Tomyam Original

Tomyam Original Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tomyam Original, Convenience Store, Bayan Lepas.

RESEPI TOMYAM THAI POWERR:BAHAN A: • Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.• 1 biji bawang...
09/07/2018

RESEPI TOMYAM THAI POWERR:

BAHAN A:

• Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
• 1 biji bawang besar | hiris
• 4 ulas bawang putih | hiris
• 2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
• 6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
• Lengkuas | hiris
• Cili padi | ketuk
• Akar ketumbar
• Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan)

BAHAN B:

• Pes tomyam original | anggaran 5-6 sudu makan
• 4 sudu teh pes cili thai
• 4 sudu makan susu cair sejat
• Daun ketumbar | hiris
• Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.
2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.
3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.
4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.
6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.
7.Sedia untuk dinikmati.

bagi sebarang tempahan pes tomyam, whatsapp ke :
Banting (COD) :http://www.wasap.my/+60173421344/ORDERPESTOMYAM
Penang (COD) :http://www.wasap.my/+601155073637/ORDERPESTOMYAM

cr: miya aira

KEISTIMEWAAN PES TOMYAM ORIGINAL:✔ Diiktiraf Halal-dari pengimport yang sah✔ Lazat – Rasa Asli tomyam Thai, masakan anda...
08/07/2018

KEISTIMEWAAN PES TOMYAM ORIGINAL:

✔ Diiktiraf Halal-dari pengimport yang sah
✔ Lazat – Rasa Asli tomyam Thai, masakan anda akan sehebat chef di hotel
✔ Mudah –tidak memerlukan bahan dan perisa tambahan
✔ Cepat – masak hanya dalam masa 5 minit!!
✔ Tanpa Pengawet
✔ Murah - harga yang sangat berpatutan

jangan tunggu lagi...

Whatsapp terus kepada kami :
Banting (COD) : http://www.wasap.my/+60173421344/NAKORDERPESTOMYAM
Penang (COD) : http://www.wasap.my/+601155073637/NAKORDERPESTOMYAM

08/07/2018
05/07/2018

Cara Masak Tom Yum Seafood dengan menggunakan Pes Thai Tom Yum Segera.
semudah ABC je..main campak-campak..tak payah pening-pening..
meh cuba PES TOMYAM ORIGINAL..tak rugi kalau mencuba..mesti puas hati..:)

Ingin mencuba masakan laut yang berbeza? Anda boleh cuba resepi Lala Sos Tom yam, mungkin sudah terbiasa masak merah dan...
04/07/2018

Ingin mencuba masakan laut yang berbeza? Anda boleh cuba resepi Lala Sos Tom yam, mungkin sudah terbiasa masak merah dan goreng kicap. Jadi kali ini keluarga anda boleh rasa masakan ala-ala tom yam p**a!

Bahan-bahan:

400 gm lala

2 ulas bawang putih

4 biji cili padi dikisar

1 batang akar ketumbar

1 sudu PES TOMYAM (kegemaran)

2 sudu teh sos tiram

1 sudu teh gula

2 sudu teh kicap sotong

1 sudu teh kicap soya

1/2 sudu teh serbuk perasa

Daun selasih

1 biji cili merah - dihiris

Sedikit air

Cara membuat:

• Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
• Masukkan pes tomyam. Gaul sebati.
• Masukkan lala diikuti sedikit air.
• Letakkan bahan perasa. Gaul.
• Matikan api dan masukkan cili merah dan daun selasih. Gaul sebati.

LIKE / COMMENT / SHARE

Resepi Tomyam Udang Galah menggunakan PES TOMYAM:Bahan-bahan300 gm udang galah / harimauSemangkuk air1 inci lengkuas1 la...
04/07/2018

Resepi Tomyam Udang Galah menggunakan PES TOMYAM:

Bahan-bahan

300 gm udang galah / harimau

Semangkuk air

1 inci lengkuas

1 labu bawang besar

1 biji tomato - di belah 4

2 batang serai

3 helai daun limau purut

10 biji cili padi

1 tangkai daun ketumbar

2 sudu besar jus lemon / limau nipis

6 sudu besar sos ikan

2 sudu teh garam

2 sudu besar PES TOMYAM (kegemaran)

2 sudu teh pes cili

2 sudu besar susu pekat manis

Cara membuatnya:

1. Cuci bersih udang dan belah belakang serta buang kotoran.

2. Potong lengkuas dalam 3cm dan ketuk dengan lesung batu bersama serai untuk mengeluarkan aromanya.

3. Masukkan air dalam periuk dan nyalakan api dapur. Bila air mendidih, masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, garam dan pes tomyam dan renihkan sebentar.

4. Masukkan udang dan renih lagi dalam 2 minit. Ketuk cili padi dengan lesung batu (sekadar untuk pecahkannya) dan masukkan ke dalam kuah tadi.

5. Masukkan juga sos ikan, jus lemon, pes cili, bawang holland, tomato dan susu pekat manis.

6. Matikan api dan masukkan daun ketumbar. Hidangkan dengan nasi panas.

LIKE / COMMENT / SHARE

untung la siapa yang s**a sangat makan tomyam 😋
03/07/2018

untung la siapa yang s**a sangat makan tomyam 😋

Siapa sangka makanan tom yam antara hidangan sihat yang boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser. Tapi, perlu tahu cara yang betul untuk dapatkan tom yam yang berkhasiat. Menurut Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan....

Address

Bayan Lepas
11900

Telephone

+6011-55073637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tomyam Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Convenience Stores in Bayan Lepas

Show All