dan halal
- Kalori yang rendah sesuai untuk pengguna yang menjaga kesihatan.
20/06/2024
Sos FATEH kini di Paroi, Seremban.
Anda kini boleh mendapatkan sos cili FATEH di Kedai Kerepek Paroi. Selain Sos FATEH, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kerepek dan produk dari Timur Tengah untuk kegunaan harian anda.
Jom rasa Sos Cili FATEH.
17/06/2024
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Bersama kita menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan kita. Moga keberkatan hari yang mulia ini diberkati oleh Allah.
23/05/2024
Sos Cili FATEH kini dalam packaging sachet.
Roll dan siap. Mesin pun dah siap repair. Sekarang masanya untuk sos sachet p**a beraksi.
Kepada anda peniaga ayam goreng, burger, nugget thai, lok cing dan apa sahaja yang sesuai menggunakan sos cili FATEH sebagai penambah perisa, produk ini khas untuk bantu anda membuat lebih banyak jualan.
Tiada lagi masa terbazir mengisi sos dalam pouch,
Tiada lagi sos rosak dalam botol serving,
Tiada lagi sos yang berlebihan tidak mengikut kehendak pelanggan.
Dengan sos sachet,
anda lebih banyak masa untuk fokus jualan produk utama,
anda tidak perlu lagi menyimpan botol serving dalam peti sejuk,
Anda tidak perlu lagi ingat pelanggan nak sos lebih atau tak nak sos.
Nantikan sos cili FATEH sachet di pasaran.
18/04/2024
Wow, tengoklah ayah kita! Baru betul mood BBQ! 🍖🔥 Bukan main happy lagi dia sambil tengok anak-anak bermain.
Lagi syok kalau sambil menikmati hidangan yang sedap, kan?
Sos Fateh lah 'buddy BBQ' kita untuk hari ini! 🌶️🥩
17/04/2024
Nikmat yang sering dilupakan adalah masa-masa yang diluangkan bersama anak-anak.
Seringkas sesi masak dan makan cucur pun sebenarnya amatlah bermakna buat anak-anak kecil kita.
Tak lengkap rasanya kalau tak dihidangkan bersama Sos Fateh.🌶️👨👩👧👦
16/04/2024
Seronoknya berkelah bersama keluarga~ ☀️🌳Lengkapkan rekreasi dan perkelahan anda dengan bekal dan hidangan sedap-sedap.
Sos Fateh & Pes Sambal Tumis lah sahabat setia kita untuk memeriahkan lagi suasana! 🤩🌶️
15/04/2024
Seronoknya luangkan masa yang kita ada bersama keluarga sepanjang Raya ni, kan? 🛋️✨
Nah, alang-alang beramah mesra, kenapa tak disajikan dengan hidangan sedap, iye dok?
Jom, cuba Sos Fateh untuk tambah nikmat pada setiap hidangan! 🌶️❤️
10/04/2024
Seri muka berseri senyuman,
Ketupat rendang penuh selera,
Semoga Raya disulam kegembiraan,
Kasih sayang terjalin bahagia.
Selamat Hari raya dari kami warga Fateh Food. 😊
04/04/2024
Di malam yang penuh dengan keberkatan,
Kita merenung dalam doa dan pengharapan,
Semoga diterima segala amalan,
Dan diberi ganjaran umpama seribu bulan.
Sama-sama kita memburu malam Lailatul Qadar. 😊
28/03/2024
Di bulan mulia ini,
Ayuh kita sama-sama hayati;
Keindahan alunan ayat-ayat suci,
Agar cahayanya tersemat di hati.
Salam Nuzul Quran dari kami.
Warga Fateh Food yang baik hati. 😁
24/03/2024
Dah hampir habis separuh Ramadan, mak-mak adik kakak semua pun dah habis idea nak masak sahur kan?
Ha, jangan risau. Pes Sambal Tumis Fateh kan hadoo. 😁😁
Nak masak pun senang. 3 langkah sahaja.
Confirm sempat siap sebelum Subuh, dapatlah nikmati sahur yang lazat bersama seisi keluarga.
11/03/2024
Ramadan Mubarak dari Fateh Food! 🌙
Nikmati kelazatan berbuka dengan Sos Cili Fateh yang pedas dan menyelerakan.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kedamaian kepada kita semua.
Selamat beribadah! 🍽️🌟
19/02/2024
👨 Suami: "Hari ini kita masak apa untuk makan malam, sayang?"
👩 Isteri: "Saya penat sikitlah hari ini bang. Ingat nak masak nasi lauk ayam goreng je."
👨 Suami: "Tak apa. Kita kan ada lagi pes Sambal Tumis Fateh. Makan dengan ayam goreng je pun dah cukup sedap tu."
👩 Isteri: "Ha, betullah bang. Nasib baik ada Pes Sambal Tumis Fateh. Senang hati saya tak perlu ambil masa lama nak masak. Sedap pun sedap."
👨 Suami: "Ha, apa lagi. Jomlah kita masak sama-sama."
16/02/2024
Eh, dah cuti sekolah ni! Esok hari minggu p**a, maknanya masa untuk bawa anak-anak bercuti atau balik kampung. 🌞
Jomlah kita manfaatkan masa berkualiti bersama keluarga.
Kalau tak tahu nak buat apa, cuba aktiviti masak-masak dengan Sos Cili Fateh? 🍳🔥
Selamat bercuti dan selamat berjalan-jalan! 🚗🌴
31/01/2024
Alhamdulillah, dah siap set doorgift 800 pcs untuk pelanggan.
Sedia untuk dihantar sempena kenduri pada cuti Tahun Baru Cina ni.
ha, Sos Cili Fateh bukan sahaja ada botol doorgift tau.
Kami pun ada sediakan set dengan kotak sekali.
Kalau berminat, terus tekan link di comment untuk pembelian, atau Whatsapp untuk info lanjut.
22/01/2024
Rasa pedas yang memukau menjadikan Sos Fateh pilihan utama pencinta kepedasan!
Keunikan rasa yang menggelora, menghidupkan setiap hidangan. Dibuat dengan resepi tradisional dan bahan segar, setiap botol Sos Fateh adalah pengalaman rasa yang takkan terlupakan.
Rasa pedas yang memukau. Berani cuba, berani terpesona.
15/01/2024
Kebahagiaan itu adalah sebuah perjalanan.
Terkadang ia menjadi pengembaraan, terkadang ia dilambung ombak dugaan.
Teguhkan hati, kuatkan iman.
Lindungilah dan sayangilah keluarga kita kerana di situlah datangnya ihsan.
Dan jangan lupa jadikan Sos Fateh sebagai teman. 😁
Be the first to know and let us send you an email when Sos Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Want your business to be the top-listed Convenience Store?
Share
Kepelbagaian Pembungkusan Untuk Anda
Apabila melihat keperluan semasa pengguna sos, kini sos tidak hanya digunakan sebagai penambah rasa masakan di rumah, malah ia digunakan dalam masakan di restoran, di majlis perkahwinan sebagai hadiah cenderahati dan penambah rasa yang mudah ketika bercuti.
Oleh kerana kepelbagaian pengguna dalam menggunakan sos, Sos Fateh mengambil inisiatif untuk memenuhi keperluan anda sebagai pengguna dengan menghasilkan 4 jenis bungkusan iaitu 120ml untuk cenderahati dan penggunaan ketika mengembara, 340ml untuk kegunaan keluarga di rumah, 2kg untuk kegunaan restoran dan 1kg pek isian semula bagi mereka yang ingin berjimat.
Matlamat kami hanya satu iaitu membantu anda mendapatkan sos cili yang sedap dan memenuhi citarasa tempatan keluaran bumiputera, suci bersih dan halal. Kami komited dalam memastikan setiap produk yang kami hasilkan adalah dalam kualiti yang terbaik, bahan yang berkualiti, bersih dan sihat untuk anda.
Dengan Sos Cili FATEH, kami memastikan produk kami mempunyai keunikan seperti berikut:
Kuantiti cili yang tinggi dalam sos untuk memastikan kepedasan yang sesuai dengan citarasa tempatan.
Warna merah yang asli dari warna cili tanpa pewarna tiruan.
Mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Keluaran bumiputera, bersih, suci dan halal.
Kalori yang rendah sesuai untuk pengguna yang dalam diet.
Dengan Tagline “Rasa Cili Sebenar, Citarasa Tempatan” , Sos FATEH akan memberikan rasa cili yang sedap untuk masakan anda.