Faza Terajur Trading

Faza Terajur Trading Semua barang runcit adalah 'ready stock' 😍 SHOP NOW

Keria Gula Melaka Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal dia...
01/12/2022

Keria Gula Melaka

Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal diambil dari perkongsian Youtube Cik CT Norain. Memang teliti betul diajar dalam tu, siap resepi meniaga lagi. Terus jadi faham nak buat. Che Nom guna keledek oren, sebab senang nak dapat. Kita kena kupas, rebus smpai lembut dan lenyek halus. Kemudian gaul dengan tepung.

Ada bnyk tips dalam video ni dari nak bentuk dan goreng pun kena ada teknik nya. Kalau kita ikut InsyaAllah menjadi bulat kembung elok tak perlu pakai penaik pun. Bagi Che Nom part yang paling mencabar ialah, salutan gula. Ada juga diselitkan sedikit penerangan tentang jenis gula yang boleh kita gunakan. Memang sedap resepi ni.

Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk keria:
1 kilo keledek oren
Air secukupnya
1 sb garam
2 cawan tepung gandum
Bahan-bahan untuk salutan gula:
1 cawan air
250g gula melaka
4 sb atau 1/2 cawan gula putih
1 sb gula batu (pilihan)
1 sb minyak masak

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk keria:

Kupas kulit keledek, korek buang kalau ada bintik-bintik hitam.
Basuh bersih dan potong saiz sederhana sama besar (jangan terlalu besar takut lambat masak tapi jangan terlalu kecil takut terlajak lembut).
Masukkan keledek dalam periuk dan tuang masuk air sampai keledek tenggelam. Masukkan garam dan rebus sampai empuk.
Bila keledek dah masak, keluarkan keledek dan tapis kering.
Pindah masuk keledek dalam mangkuk dan masa panas-panas lagi, lenyek keledek sampai lumat halus.
Bila dah hancur lumat, biarkan keledek sejuk (kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung nanti keria jadi tak sedap).
Gris loyang dengan minyak. Dan juga bancuh sedikit minyak dengan sedikit air (untuk gris tangan masa membentuk keria).
Bila keledek dah sejuk, masukkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh anggaran masa 5-19 minit.
Cara-cara untuk bentukkan keria:
Salut tangan dengan bancuhan minyak tadi.
Bulatkan doh menjadi bentuk bebola (kalau tak boleh agak, boleh timbang 40g untuk 1 keria).
Celup jari (jari telunjuk) dalam air minyak dan tekan buat lubang ditengah, depan dan belakang. Bentukkan sampai habis.
Cara-cara untuk goreng keria:
Panaskan minyak (api sederhana kuat) dan goreng keria.
Bila dah masak 3-4 minit, tolak (pisahkan keria dari kuali) dan alih-alihkan keria.
Perlahankan sikit api dan goreng sampai keria masak dalam (keria akan terapung).
Bila keria hanpir perang kuatkan sikit api dan goreng sikit lagi sampai keria perang sekata.
Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.
Cara-cara untuk salutan gula:
Masukkan air, gula putih dan gula melaka.
Kacau sampai gula cair. Boleh tambah gula batu, salutan gula nanti akan keras elok kalau tambah.
Masukkan minyak masak, supaya salutan gula lebih berkilat.
Kacau sampai gula pekat.
Masukkan keria goreng perlahankan api.
Kacau keria sampai bersalut gula sebati dan kering.
Cepat angkat dan leraikan keria bila gula dah hampir keras.

28/11/2022

Address

Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu
Terengganu
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faza Terajur Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Convenience Stores in Terengganu

Show All

You may also like