Kedai Tradisi Senduduk

Kedai Tradisi Senduduk Seribu Satu Rahsia Senduduk Untuk Sejahteraan Kesihatan

ikhtiar untuk kembali sihat. Dengan ramuan herba semulajdi
18/10/2023

ikhtiar untuk kembali sihat. Dengan ramuan herba semulajdi

Alhamdulillah Ramai Yang Telah Mendapat Menafaat Dan Khasiat Setelah Mengamalkannya. Anda Sendiri Boleh Rasai Keajaiban ...
26/09/2023

Alhamdulillah Ramai Yang Telah Mendapat Menafaat Dan Khasiat Setelah Mengamalkannya.

Anda Sendiri Boleh Rasai Keajaiban Dalam Jamu Ni.

Khasiat Jamu Akar Senduduk Untuk:

✅ Melegakan Ketegangan Urat Dan Saraf
✅ Meredakan Keradangan Sendi
✅ Melancarkan Pembuangan Angin
✅ Menghilangkan Sakit Gout

Tekan butang "Learn More" Untuk Lebih Info & Promosi

Untuk lihat testimoni boleh tekan link website
https://herbasouq.com

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1444H Kekal Aktif sepanjang musim perayaan untuk meraikan bersama yang tersayangHanya penga...
28/06/2023

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1444H

Kekal Aktif sepanjang musim perayaan untuk meraikan bersama yang tersayang

Hanya pengambilan 2biji setiap hari Jamu Akar Senduduk

Salam Lebaran

https://herbasouq.com

Amalkan JAMU AKAR SENDUDUK sebagai Penyumbang Utama Kesejahteraan. Setiap langkah ke arah kesihatan yang optimum membawa...
26/06/2023

Amalkan JAMU AKAR SENDUDUK sebagai Penyumbang Utama Kesejahteraan.
Setiap langkah ke arah kesihatan yang optimum membawa anda lebih dekat kepada kehidupan yang bertenaga dan bahagia.

Tekan link dibawah untuk info dan promosi menarik

https://herbasouq.com

Jangan Biarkan Masalah Yang Anda Hadapi Berpanjangan. Biar Gabungan Herba Premium Semulajadi "pulihkan" kembali Tahap Ke...
14/06/2023

Jangan Biarkan Masalah Yang Anda Hadapi Berpanjangan. Biar Gabungan Herba Premium Semulajadi "pulihkan" kembali Tahap Kesihatan Anda.
Nak Tahu Bagaimana Jamu Akar Senduduk Dapat Membantu Anda,
Boleh Tekan Butang ini https://www.wasap.my/60139778370/nakinfo_senduduk

SAKIT SENDISendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan...
11/06/2023

SAKIT SENDI

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

• Berat badan berlebihan

• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)

• Penyakit sendi seperti arthritis

• Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit

• Penyakit tulang

• Ketumbuhan

• Jangkitan kuman

• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya

• Penyakit kronik

• Ubat-ubatan

Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.

• Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah
seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).

• Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)

• Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu

• Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.

• Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.

• Kurangkan berat badan

• Guna kasut bertumit rendah

• Bijak menangani tekanan

• Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

Bila Perlu Berjumpa Doktor.

• Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas

• Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit

• Berjumpa doktor segera setelah cedera

• Sakit yang menghalang anda dari bekerja

• Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah

• Penurunan berat badan yang serius

• Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar

• Penglihatan yang kabur

• Sakit perut atau cirit

• Sendi yang bengkak dan merah

• Menghidap HIV atau kanser

Pencegahan

• Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
• Tidur di atas tilam yang keras
• Elakkan mengangkat barang berat

• Kerap bersenam – elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar

• Pengurangan berat badan boleh membantu

• Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama

• Menangani tekanan.

MANFAAT GINSENGBantu meningkatkan fungsi otakManfaat ginseng yang pertama adalah meningkatkan kemampuan berpikir, berper...
03/06/2023

MANFAAT GINSENG

Bantu meningkatkan fungsi otak
Manfaat ginseng yang pertama adalah meningkatkan kemampuan berpikir, berperilaku, serta memperbaiki kualitas hidup.

Penelitian yang terbit tahun 2018 pada jurnal Oncotarget perna menguji khasiat ginseng dalam menudukung kemampuan kognitif manusia.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa komponen dalam ginseng berpotensi untuk mengobati gangguan kesehatan memengaruhi kemampuan mengingat seperti demensia dan alzheimer.

Kandungan antioksidan dalam ginseng juga mampu mengurangi stres oksidatif akibat radikal bebas yang dapat mengganggu proses kerja otak.

Memiliki efek antiradang

Selain mempunyai sifat antioksidan, ginseng ternyata mempunyai efek antiradang. Efek antiradang pada ginseng ini mungkin ada karena senyawa ginsenosida.

Berdasarkan penelitian yang terbit dalam jurnal Biomolecules, ginsenosida dapat memberikan efek berupa peningkatan kekebalan tubuh.

Saat sistem imun bekerja secara optimal menangkal infeksi, hal ini dapat mengurangi terjadinya peradangan.

Mengurangi stres

Ginseng dapat memengaruhi sistem saraf tubuh dalam berbagai cara, seperti meningkatkan proses metabolisme yang nantinya melancarkan pembakaran energi.

Selain itu, konsumsi ginseng dapat mengurangi stres dan kecemasan. Manfaat ginseng ini berasal dari kandungan senyawa adaptogen yang dapat mengurangi kadar hormon stres.
Dengan kata lain, konsumsi ginseng dapat menurunkan kadar hormon stres dalam tubuh dan membantu menciptakan suasana hati yang lebih baik.

Membantu mengontrol diabetes

Ginseng ternyata dapat memberi manfaat bagi Anda yang mempunyai penyakit diabetes. Konsumsi ginseng dapat membantu menurunkan kadar gula darah.

Tanaman herbal ini dapat membantu mengatur penyerapan glukosa dalam tubuh.

Hal ini membuat Anda terlindungi dari lonjakan gula darah secara tiba-tiba yang bisa menimbulkan risiko terhadap diabetes.

Penelitian yang diterbitkan dalam American Journal of Chinese Medicine tahun 2005 menunjukkan bahwa ginseng (jenis yang berasal Amerika maupun Asia), termasuk akar, buah, dan daun berpotensi mengobati diabetes.

Meski begitu, penelitian ini masih memerlukan pengujian lanjutan yang lebih besar guna membuktikan manfaat ginseng untuk diabetes.

Penting untuk diingat, sebelum pasien diabetes mengonsumsi ginseng, sebaiknya konsultasikan dengan dokter terlebih dahulu.
Pasalnya, interaksi antara obat antidiabetes dan zat aktif dalam ginseng mungkin bisa menyebabkan reaksi tertentu yang justru berbahaya bagi kesehatan.

Mencegah kanker

Ginseng mengandung antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dalam tubuh sehingga dapat mencegah pertumbuhan sel kanker.

Ginsenosida yang terkandung dalam ginseng juga mempunyai sifat antitumor sehingga dapat mencegah perkembangan sel-sel kanker.

Salah satu jenis kanker yang dapat dibantu penyembuhannya dengan ginseng adalah kanker usus besar (kolorektal).

Dari beberapa penelitian, konsumsi ginseng diketahui dapat menurunkan tingkat penyebaran kanker kolorektal.

Mencegah penuaan

ginseng sendiri mempunyai manfaat dalam mengurangi tanda-tanda penuaan dini pada kulit. Hal ini berasal dari sifat antioksidan yang dimiliki oleh ginseng.

Antioksidan mampu mencegah efek negatif dari radikal bebas dalam tubuh yang dapat merusak sel-sel sehat.

Ginseng juga mampu merangsang aliran darah ke seluruh tubuh, terutama ke sel-sel kulit.

Dengan begitu, ginseng membantu membuat kulit tampak lebih muda dan lembab. Alhasil, tanda-tanda penuaan pun akan berkurang.

Semoga bermenafaat!

MANFAAT POKOK SENDUDUK DALAM PERUBATAN TRADISIONALSiapa sangka pokok senduduk yang kebiasaannya tumbuh meliar di kawasan...
03/06/2023

MANFAAT POKOK SENDUDUK DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Siapa sangka pokok senduduk yang kebiasaannya tumbuh meliar di kawasan semak dan tepi jalan ini mempunyai banyak khasiat.

Terdapat lebih dari 4000 spesis di dunia namun menurut beberapa sumber, hanya terdapat 12 spesis pokok senduduk di Malaysia.

Pokok yang berbunga ungu muda dan putih ini berpohon renek dan bercabang.

Kebaikan pokok senduduk untuk merawat penyakit

1. Cirit Birit

Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk pokok ini yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Keputihan

Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun pokok ini dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Bintik cacar

Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar pokok ini, giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Luka

Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bersalin

Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.

6. Buasir

Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Sakit gigi

Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam. Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Buang angin

Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Semoga khasiat Pokok Senduduk yang dikongsikan oleh Pertanian Satu Perniagaan ini memberi manfaat kepada anda semua. Walaupun begitu, dapatkan nasihat pakar atau doktor terlebih dahulu. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang berlaku ya.

Semoga bermanfaat!

KEISTIMEWAAN MAS COTEKMas Cotek atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Ficus Deltoidea" merupakan sejenis tumbuhan h...
03/06/2023

KEISTIMEWAAN MAS COTEK

Mas Cotek atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Ficus Deltoidea" merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perubatan melayu. Ianya terdiri daripada spesis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya.

Mas Cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun betina dan jantan dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Mengikut konsep ‘Doctrine of Signature’, bentuk, warna, rasa dan aroma mana-mana bahagian tumbuhan boleh memberi gambaran tentang kegunaan herba berkenaan dalam rawatan penyakit. Bagi tumbuhan emas cotek, ‘Doctrine of Signature’ itu dapat dilihat pada tompok hitam ini mengambarkan organ reproduktif wanita yang terletak di antara dua kaki. berdasarkan konsep ini, mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif manusia khususnya bagi kaum wanita. Sempit-sempit adalah contoh nama tempatan yang digunakan bagi beberapa suku kaum Sabah juga menunjukkan khasiat tumbuhan. Emas cotek lebih khusus untuk kaum wanita kerana ia biasa diamalkan oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim kepada keadaan asal dengan lebih cepat.

Emas cotek juga digunakan oleh wanita untuk rawatan beberapa jenis sakit puan. Antaranya ialah rawatan penyakit keputihan dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita mengamalkan minum teh mas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda. Kedua-dua daun mas cotek ini juga didapati digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaku dan wanita oleh pengamal perubatan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Di Indonesia, air rebuusan emas cotek kebanyakkannya digunakan sebagai tonik aprodisiak untuk wanita. Menurut beberapa pengamal perubatan tradisional, emas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit lain jika diamalkan dengan betul.

Antara penyakit-penyakit tersebut ialah paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga digunakan untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya sebagai rawatan sakit kulit.

Cara penggunaan mas cotek berbeza mengikut amalan seseorang. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan ia digunakan sebagai minuman teh herba. bagi memastikan khasiat tumbuhan ini terpelihara, beberapa petua penyediaan hendaklah diikuti. Daun segar terlebih dahulu dikeringkan di bawah teduh selama beberapa hari sehingga betul-betul kering supaya dapat disimpan lebih lama. Air rebusan atau rendaman (infusion) menggunakan daun kering di dalam air panas menggunakan bekas yang tertutup dan diminum apabila suam.

Sebaik-baiknya, penggunaan bekas besi dielakkan kerana dikhuatiri boleh mengganggu kandungan bahan bioaktif dalam tumbuhan tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebilangan pengamal mengesyorkan supaya daun dan bahagian-bahagian lain seperti akar, batang dan buah daripada sekurang-kurangannya tujuh emas cotek betina dan jantan digunakan dalam sesuatu ramuan ubat.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu adalah :

Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanana darah
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine/sakit kepala
Paru-paru barair
Pemulih tenaga batin
Sakit puan
Segugut
Sakit pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Ransangan hormon lelaki
Mengecutkan pintu peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantikkan dan melincinkan kulit
Demam/selsema

Semoga bermanfaat!

Khasiat Ubi Jaga yang Perlu anda TahuMENJAGA KESIHATAN MATASeperti yang telah diketahui umum, vitamin A memainkan perana...
03/06/2023

Khasiat Ubi Jaga yang Perlu anda Tahu

MENJAGA KESIHATAN MATA

Seperti yang telah diketahui umum, vitamin A memainkan peranan penting dala menjaga kesihatan mata. Ubi Jaga mengandungi iaitu beta-karotin yang akan ditukarkan kepada vitamin A, sebatian antioksidan yang berperanan dalam kesihatan mata, pertumbuhan tulang dan kesihatan sistem imunisasi.

Vitamin A turut membantu dalam menghalang bakteria dan virus daripada menjangkiti melalui permukaan mata, membran mukus dan kulit. Vitamin A membantu dalam merawat mata kering. Satu kajian menunjukkan bahawa ubat titik mata yang mengandungi vitamin A sangat efektif dalam merawat sindrom mata kering tanpa perlu penggunaan ubat titik mata yang khusus untuk merawat mata kering.

Selain itu, vitamin A mengurangkan risiko kehilangan daya penghilatan disebabkan oleh degenerasi makular.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Ubi Jaga yang merupakan sumber tumbuhan herba membantu dalam menurunkan berat badan. Ini kerana Ubi Jaga mengandungi jumlah kalori yang rendah. 1g Ubi Jaga memberikan jumlah kalori sebanyak 0.86 kCal sahaja. Jika dibandingkan dengan jenis ubi yang lain seperti ubi kentang, ubi keledek dan sebagainya, kandungan kalori dalam Ubi Jaga adalah yang paling rendah. Jadi, tidak peliklah apabila Ubi Jaga menjadi pilihan golongan yang berdiet.

MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Selain daripada menjaga kesihatan mata, Ubi Jaga yang mengandungi vitamin C membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi. Vitamin C adalah antioksidan yang berperanan sebagai pertahanan imunisasi dengan melawan radikal bebas dalam badan.
Vitamin C mengurangkan risiko seperti kanser, sakit jantung dan strok dengan melawan patogen dan melindungi daripada tekanan oksidatif daripada persekitaran. Vitamin C akan berkumpul pada sel darah putih, sel yang berperanan untuk melawan mikroorganisma. Vitamin C juga menggalakkan proses apoptosis iaitu membunuh sel yang berbahaya apabila jangkitan berlaku dalam badan ataupun membunuh sel kanser daripada membahagi.

MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL

Antioksidan dalam Ubi Jaga membantu dalam menghalang molekul kolesterol dalam darah daripada bertukar menjadi bahan yang akan membentuk plak dalam didning ateri dan menghalang pengaliran darah. Selain itu, antioksidan membantu dalam mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL-kolesterol) dalam badan.
Menurut kajian, terapi antiokisdan menunjukkan perubahan positif yang lebih ketara dalam kalangan pesakit yang tinggi kolesterol.

MENCEGAH TEKANAN DARAH TINGGI

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Menurut Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II, sebanyak 24% kematian di Malaysia disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Salah satu langkah untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dengan mengamalkan pemakanan yang rendah natrium dan tinggi kalium. Ini kerana natrium yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah tinggi. Namun demikian, kalium bertindak bertentangan dengan natrium.

Kalium akan merembeskan natrium daripada badan melalui air kencing. Kalium turut membantu untuk mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah yang membantu untuk menurunkan tekanan darah. Ubi Jaga adalah salah satu contoh makanan yang tinggi kalium dan rendah natrium yang baik dalam mencegah tekanan darah tinggi.

MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Pengambilan Ubi Jaga mebantu dalam meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana Ubi Jaga membantu dalam mengawal tekanan darah. Kajian menunjukkan Ubi Jaga mampu mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak 10 mata. Selain itu, Ubi Jaga yang tinggi dengan kalium akan mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

Ubi Jaga membantu dalam mengurangkan paras kolesterol jahat (kolesterol-LDL). Ini akan mengurangkan risiko terjadinya sakit jantung. Seterusnya, kalium dalam Ubi Jaga membolehkan jantung untuk berdegup pada ritma yang sekata.

MEMBANTU SISTEM PERCERNAAN

Ubi Jaga merupakan sumber serat yang baik yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ubi Jaga akan menghalang daripada pengambilan makanan secara berlebihan dan secara tidak langsung, membantu dalam mengurangkan berat badan.

Serat dalam Ubi Jaga dipanggil sebagai kanji penahan dimana ianya memberikan khasiat sama seperti serat larut dan serat tidak larut. Kanji penahan bermaksud, serat ini menghasilkan gas yang lebih sedikit daripada serat yang lain. Ini akan mengelakkan daripada kembong perut.

Sama seperti serat larut, kanji penahan dalam Ubi Jaga bertindak sebagai prebiotik, makanan untuk bakteria baik dalam usus besar. Ubi Jaga juga menghalang dan merawat masalah sembelit dan sindrom iritasi usus, peranan yang dimainkan oleh serat tidak larut.

MENINGKATKAN FUNGSI OTAK

Kajian menunjukkan bahawa fungsi otak akan berkurangan dengan peningkatan usia. Penuaan akan memberi kesan kepada molekul, sel, vaskulatur, morfologi kasar dan kognisi. Peningkatan umur menyebabkan otak kita mengecut iaitu secara spesifiknya, pada bahagian korteks hadapan.

Ini menyebabkan tekanan darah meningkat, meningkatkan risiko stok dan pembentuk jirim putih. Pengambilan makanan yang tinggi dengan anthocyanin akan meingkatkan fungsi otak dengan merangsang kebolehan belajar, memori dan kemahiran motor.

Ubi Jaga mengandungi anthocyanin dan para pengkaji menyatakan bahawa pengambilan Ubi Jaga secara konsisten (dua hingga tiga kali seminggu) akan meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit dementia ataupun dipanggil sebagai nyanyuk.

MENCEGAH PENYAKIT KANSER

Berdasarkan kajian, antioksidan berpotensi dalam mencegah penyakit kanser. Radikal bebas yang tidak stabil akan menyebabkan kerosakan pada DNA sel dalam badan. Ini menyebabkan pembentukan kanser. Badan kita menghasilkan radikal bebas apabila kita bernafas atau melakukan aktiviti fizikal.

Badan kita akan terdedah kepada persekitaran yang bertoksik seperti asap rokok, pencemaran udara dan sinaran ultra unggu matahari. Radikal bebas akan bergerak bebas dalam badan dan menyebabkan keradangan yang kronik.

Antioksidan bertindak dengan mengenal pasti radikal bebas dan meneutralkan kesan yang berbahaya. Ini akan membantu mengekalkan kesihatan sel badan dan mengurangkan risiko terjadinya kanser. Antioksidan ini dapat diperoleh melalui pemakanan seperti Ubi Jaga.

MEMBANTU MASALAH KESUBURAN

Ubi Jaga juga berperanan dalam membantu para pesakit yang mengalami ketidaksuburan terutamanya dalam golongan lelaki. Ini kerana Ubi Jaga membantu dalam memanjangkan dan melebarkan z***r iaitu seperti dalam kajian, sebanyak 13 cm.
Ubi Jaga juga mengandungi bahan semulajadi yang meningkatkan pengaliran darah. Selain itu, Ubi Jaga mengandungi bahan metabolit yang penting untuk membersihkan saluran vein yang penuh dengan toksin. Ini akan membolehkan vein membekalkan darah kepada z***r dan membantu z***r untuk menghasilkan lebih banyak sperma yang berkualiti.

Semoga bermanfaat!

BAGAIMANA HALIA MEMANFAATKAN ANDA..Halia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium, vi...
02/06/2023

BAGAIMANA HALIA MEMANFAATKAN ANDA..

Halia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium, vitamin B6 dan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan keseluruhan. Teh halia amat disarankan untuk mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, muntah, pening, dan kurang selera makan. Apabila dalam perjalanan jauh, teh halia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan dan mabuk perjalanan.

Kandungan halia (gingerol) juga amat terkenal dengan sifat anti-radang dan amat sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah keradangan otot ataupun sakit sendi. Wanita mengalami kesakitan ketika datang haid boleh cuba melegakan kesakitan melalui pengambilan halia. Suatu kajian dari University of Miami memutuskan bahawa halia mengurangkan kesakitan sendi sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan placebo.

Seperti yang anda maklum,pengaliran darah yang lancar diperlukan oleh tubuh badan untuk menyalurkan nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Terutama bagi golongan yang selalu mengalami kesejukan tangan serta kaki pada waktu pagi, minuman teh halia dapat meningkatkan kadar metabolisma serta pengaliran darah.

Sekiranya anda berada dalam keadaan stress yang mengakibatkan masalah seperti migrain, teh halia yang kaya dengan anti-oksida dapat menguatkan sistem pertahanan badan serta menenangkan fikiran. Kandungan aktif dalam halia juga membantu melawan bakteria, fungi ataupun virus di persekitaran kita.

Bolehkah Anda Mengambil Teh Halia Dengan Ubat-Ubatan?

Walaupun halia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, amatlah disarankan supaya ia diambil dengan sederhana. American Diabetes Association 2014 menyatakan bahawa halia boleh meningkatkan penyerapan guala ke dalam sel otot lalu menurunkan paras gula dalam darah. Oleh itu, janganlah mengambil teh halia pada masa yang sama dengan ubat-ubatan kencing manis bagi mengelakkan peristiwa “hypo”. Bukan itu sahaja, kandungan halia juga mampu mencairkan darah apabila diambil dalam dos yang tinggi, ataupun bagi golongan yang juga mengambil ubatan cairkan darah seperti aspirin. Jumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mendapati tanda-tanda pendarahan seperti lebam-lebam tanpa punca, gusi berdarah, najis berdarah ataupun luka yang tidak berhenti berdarah.

Ia tidak dinafikan bahawa halia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan kita. Selain daripada mengambil halia bersama teh anda boleh mengambilnya dalam bentuk supplemen atau minuman kesihatan. Supplemen ini mengandungi 7 jenis herba termasuk 2 jenis halia. Supplemen GKB An Zhong San akan mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin yang disebabkan oleh gastrik.

Semoga bermanfaat!

KHASIAT PERUBATAN KULIT KAYU MANISRendah kalori dan mengawal gula dalam darahSatu sudu makan kayu manis yang dikisar men...
02/06/2023

KHASIAT PERUBATAN KULIT KAYU MANIS

Rendah kalori dan mengawal gula dalam darah

Satu sudu makan kayu manis yang dikisar mengandungi 19 kalori, 4gram serat, 68% mangan, kalsium, zat besi, dan vitamin K.
Dilaporkan, setengah sudu teh serbuk kayu manis sehari sudah boleh memberikan kesan positif pada tahap kandungan gula dalam darah, penghadaman, imun dan banyak lagi.

Menerusi kemampuan sebagai antidiabetes p**a, kayu manis membantu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan memperbaiki sensitiviti terhadap insulin hormon yang penting bagi memastikan keseimbangan tahap gula dalam darah.

Menurut kajian, ekstrak kayu manis memberi kesan positif kepada pesakit diabetes jenis ke 2 yang memasukkannya ke dalam diet atau rawatan mereka.

Menggunakan kayu manis dalam makanan dapat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan anda. Kesan antidiabetes yang dimilikinya menghalang gula dilepaskan ke dalam aliran darah. Keinginan untuk makan dapat diuruskan. Begitu juga dengan berat badan.

Melambatkan penuaan dan mencegah keradangan
Kandungan antioksidan di dalam kayu manis dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan. Anti-radangnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penurunan fungsi otak dan banyak lagi.

Penyelidik menemui lebih 7 jenis sebatian flavonoid di dalam kayu manis yang amat berkesan melawan keradangan berbahaya di dalam badan. Ia melegakan otot yang sakit, tindakbalas alergi, dan kesakitan yang berpunca daripada simptom penuaan.

Antibakteria, anti acne

Ciri-ciri antibiotik dan antimikrob kayu manis melindungi kulit daripada kerengsaan, ruam, dan jangkitan pada kulit. Ekstrak kayu manis atau pati kayu manis turut melawan bakteria yang berada di dalam mulut yang menyebabkan masalah bau nafas, kerosakan gigi, kaviti dan jangkitan di dalam mulut.
Kayu manis digunakan sebagai perisa semulajadi dalam gula-gula getah kerana kemampuannya menyegarkan mulut.

Kayu manis juga sering digunakan bersama-sama dengan madu untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Mencegah penyakit kardiovaskular

Kayu manis mengurangkan risiko-risiko kepada penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, trigliserid tinggi, dan tekanan darah tinggi.
Sebatian di dalam kayu manis membantu mengurangkan jumlah kolesterol. Kolesterol ‘jahat’ dibuang dan kolesterol ‘baik’ dikekalkan.

Oleh kerana kayu manis mengurangkan tekanan darah tinggi, maka ia juga membantu mengurangkan masalah jantung atau strok.

Melancarkan peredaran darah

Kajian menunjukkan bahawa kayu manis merupakan penggumpal darah yang baik dan menghalang pendarahan dengan membantu tubuh membentuk darah beku.

Kayu manis meningkatkan pusingan darah dan meningkatkan kemampuan tisu tubuh untuk memulihkan dirinya selepas mengalami kerosakan. Ini termasuk kemampuan tisu jantung untuk bangkit menentang serangan jantung, sakit jantung dan strok.
Kajian tahun 2016 yang diterbitkan di jurnal Ceylon Medical Journal melaporkan penemuan sampel responden yang mengambil teh diisi serbuk kayu manis 100 gram/300 ml selama 10 hari berturut-turut merekodkan bacaan tekanan oksidatif plasma darah yang menurun.

Berbanding pengambilan teh kosong tanpa serbuk kayu manis, kajian ini melaporkan kelebihan kesihatannya untuk mengawal kualiti darah dan plasma darah khususnya.

Meningkatkan fungsi otak

Kayu manis melindungi penurunan kognitif dan fungsi otak. Ini diperoleh menerusi antioksidannya yang melindungi otak daripada penyakit neurologi seperti Parkinson dan Alzhemeir.

Kayu manis meindungi fungsi kognitif dan kesihatan otak dengan mengaktifkan protin pelindung neuro yang melindungi sel otak dari mutasi dan kerosakan. Ia kemudiannya mengurangkan kesan negatif tekanan oksidatif dengan menghentikan sel daripada merosakkan diri sendiri.

Antikanser

Kayu manis mempunyai sebatian sinemaldehid yang mampu menyekat tumbesaran tumor kanser dan melindungi DNA daripada kerosakan. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.

Kayu manis sedang dikaji sebagai ejen anti kanser semulajadi kerana kekuatan antioksidannya. Oleh itu, jika anda merasakan diri anda berisiko menghidapi kanser, kayu manis boleh menjadi makanan tambahan anda.

Sebagai agen antimikrob, antibiotik, antikulat dan antivirus semulajadi, kayu manis melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit. Kemampuan imunnya ditemui dalam pati minyak kayu manis.

Semoga bermanfaat!

BUNGA PAKMABunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang ter...
02/06/2023

BUNGA PAKMA

Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu.Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.

Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ni cuma ada di Thailand, Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja. Bunga Pakma yg paling besar ialah R.arnoldii yg ada di sumatera dan jawa. yg paling kecil ialah R.manillana yg ada di fillipina.Di Semenenjung Malaysia, bunga pakma boleh didapati terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik.

Khasiat dan kegunaan :

Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.

Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut dan sebagai perangsang untuk wanita.

Semoga bermanfaat!

Khasiat Daun Pudina Pada KesihatanKita sering mendengar bahawa daun pudina mempunyai khasiatnya yang tersendiri terhadap...
02/06/2023

Khasiat Daun Pudina Pada Kesihatan

Kita sering mendengar bahawa daun pudina mempunyai khasiatnya yang tersendiri terhadap kesihatan, tetapi apakah kebaikan yang ditawarkan itu? Di sini saya sertakan senarai khasiat yang boleh diperolehi daripada daun pudina.

Merawat selsema
Semasa selsema, pasti kita berasa tidak selesa dek kerana saluran pernafasan kita yang terhalang oleh kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Kandungan menthol di dalam daun pudina mampu meningkatkan pengaliran udara kerana ianya memberi kesan ke atas saraf di dalam rongga hidung. Oleh itu, saluran pernafasan akan terbuka dengan lebih luas dan lebih banyak udara yang mampu melalui rongga hidung dan seterusnya mengurangkan simptom selsema.

Melegakan sakit kepala

Pada kebiasaanya, kita pasti akan menggunakan minyak angin untuk merawat sakit kepala bukan? Tahukan anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk mengurangkan tekanan dan simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak 40.3%. Satu jumlah yang agak signifikan bukan?

Merawat proses penyembuhan luka

Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai dilihat mampu membantu dalam proses penyembuhan luka. Hal ini kerana ianya mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat anti bakteria yang dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Ianya juga menggalakkan pembentukan sel baru dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya.

Merawat simptom alergi

Kandungan asid rosmarinik di dalam daun pudina mampu merawat simptom alergi di mana ianya berfungsi untuk mengurangkan penghasilan histamin. Histamin adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan. Penghasilan histamin mampu menyebabkan simptom alergi dan keradangan terhadap seseorang. Rosmarinik asid menghalang pembebasan histamin lalu mengurangkan simptom alergi seperti hidung berair, kegatalan kulit, dan radang mata.

Melegakan loya, mual dan muntah

Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang sedang atau akan menjalani rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian emetik (muntah) di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit.

Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan

Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen menthol di dalam daun pudina mampu untuk melegakan ketidakhadaman dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam makanan. Dengan peningkatan pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik,

Melegakan sindrom rengsa usus

Sindrom rengsa usus adalah simptom di mana pesakit mengalami perubahan fungsi usus yang akan menyebabkan cirit-birit, sembelit, kembung perut, ketidakselesaan, kesakitan dan lain-lain. Minyak pati pudina yang diambil dalam bentuk kapsul mampu menghalang aktiviti saluran kalsium dan mengurangkan simptom sindrom rengsa usus. Ianya juga mampu mengurangkan kesakitan di bahagian abdomen badan akibat sindrom ini.

Memberi kesegaran nafas

Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk penjagaan oral. Tahukan anda mengapakah daun pudina sering digunakan? Di samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun pudina mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral.

Mengurangkan kesakitan semasa haid

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas 127 pelajar perempuan semasa kedatangan haid di Hamadan University of Medical Science, didapati bahawa pengambilan kapsul ekstrak pudina mampu mengurangkan tempoh dan intensiti kesakitan semasa haid. Hal ini kerana komponen di dalam daun pudina mempunyai sifat yang mampu mengurangkan kekejangan otot.

Meningkatkan dan memperbaiki emosi

Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu kaedah yang diamalkan sama ada minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina kebiasaanya digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu menaikkan semangat dan emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab keatas emosi seseorang.
Kesimp**annya, terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh daun pudina. Namun begitu, pengambilannya haruslah diawasi dan mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun pekerja kesihatan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Semoga bermanfaat!

Address

Sungai Petani
Sungai Petani
08000

Telephone

+60139778370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Tradisi Senduduk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Convenience Stores in Sungai Petani

Show All

You may also like