02/05/2021
FUHHH TERBAIK. 500 ORDER DALAM MASA 2 HARI. SAPA DAH SAMPAI, DAH TERIMA KOMBO PERANTAU?๐ฅ๐ฅ
DAPATKAN KOMBO PERANTAU - SEMOGA NOVEL PERANTAU MENJADI TEMAN SETIA HARI RAYA ANDA DI PERANTAUAN.
NOVEL TERBARU KARYASENI - Kami jual murah je. Beli kombo lagi murah, siap dapat hadiah tudung bawal lagi.
COMEBACK PENULIS TERBAIK KARYASENI HANINA ABDULLAH, PENULIS YG CUKUP DIKENALI WAN NUR NAJIHAH DAN KAMI KENALKAN PENULIS F.H.Y YG BAKAL BUAT ANDA TERPEGUN DAN MENJADI PEMINAT SETIA PENULIS INI.
DAPATKAN SEGERA DI SHOPEE KAMI ๐๐
https://shopee.com.my/KOMBO-PERANTAU-NOVEL-DIA-SEADANYA-DIA-TIADA-DUA-JIKA-ITU-TAKDIRKU-KARYASENI-i.257079836.8949338375
DIA SEADANYA - HANINA ABDULLAH
PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmmโฆ Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapiโฆ yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin k*t, takkanlah susah nak cari jodoh?
Emmalyn tahu, dirinya dijadikan โgulaโ untuk menarik Si Tareq. Anywayโฆ Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak โtarik si Tareqโ balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini diaโฆ Emmalyn Mohd Ehsan?
โUmi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.โ - TAREQ
โDengan rupa awak, susahkah nak cari calon?โ - EMMALYN
โEntah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.โ - TAREQ
โPilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?โ - EMMALYN
Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.
โSiapa tu?โ tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah ibu Tareq.
Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga.
โInessa!โ desah Tareq, terkejut.
Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak s**a Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?
------
Dia Tiada Dua โ Wan Nur Najihah
Tetaplah berjanji untuk bersama selamanyaโฆ
Indahnya percintaan apabila diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Biarpun banyak halangan, Lufiya dan Bazlan memaknakan hubungan mereka dengan hiasan bahagia dan sumpah setia.
Namun, janji tinggal janji. Lufiya tertipu! Sungguh, Bazlan bijak mengatur janji palsu. Lelaki itu tersilap langkah. Dan malam itu menjadi saksi, mimpi ngeri menghancurkan kasih sayang mereka. Terlerai sudah mahligai cinta abadi.
โKalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau, Bazlan!โ - Lufiya
โMaafkan abang, sayang. Abang masih sayangkan Fiya.โ - Bazlan
Pilu hati Lufiya membawa diri meratapi nasib. Kecewa, sakit dan rasa terhina tatkala memikul status janda. Namun kehadiran Zildan mengelirukannya. Adakah lelaki itu benar-benar menaruh perasaan terhadapnya sedangkan Bazlan tidak putus-putus memujuknya menebus kesalahan dan meraih kembali cinta?
โSaya dah lama cintakan awak, Lufiya. Berilah saya peluang. Saya janji akan buat awak bahagia.โ โ Zildan
Ah, lelaki semuanya sama! S**a berjanji. Kebahagiaan itu bukan mudah dicapai. Namun, Zildan gigih cuba merebut cintanya. Haruskah Lufiya menerima lelaki itu dalam hidupnya? Adakah masih ada ruang untuknya mengecapi mimpi indah? Dan Bazlanโฆ Masihkah ada perasaan sayang terhadapnya? Lufiya benar-benar keliruโฆ
-----
Jika Itu Takdirku โ F.H.Y
Kapsyen
Kupasrahkan segala kepada Tuhan
Seandainya ini memang sudah ditakdirkanโฆ
Kelmarin, dia masih ada di sisiku. Merangkulku mesra penuh romantis. Ketika itu, aku sangka akulah perempuan paling bahagia di dunia. Sebaliknya hari ini, di hadapanku tanpa rasa bersalah dia merangkul wanita lain. Di khayalak ramai! Kini akulah wanita termalang di dunia.
โYou sayang I, kan?โ
Aku tundukkan wajah bila mendengar soalan Melinda itu. Kalau mampu, aku mahu pekup telinga. Aku tak mahu mendengar jawapan yang Ray akan beri.
โOf course.โ Itu suara Ray.
โKita pergi dari sini. Jauh. Just you and me. You kata nak pergi overseas dengan I, kan? I bawa you. Kita pergi. You nak pergi Greece, kan?โ
Sekali lagi suara Ray kedengaran. Dan aku hanya mampu ketap bibir. Tahan rasa. Aku angkat wajah dan nampak Melinda mula mahu menapak kepada Ray. Ya-ya. Nak pergi jauh dengan suami aku. Sweet sungguh pasangan merpati dua sejoli ini.
Saat aku kenang bagaimana Ray begitu mengejarku sebelum ini, hati terasa musykil. Betapa konsistennya dia mencuba walau aku tidak pernah fikir sebelum ini untuk jatuh cinta. Ya, aku wanita yang punya segalanya.
โMarry me!โ โ desak Ray.
โEh orang gila! Tolong jadi gila sorang-sorang. Jangan nak ajak orang lain gila sama.โ Itu jawabku dulu.
Kini, semua bagai tak bererti. Dia tak lagi pulang. Tak lagi memanjakan aku seperti dulu, malah memilih Melinda, mungkin cinta pertamanya.
Aku yakin dia memang cintakan kau. Aku nampak pandangan mata dia setiap kali dia tengok kau.
Itu pujukan Ameena padaku. Kalaulah semua itu benar, namun tak mungkin kerana kini dia bahagia dengan Melinda.
DAPATKAN SEGERA DI SHOPEE KAMI ๐๐
https://shopee.com.my/KOMBO-PERANTAU-NOVEL-DIA-SEADANYA-DIA-TIADA-DUA-JIKA-ITU-TAKDIRKU-KARYASENI-i.257079836.8949338375