Saffa jus botani

  • Home
  • Saffa jus botani

Saffa jus botani Jus perahan asli dapat membantu atasi 3 serangkai

10/07/2023
KHASIAT MAS COTEK Mas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim ...
09/07/2023

KHASIAT MAS COTEK

Mas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.

Mas cotek juga digunakan oleh wanita untuk rawatan beberapa jenis sakit puan. Antaranya ialah rawatan penyakit keputihan dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita mengamalkan minum teh mas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda.

Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan.

Kunyit hitam ialah Kaempferia pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Di sebabkan ...
08/07/2023

Kunyit hitam ialah Kaempferia pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya.

Masalah Kardiovaskular dan Metabolisme
Kajian ekstrak kunyit hitam kini di peringkat model haiwan yang melihatkan potensinya dalam memberi rawatan pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Merawat Masalah Mati Pucuk dan Kesihatan Lelaki
Penyelidik dari Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2018 telah menerbitkan hasil kajian mereka yang melihat kesan pengambilan suplemen yang diformulasi dengan ekstrak kunyit hitam sebanyak 100 mg ini oleh responden lelaki pertengahan usia (usia 50 hingga 68 tahun) selama 30 hari. Hasil kajian rintis atau kajian awal mereka mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara ke atas masalah mati pucuk, kepuasan hubungan kelamin dan pengurusan emosi.

Pencegahan Penyakit Alzheimer
Penyelidikan menggunakan ekstrak kunyit hitam dalam bidang neurofarmakologi semakin meluas dijalankan bagi mengetahui potensi sebenarnya dalam perlindungan sistem saraf otak. Sebatian kimia yang terdapat dalam kunyit hitam telah diakui memiliki aktiviti perlindungan neuro.

Sifat Anti Alahan, Anti Keradangan
Ekstrak kunyit hitam dilaporkan mampu memberikan sifat anti alahan dan anti keradangan apabila mekanisme di peringkat sel mendapati bahawa sebatian bioaktif kunyit hitam berkait dengan pengurangan influx ion kalsium ke dalam sel.

Masalah Sendi dan Tulang
Osteoarthritis merupakan masalah radang yang berlaku di kawasan sendi dan tulang yang menyebabkan kesakitan dan menghalang pergerakan kita. Antara punca masalah radang sendi tulang ini berlaku ialah penghasilan enzim yang mengurangkan kolagen di bahagian sendi. Ekstrak kunyit hitam dikenal pasti mampu mengurangkan penghasilan enzim ini bagi mengurangkan kesan negatifnya ke atas kolagen dan sendi tulang.

Address


Telephone

+601136528739

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saffa jus botani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saffa jus botani:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Convenience Store?

Share