Ramuan Herba Bumi

Ramuan Herba Bumi Kesihatan adalah harta paling berharga

KHASIAT POKOK KUCING GALAK DAPAT TAMBAH TENAGANama pokok ini kucing galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba...
28/04/2023

KHASIAT POKOK KUCING GALAK DAPAT TAMBAH TENAGA

Nama pokok ini kucing galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat. Pokok kucing galak juga dikenali dengan nama pokok ceka emas atau pokok chika emas.

Dinamakan kucing galak ada kaitan dengan akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Kucing akan memakan akar kucing galak dengan berselera sekali.

Akar kucing galak merupakan tonik tenaga kepada kucing seperti tongkat ali untuk manusia. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan kucing galak.

Kucing betina p**a memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan anak bagi mengembalikan kekuatannya.
Pokok kucing galak tumbuh liar di negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau.

Pokok ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.

Keseluruhan pokok kucing galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah tenaga.

Kandungan:

Akar - mengandungi saponin dan tannin
Batang - mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin
Bahagian-bahagian dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa penyakit yang menyerang manusia.

Secara umumnya, cara mendapat manfaat kucing galak ialah:
- Ambil bahagian akar atau daun.
- Bersihkan terlebih dulu.
- Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.

Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:

Ulser mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh.

Penyakit kulit
Basuh kawasan tubuh badan yang mengalami penyakit kulit menggunakan rebusan pokok kucing galak. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

Menguatkan tenaga batin dan badan kuat
Minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminum secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

Sembelit

Minum air rebusan.separuh gelas waktu pagi dan separuh gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh

Pokok Belalai GajahTumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pel...
27/04/2023

Pokok Belalai Gajah

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi masalah kesihatan.

Secara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit.

Daun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau ataupun air tebu. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh.

Daun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ia juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.

Kebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia kononnya untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun keberkesanan daun belalai gajah ini ke atas penyakit kanser manusia masih belum lagi dibuktikan oleh kajian klinikal.

Selain itu, terdapat juga dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.

Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

TONGKAT ALITongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat al...
26/04/2023

TONGKAT ALI

Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm.

Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

KEGUNAAN

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak tenaga lelaki). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disenteri, bengkak, ketumbuhan, antiradang dan antioksida.
Eurikomanona, eurikomalaktona dan eurikomanol (kuasinoid) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi tenaga lelaki

British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa bahan terlarang.
Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif.
Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.
Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Pilih untuk sihat, cergas demi hidup lebih bermaknaSejahtera, sihat dan cergas anugerah paling berharga dalam kehidupan ...
25/04/2023

Pilih untuk sihat, cergas demi hidup lebih bermakna

Sejahtera, sihat dan cergas anugerah paling berharga dalam kehidupan seseorang. Namun, untuk mencapai dan memiliki tahap kesihatan dan kecergasan diri yang baik bukan mudah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kesihatan ialah satu tahap atau keadaan seseorang individu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan saja.

Konsep kesihatan dan kecergasan masa kini dilihat lebih dinamik serta sentiasa berubah mengikut gaya hidup dan keadaan semasa.
Realitinya, kesihatan dan kecergasan diri satu pilihan, bukannya secara kebetulan. Bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri, seseorang perlu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan konsep kecergasan menyeluruh merangkumi aspek fizikal, rohani, emosi, intelektual serta sosial.

Konsep multi dimensi dalam kecergasan menyeluruh mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan dan kecergasan diri apabila dilakukan secara konsisten.

Komponen kecergasan fizikal menekankan keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan dalam menghadapi cabaran dan tugasan harian serta menggunakan masa lapang dengan efektif, selain mempunyai lebihan tenaga untuk menghadapi kecemasan.

Komponen kecergasan rohani merujuk keupayaan individu membentuk satu sistem nilai, bertindak berlandaskan kepercayaan dengan menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna serta konstruktif.

Kecergasan emosi p**a, merujuk keupayaan mengawal tekanan dan menyatakan emosi dengan sewajarnya, manakala kecergasan intelektual merujuk keupayaan individu belajar serta menggunakan pelbagai informasi secara efektif untuk diri sendiri, keluarga dan perkembangan kerjaya.

Kecergasan sosial p**a merujuk keupayaan individu berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan hubungan bermakna ke arah peningkatan kualiti kehidupan.

Dalam kesibukan kerja seharian, kita perlu bijak memilih dan melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada kesihatan serta kecergasan diri.

Contohnya seperti selalu menggunakan tangga dan meletakkan kenderaan lebih jauh daripada tempat kerja. Boleh juga dilakukan sedikit senaman ringan di tempat kerja dengan meregangkan tangan atau meluruskan kaki supaya peredaran darah dapat berjalan dengan baik.

Menarik nafas panjang beberapa kali juga memberi sedikit kelegaan dan ketenangan. Sentiasalah berikan senyuman kepada rakan sekerja dan bertanya khabar satu sama lain. Semua ini mampu memberikan kesan positif kepada seseorang.

Carilah masa sekitar 20 hingga 30 minit sehari sama ada pada waktu pagi atau petang untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu seperti bersenam, berbasikal, berlari, berenang dan pelbagai aktiviti lain.

Ini kerana kesan aktiviti fizikal ini bukan saja baik untuk kesihatan, malah baik untuk aspek psikologi dan sosial. Aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan tekanan darah, kebimbangan, kesedihan dan mengawal berat badan seseorang.

Individu yang sentiasa bersenam dan melakukan aktiviti fizikal mampu meningkatkan sistem kardiovaskular, meningkatkan daya pemikiran serta mampu mengawal emosi diri.

Bagi memudahkan kita merancang dan melakukan aktiviti fizikal serta senaman, bolehlah merujuk piramid aktiviti fizikal dan senaman bagi meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan diri mengikut keperluan masing-masing.

Perlu diingat, setiap individu mempunyai tahap kecergasan berbeza. Justeru bagi memulakan aktiviti fizikal, seseorang itu perlu peka terhadap tindak balas tubuh ketika melakukan senaman atau aktiviti fizikal.

Mulakan aktiviti senaman atau riadah dengan intensiti rendah dan penambahan boleh dilakukan mengikut keperluan serta jenis aktiviti dilakukan.

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara konsisten akan memberi kesan positif kepada sistem tubuh dengan mengurangkan risiko penyakit kronik, menguatkan jantung, meningkatkan stamina, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mengurangkan lemak dan mampu mengekalkan berat badan ideal serta meningkatkan motivasi diri seseorang.

Jadi jangan tunggu lagi, lakukan aktiviti bersenam dan fizikal sekerap boleh. Kekal sihat dan cergas itu satu pilihan.

Address

Jalan Pasar
Kota Bharu
15200

Telephone

+60139778370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ramuan Herba Bumi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share